"Ala along ni. Sepatutnya along happy la sebab ayah nak bagi kita hadiah lepas ayah balik dari kursus" menyampuk Aileen iaitu adik terakhir  di dalam tiga beradik itu.

"Adik jangan menyampuk boleh tak? Along tengah cakap dengan ayah tu kan?" Aiman mula bersuara setelah mendengar suara adiknya yang seakan-akan tidak suka akan percakapan Asyraf itu.

Aileen mula menjeling. Menyampah dengan kedua-dua abangnya ini. Selalu cari salah dia je. Huh.

Aileen terus beredar dari ruang yang agak besar di rumah itu. Encik Samad hanya tergelak kecil dengan pergaduhan diantara Aiman dan juga Aileen itu.

"Tiga hari je ayah pergi. Hari isnin ayah balik. Ayah janji, kalau kerja ayah habis awal. Ayah balik awal ye" balas Encik Samad sambil mengusap kepala Asyaraf dan Aiman.

Dia sungguh bersyukur dengan amanah sahabatnya iaitu Tengku  Akmal Arif (ayah kandung kepada Asyraf, Aiman dan Aileen)

"Janji ye ayah? Acap nak tengok ayah balik tanpa ada luka-luka dekat badan ayah" cakap Asyraf keoada Encik Samad.

Dia memesan itu kepada ayah angkatnya itu kerana setiap kali ayahnya pulang dari kerja kursus mesti ada banyak luka-luka di badan Encik Samad. Luka bukan yang terkena pisau ke apa. Luka dari hasil pistol.

"Ha betul tu ayah. Man pon tak nak tengok luka-luka ayah. Dah la banyak darah" kata Aiman pula.

"Baiklah anak-anak ayah. Ayah janji ye" selepas dia berkata itu. Kaki terus menapak ke arah drivernya untuk membawa dia ke airport.

Asyraf, Aiman, Aileen dan Puan Asmah melambai kepergian Encik Samad itu.

Puan Asmah adalah isteri kepada Encik Samad. Dia sangat menyayangi suaminya ini. Siapa je tak sayang suami kan? Hekhek

"Dah jom masuk. Ummi dah masak dah untuk korang semua" pamit Puan Asmah sambil mengajak tiga beradik itu masuk ke rumah untuk makan tengah hari yang telah di masakknya sebelum suaminya itu bertolak.

Sepatutnya makan bersama Encik Samad tadi. Tetapi suaminya tadi kata sudah terlambat. Puan Asmah hanya membungkus sahaja makanan yang dimasaknya kepada semuanya itu.

"Jom. Leen dah memang lapar ni hihi"  sambut Aileen sambil mengusap perutnya di depan Puan Asmah dan dua abangnya itu.

"Ishh adik ni. Kenapa buat macam tu depan ummi? Tak malu ke?" Aiman mula bersuara dengan tingkah laku adiknya yang seakan-akan budak

"Yela yela. Adik minta maaf ye ummi" menunduk sahaja Aileen ketika meminta maaf kepada ummi angkatnya itu.

Puan Asmah tersenyum bahagia. 'Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang kau berikan kepada aku walaupun sekadar amanah daripada arwah' menolog Puan Asmah di dalam hati.

"Takpe sayang. Ummi tak marah pun. Lagilun Aileen memang macam ni kan setiap kali lapar? Dah jom masuk makan" pamot Puan Asmah sambil mendekati Aileen dan memeluk bahu budak perempuan yang berumur 14 tahun itu.

Seperti yang dijanjikan oleh Encik Samad. Dia akan bertolak ke Malaysia. dia tidak mahu membazir masanya di sini lagi. Terlalu banyak mata 'musuh' nya di sini. Di badannya juga tiada sebarang luka. Encik Samad terbang ke Bangkok ini atas 'urusan' yang begitu penting.

Puan Asmah, Asyraf, Aiman dan juga Aileen tahu akan kerjanya yang satu ini. Dia terpaksa menerima kerana ini adalah satu amanah daripada 'arwah' kawan baiknya itu. Dia tidak mahu disebulungi rasa bersalahnya terhadap Tengku Akmal Arif diatas amanah yang diberi oleh arwah yang mana menyuruh Encik Samad menjaga anaknya ketika dia sudah tiada di dunia ini. Atau lebih tepat lagi meninggal dunia.

Sewaktu dalam perjalanan Encik Samad ke airport Bangkok, Dia terdengar satu tembakan di belakang kereta yang di naikinya ini. Dia mula menyuruh pemandu yang akan membawanya ke airport itu memandu dengan laju. Tahulah dia siapa yang berani melepaskan tembakan di tengah jalan raya ini kalau bukan anak buah musuh ketatnya.

Encik Samad ingin meneoati janjinya kalini. Dia tidak mahu ada sebarang luka di tubuh badannya ini. Encik Samad tidak kisah akan keselamatan dirina. Dia sanggup dicederakan daripada ada benda buruk yang berlaku kepada Anak dan Bininya itu.

Bang bang

Hanya dua das temabakan dari kereta belakang Encik Samad ini sahaja telah membuatkan kereta yang dipandu oleh pemandunya itu sudah hilang kawalan. Tempat yang ditembak oleh anak  bauh musuhnya itu tepat mengena tayar kerata yang di naiki oleh Encik Samad.

Kereta mula hilang kawalan. Pemandu kereta cuba mengawal dengan cara memusingkan stereng kereta yang dipandunya itu dengan lebih konsisten. Encik Samad mula memikirkan tentang anak bininya di Malaysia. Akal fikirannya sudah buntu, Dia hanya memikirkan tentang 'Kematian' sahaja sekarang ini.

Kereta mula terserong kearah tepi jalan yang tengah di baik pulih oleh pihak berkuasa. Hati Encik Samad mula risau. MATI! MATI! MATI! itu sahaja yang dipikirkan sampai kereta yang dinaikinya sudah mula mengheret jalan dan......

DUMMMM!

Kereta yang di naiki Encik Samad mula melanggar penghadang jalan dan berakhir di situlah. Apa yang dipikirkan Encik Samad tadi menjadi kenyataan. Dia meninggal dunia bukan dalam keadaan yang baik.

***

Telefon yang dipegang oleh Puan Asmah jatuh kelantai. Tidak peracaya apa yang didengarinya seketika tadi. Asyraf yang baru habis melatih kan diri di bilik bawah tanah segera menapak kearah Puan Asmah yang berada di dapur itu.

Puan Asmah menangis teresak-esak. Baru tiga hari tidak dapat melihat wajah suaminya itu, Harini Puan Asmah telah pun mendapat panggilan bahawa Encik Samad iaitu suaminya itu terlibat dalam satu eksiden dan suaminya itu tidak dapat diselamatkan.

Luluh hatinya dengan berita yang disampaikan oleh Polis dari Malaysia tadi. Aiman dan Aileen mula menapak kaki ke tangga setelah mendengar jeritan abangya menyuruhnya untuk turun kedapur itu.

"ummi kenapa ni?" Tanya Asyraf dengan lembut. Risau tentang umminya yang menjawab panggilan yang berbunyi tadi terus rebah di atas permukaan lantai di dapur itu.

"Ay..ayah acap ayah" Kata Puan Asmah. Dia tidak sanggup ingin memberitahu kepada tiga beradik tu tentang kematian Encik Samad itu.

























To be continue

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now