Bab 15

1.5K 55 0


Laju langkah Asyraf ke pintu rumahnya. Lama dia meninggalkan Theodora. Hampir 10 jam. Asyraf pergi melepaskan stressnya di tempat latihan.

Dia membuka pintu rumah agamnya yang besar ini dengan perlahan-lahan.

Asyraf terdengar bunyi tv yang terbuka di ruang tamu. Segera dia menapakkan kakinya ke ruang tamu.

Ternampak sekujur tubuh yang berbaring di atas sofa. Tubuh itu sangat Asyraf kenali, tubuh Theodora.

Kaki laju menuju ke arah wanita yang terlena berlandaskan sofa yang agak besar di ruang tamu ini.

Asyraf menggeleng kepala sedikit. 'Theodora Theodora. Dah tau ngantok gi la tidur dalam bilik. Aihh la budak ni. Nasib aku sayang' menolog Asyraf di dalam hati.

Dia mula membongkok kan badannya. Asyraf merenung muka bersih Theodora yang tiada sebarang parut atau jerawat. Dia tersenyum sendiri.

Telapak tangan mula mengusap kepala Theodora, yang masih dilindungi dengan tudung sarung yang dipinjamkan oleh orang gaji di rumahnya ini.

Ermmmm

Terdengar regekan Theodora. Asyraf terus mengangkat tapak telangannya daripada mengusap kepala Theodora.

Asyraf muka berdiri. Dia mahu masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Badan masih melekit dengan peluh. Penat masih bersisa. Puas, itu yang dirasakan oleh Asyraf.

Dia puas melepaskan geramnya terhadap 'lelaki' itu di dalam bilik latihan yang agak jauh sedikit biliknya dengan markas yang selalu diseksa orang yang bersalah.

Asyraf masih lagi memberi kemanusiaan. Dia akan bertanya dahulu, tetapi dalam nada yang agak menggerunkan. Jika dia sudah tahu perkara yang sebenar. Asyraf akan membunuh 'pengintip' yang dihantar oleh musuhnya itu.

Tidak sempat kaki Asyraf ingin menapak ke tangga. Terdengar suara Theodora yang bertanyakannya sambil memisat matanya.

"Awak baru balik ke?" Tanya Theodora. Dia mula memandang jam yang tergantung di dinding. Matanya sedikit sepet.

Jam sudah berginjak pukul 10 malam. 'Lamanya dia keluar. Hmm' menolog Theodora di dalam hati.

"Hm" Asyraf membalas dengan ringkas. Dia meneruskan niatnya yang terbatal dengan teguran Theodora tadi.

Laju kaki melangkah manaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Asyraf malas naik lift. Malas nak tunggu. Baik dia naik guna kaki je. Bukan selalu tau dia exercise. Huhu

Theodora yang berada di ruang tamu itu mendengus kegeraman. Orang tanya dia. Dia jawab 'hm' je. Malas la nak layan dia esok huh.

Segera Theodora menutup tv dan kaki terus melangkah ke biliknya. Baik tidur lagi bagus. Dari pikir pasal mamat tu. Annoying!

Asyraf yang berada di dalam bilik air itu hanya diam tidak berkutik. Fikirannya serabut tentang perkara yang berlaku di markas.

Hati mula membara. Dia menumbuk kiat dinding bilik air itu. Dinding itu retak sedikit, tangan Asyraf mula kebiruan. Dia tidak kisah jika anggota badannya cedera. Dia takut jika 'musuhnya' melibatkan orang yang dia sayang.

Cukup ayah angkatnya meninggal hanya untuk melihat Asyraf membesar dengan gembira.

Flasback.

"Asyraf, Aiman dengan Aileen jaga diri elok-elok ya. Ayah nak pergi kursus dekat Bangkok. Nanti ayah belikan untuk anak-anak ayah hadiah ye" ujar Encik Samad kepada tiga orang budak sekolah menengah yang duduk di ruang tamu ini.

"Acap tak kisah la pasal hadiah tu ayah. Acap risau pasal ayah je ni. Berapa lama ayah pergi?" Tanya Asyraf. Nama manja yang diberikan oleh Encik samad adalah Acap. Mula-mula dia agak tidak suka dengan panggilan 'Acap' itu. Tetapi setelah hari-hari mendengar ayahnya memanggilnya Acap. Dia muka selesa.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now