Bab 12

1.5K 64 0

Seperti yang di janjikan oleh Asyraf. Dia ingin membawa Theodora berjumpa dengan umminya. Asyraf ingin meminta restu kepada ummi angkatnya itu. Dia ingin merasa kerestuan keluarga dengan keputusannya ini.

"Dah siap?" Tanya Asyraf kepada Theodora setelah ternampak kelibat Theodora di ruang tamu.

"Erm awakkkkk. Saya tak nak pakai heels. Takde ka sandle?" Rengek Theodora kepada Asyraf. Sakit kaki tau pakai heels ni. Dah la 7 inch, rasa macam nak patah je buku lalinya ketika berjalan.

"Takda. Pakai je la, sekejap je" jawab Asyraf sambil memandang Theodora yang berdiri di hadapannya ini.

Theodora tersebik ingin menangis. Tumitnya sakit memakai heels ini. Sungguh tinggi. Mata mula berair, segera dia menundukkan mukanya kebawah.

"Lahhh kenapa nangis pulak ni." Tanya Asyraf. Pelik jugak dia, takkan la pasal heels je dah nangis.

"Kaki saya nanti sakit kalau pakai kasut tumit tingginni. Sebab tu saya tanya awak ada sandle ke tidak"  balas Theodora sambil mendongak memandang jejaka yang berkemeja kemas dihadapannya ketika ini.

"Urm takdaaa. Pakai je dulu tak bole ke? Nak pergi sekejap je" jawab Asyraf. Penat dengan teletah Theodora ni. Manja sangat, aku gigit kang baru tau.

"Haihhhh yelah saya pakai" mengeluh  Theodora. Nak buat macam mana dah takda. Takkan nak kaki ayam pulak? Haihlahhh kaki, mohon tabah okeyh hikhik.

"Aku tunggu kat dalam kereta. Cepat sikit. Jangan lama sangat." Kata Asyraf. Kaki terus menapak kearah tempat letak kunci dan dia terus berlalu keluar ingin memanaskan enjin keretanya itu.

***

Tokk tokk

"Assalamualaikum." Laung Asyraf di luar rumah. Ummi angkatnya hanya tinggal di rumah flat sahaja. Bila Asyraaf ingin membeli rumah untuk umminya itu. Segera orang tua itu menghalang. Katanya 'tak payah membazir'.

Puan Asmah yang terdengar ketukan pintu dirumahnya segera menghentikan perbuatannya. Dia mengelap tangan di kain yang terletak di atas meja itu. Kaki terus melangkah kearah pintu.

Sementara di luar. Theodora sudah kecut perut. Takut mak mertuanya itu tidak suka akan kehadirannya. Ermm mesti banyak tengok drama ni kan? Hahaha

Puan Asmah membuka pintu dengan senyuman yang sangat lebar. Maklumlah, nak sambut menantu.

"Waalaikumussalam. Ya Allah Asyraf. Dah sampai dah. Meh masuk" dengan ramah mesranya Puan Asmah membalas sambil mejemput anak angkatnya dan 'bakal menantu' nya itu memasuki rumahnya yang sederhana ini.

Asyraf menyalami tangan perempuan separuh abad itu. Theodora turut membuat perkara yang sama. Hatinya masih berdebar. Macam nak meletop dah. Haa gittuww

"Ummi sihat?" Tanya Asyraf sambil menatap wajah wanita itu. Dia berasa bersyukur kerana Allah mengurniakan wanita separuh abad ini kepadanya.

"Alhamdulillah sihat je. Asyraf tak nak kenalkan dekat ummi ke bakal menantu ummi ni?" Tanya Puan Asmah sambil bibir memuncung kearah Theodora.

Theodora ternampak akan muncungan Puan Asmah kepadanya terus dia menundukkan wajahnya. MALUUUU!

"Suruh la dia kenal kan diri dia dekat ummi sendiri. Asyraf penat la ummi" balas Asyraf sambil mencebik kan mulutnya.

Theodora rasa macam nak gelak dengan gelagat Asyraf seperti budak tadika itu. Tidak pernah pula dia tengok Asyraf bermanja dengan siapa-siapa. Ini kali pertama.

Asyraf menyiku sedikit lengan Theodora. Tanda suruh bersuara mengenalkan dirinya kepada Puan Asmah.

"Err...ermm nama saya Theodora Maisarah Binti Muzaffar Shah" Theodora mengenalkan dirinya kepada Puan Asmah. Tergagap-gagap sedikit Theodora ketika ingin mengenalkan dirinya kepada bakal emak mertua dihadapannya ketika ini.

"Sedap namanya macam tuannya jugak eh. Jangan la takut dengan ummi. Ummi tak makan orang pun" balas sambil tersenyum manis kearah perempuan yang telah membuka pintu hati anak angkatnya ini.

Asyraf yang senyap hanya tersenyum dengan ketakutan Theodora ketika ini. COMEL SANGAT! Eiiii i can't control my self right now.

"Dora takutlah ummi. Dora takut ummi marah Dora" kata Theodora sambil menunduk bermain dengan jarinya sendiri.

Puan Asmah dan Asyraf terus tergelak besar dengan teletah Theodora yang seakan-akan budak takut dimarah itu.

Mata Theodora mula berair. Dia malu, takut. Dengan ummi dan Asyraf tidak berhenti gelak daripada tadi. Muka makin menunduk.

Iskk iskk

Asyraf mula terdiam saat dia terdengar esakkan seseorang. Ya Allah sungguh dia lupa akan perangai Theodora yang satu ini. Manja.

Puan Asmah terkejut dengan esakkan Theodora. Segera dia memberhentikan tawanya sambil memandang risau perempuan dihadapannya ketika ini.

Theodora masih tersedu sedan. Sungguh dia terasa hati dengan gelagat Asyraf dan Puan Asmah ini.

Puan Asmah mula berginjak punggungnya dan duduk disebelah wanita yang menunduk sambil menangis ini.

"Heii jangan la nangis sayang. Ummi tak sengaja. Ummi minta maaf yea. Dah dah jangan nangis nanti tak comel pula" pujuk Puan Asmah. Sungguh dia rasa beruntung dengan pilihan anak angkatnya ini.

"Takpe ummi. Biar Asyraf yang pujuk." Kata Asyraf kepada umminya, Puan Asmah.

"Baiklah. Ummi nak kedapur sekejap. Nak hidang makanan. Mesti Asyraf dengan Theodora dah lapar kan? Nanyi kita makan sama-sama ye" pamit Puan Asmah untuk ke dapur. Dia mahu menghidang lauk yang telah dia masak ketika Asyraf dalam perjalanan ke rumahnya tadi.

Asyraf mula mendekat dengan 'bakal isterinya' ini. Dia memeluk sedikit bahu Theodora untuk rapat dengannya.

Theodora hanya mengikut. Macam lembu kena cucuk hidung je.

"Kenapa ni? Aku dengan ummi gelak sikit je dah nangis." Asyraf mula bersuara sambil memandang tepat wajah Theodora yang masih menunduk itu.

"Say..saya sedih la. Saya cak..cakap saya takut tiba-tiba awak dengan ummi terus gel..gelakkan saya. Hik hik" tersedu sedan Theodora membalas percakap Asyraf.

Asyraf tersenyum sedikit. Haihlah Theodora, tolong la jangan cute sangat. Aku tak tahan tau tak.

Asyraf menganggat sedikit dagu Theodora. Mata Theodora tetap terpejam tidak mahu bertentangan mata dengan jejaka dihadapannya ini.  Malu tau.

Puan Asmah yang menyekodeng anak angkatnya disebalik diding dapur dengan ruang tamu itu tersenyum sendiri. Tidak pernah hatinya bergembira sehingga begini.

Asyraf mencium kedua mata milik Theodora itu. Terbuka luas terus biji mata Theodora. Terkejut dengan tindakan Asyraf.

Asyraf tersenyum sendiri. Kenapalah dia ni polos sangat. Haddoi

"Kena cium baru nak muka mata eh?" Tanya Asyraf sambil memandang tepat kearah anak mata Theodora.

Muka Theodora mula memarah. Malu dengan pertanyaan Asyraf ketika ini.

"Maa..manadaa la awak." Jawab Theodora. Semenjak Asyraf memarahinya ketika tidak menjawab pertanyaannya sewaktu membuka pintu yang bertulisan 'no entry' itu. Terus Theodora tidak berani untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan yang Asyraf bertanyakan kepadanya. Serik!

Asyraf masih tersenyum memandang Theodora. Dia gembira dengan pilihannya ini. Tidak menyesal dengan keputusan yang terburu-burunya itu.

"Awak. Saya nak kedapur sekejap nak tolong ummi hidang lauk" dalih Theodora saat dia ternampak akan senyuman Asyraf yang menggoda baginya.

Segera Asyraf menjatuhkan jarinya di dagu milik Theodora itu. Dia megelap kesan air mata Theodora yang menangis tadi.

Terus Theodora berdiri untuk menuju kedapur. Nak tolong umminya hidang lauk yang telah dimasak ketika dia dan Asyraf dalam perjalanan tadi.


#1083 words
#jangan lupa vote and comment❤
#enjoy your reading
#Thank you❤

11 June 2019

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now