1 | Shush

5K 379 89
                                    

"ADEH, penat rupanya kahwin ni." Badan aku sandarkan ke sofa.

Ah, bestnya. Dan-dan mata terasa berat. Kalau dapat lelap dalam lima minit pun dah syok ni.

Serius, memang letih gila. Padahal, hari ini hanya akad nikah saja. Walaupun majlis tadi dibuat secara tertutup, tapi tetamu yang hadir bukan biasa-biasa. Semuanya gara-gara status korporat si encik suami.

Akid Aslan.

CEO Aslan Group.

Taikun dunia perhotelan di Malaysia.

Nak aku expect apa, kan?

"Bersihkan diri you tu dulu, Daneen."

Teguran itu buat kelopak mata aku terangkat. Jelas di depan mata, Aslan sedang melangkah mendekat. Tangannya dalam masa yang sama sibuk membuka samping. Kemudian, langsung dicampak ke lantai.

Amboi, tahulah bilik ni dia yang punya. Oh, silap. Tahulah HOTEL ni dia yang punya.

Cepat-cepat aku alihkan pandangan bila berlaga dengannya.

Fuh! Awkward gila rasa.

Otot pipi kiri Aslan ternaik sedikit bila aku curi-curi mengerling. Sinis.

"Kenapa you tak nak tengok muka I? Takut?" Suara maco Aslan kedengaran lagi.

"Mana ada takut. Lagipun, you bukannya hantu sampai I nak takut bagai."

"Then, why?"

Bila aku palingkan wajah, tahu-tahu saja Aslan dah berada dekat di depan aku. Badannya dicondongkan dengan tangan terletak di kiri dan kanan armrest sofa.

Terkebil-kebil aku tengok muka dia sedekat ini. Dekat sehingga pipi aku boleh rasa setiap helaan nafas hangatnya. Satu hal lagi, cara dia tengok aku. Itu jangan cakaplah. Memang aku tak boleh lawan. Dari hari pertama lagi.

Mata hijau dia tu...

Sesuatu sangat.

"Kenapa apa?" Sempat aku berdeham untuk kawal suara yang tiba-tiba macam tak mahu keluar. Hilang pergi mana pun tak tahulah.

"Kenapa you tak berani nak balas pandangan mata I?"

"Siapa kata I tak berani? Ni I tengah tengok straight dekat anak mata you, kan?"

Kali ini memang aku tentang renungannya. Tapi, tak sampai beberapa saat, aku tewas. Terpaksa melihat ke arah lain.

Serius, aku tak boleh!

Terlepas perlahan tawa Aslan.

Sebelum ianya mati bila aku kembali menoleh ke arahnya. Riak wajahnya dah kembali normal. Normal bermaksud...

Garang dan serius.

"Tanggalkan apa saja yang menutup kepala you tu, Daneen. I want to see your hair."

Kalau tadi pun jantung aku dah berdetak tahap maksima, bayangkan bila Aslan kata begitu pula. Memang terus jadi double triple maksima!

"Hah? Errr, kenapa nak kena bu..."

"I said take it off, Daneen Medina."

Aduhai, dia sebut nama penuhlah pula. Mati akal sekejap aku. Nak menolak, macam tak logik. Aku isteri dia. Sah-sah dia boleh tengok rambut aku. Bukan setakat rambut, lebih daripada itu pun.

Memang aku kena bukalah ni, kan?

Aslan kembali tegak berdiri bila aku mula tanggalkan headband dan leraikan lilitan shawl. Rambut yang tersanggul rapi aku lepaskan bebas.

ASLAN - #AslanWhere stories live. Discover now