Bab 14

1.6K 62 1


"Asyraf dengan Theodora pergi dulu ye ummi. Nanti kalau ada masa Asyraf datang rumah ummi. Jaga diri elok-elok" pamit Asyraf untuk beredar. Dia mencapai tangan Puan Asmah untuk menyalami. Dia menyelitkan sedikit duit belanja.

"Baiklah. Jangan nakal-nakal tau anak ummi ni. Kalau ummi tau Theodora selalu nangis sebab Asyraf. Ummi siku-siku kepala awak" ujar Puan Asmah.

Puan Asmah terasa sesuatu di tangannya ketika Asyraf menyalami tangan dia. Segera dia memandang tepat anak mata berwarna coklat milik Asyraf itu.

"Apa ni?" Bisik Puan Asmah di telinga Asyraf. Tidak mahu Theodora dengar perbualan mereka.

"Duit belanja ummi. Ummi amik la buat beli barang dapur atau keperluan" Asyraf membalas bisikan Puan Asmah telinganya itu.

Theodora yang menyaksikan dua hamba Allah di hadapannya ini, mula tergelak kecil. Malas nak amik port. Biarlah benda yang di 'bisikkan' itu menjadi perbualan diantara Puan Asmah dan Asyraf sahaja.

"Terima kasih Asyraf" ucap Puan Asmah sambil mencium sedikit tepi dahi milik Asyraf.

Asyraf tersenyum manis dengan tindakan umminya itu. Dia tidak heran benda yang berkenaan dengan duit. Katanya 'duit boleh dicari'. Sebab itu kalau ummi atau anak buahnya tidak mencukupi duit dia memberi tanpa mengendahkan kerugiannya.

Theodora tersenyum sendiri setelah nampak akan kesenyuman Asyraf kepada Puan Asmah itu. Sumpah hensem gila kalau Asyraf senyum!

"Kami gerak dulu ye ummi. Hati-hati, kalau ada apa-apa just text or direct call me okeyh." Pamit Asyraf untuk beredar.

Theodora segera mencapai tangan Puan Asmah dan 'berterima kasih' dengan wanita separuh abad itu.

Theodora melambai Puan Asmah sehingga dia tidak lagi nampak akan kelibat Puan Asmah itu.

"Kita  nak pergi mana?" Tanya Theodora sambil memandang Asyraf yang sedang focus memandu itu.

Asyraf diam. Dia tidak menjawab pertanyaan Theodora. Sengaja ingin menyakat. Tak serik-serik betulla Asyraf ni. Kang Theodora sakit lagi padan muka kau!

Theodora berkerut kening. Pertanyaannya tidak disambut oleh Asyraf. Dia bersuara lagi sekali.

"Awakkk kita nak pergi mana ni?" Suaranya cukup lembut. Rasanya kalau laki lain dengar suara dia ni. Confirm tergoda punya.

"Can you shut your mouth?" Asyraf bersuara dingin. Dia suka tengok Theodora nangis. Suka tengok hudung merah Theodora itu. Comel!

Makin berkerut kening Theodora. 'Asal dengan mamat ni? Tadi okeyh je. Kenapa sekarang tiba-tiba je nak marah-marah?' Ujar hati Theodora.

"Awak dah kenapa?" Tanya Theodora dengan kening yang berkerut. Rasanya aku takda buat salah apa-apa. Kenapa dengan dia niiiii?

"Boleh diam tak! Aku tengah drive kan? Buta ke?!" Jerkah Asyraf secara tiba-tiba. Ya Allah Asyraf sumpah kau jahat gila. Kalau Theodora tak nak cakap dengan kau nanti. Padan muka kau!

"Awak ni gila ke? Sekejap okeyh. Sekejap marah." Tanya Theodora. Sungguh dia geram dengan Asyraf.

Terhambur gelak Asyraf sambil mengetuk stereng keretanya itu. Theodora pelik dengan tindakan Asyraf. Soalan dia lawak ke sampai Asyraf gelak macam orang gila je.

"Aku saja je nak menyakat kau. Suka tengok kau nangis" Asyraf bersuara dengan jujur. Malas mahu berselindung lagi.

"Ouh patutlah awak ni kekadang betul. Kekadang tak. Gila rupanya" balas Theodora tanpa menapis. AHAHAHAHA tadi kau kenakan aku kan? Sekarang biar aku kenakan kau pulak.

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now