Bab 10

1.7K 81 3


"Dia demam terkejut. Kau buat apa kat dia sampai dia demam ni? Aku dah pesan kat kau kan jaga dia elok-elok. Asal kau tak dengar apa aku cakap? Ubat yang aku kasi semalam pon sebiji pon takde dia telan. Kau ni memang degil la. Aku ni tak tau macam mana nak pesan kat kau ni. Penat tau tak? Jap aku ulang PENAT TAU TAK PENAT!" Jerit Aqif yang hampir sahaja di sebelah telinga Asyraf.

"Kau ni mintak kena pancung la setan. 
Bole tak kau cakap slow2? Aku tak pekak lagi tau. Bodoh betul." Hambur Asyraf kepada Aqif. Aku betul2 kat sebelah dia doe. Nak cakap kuat2 buat apa?aku ni tak pakai lagi alat bantu pendengaran tu. Cousin siapa la ni. Ehem ehem he is your cousin okeyh.

"Aku dah pesan tapi kau yang tak nak dengar. Padan la dengan muka kau kena jerit kat telinga. Biar pekak terus. Mana tau lepas pekak kau terus dengar cakap aku ke. Hehehe engkaulah hambaku MMUAHAHAHA" sudah macam orang gila Aqif semasa membidas balik percakapan Asyraf.

Aiman yang diam duduk di ruangan sofa itu hanya menggelengkan kepala dengan telatah sepupunya itu.

"Diam la kau. Apa lagi sakit yang ada kat future wife aku?" Tanya Asyraf tanpa menoleh kearah Aqif.

"Wait wait. Future wife? Siapa? Theodora ke? Asal aku tak tau ni gila?" Tanya Asyraf dengan wajah terpinga-pinga.

"Kau memang tak perlu tau pon. Tak layak." Tanpa teragak-agak Asyraf membalas.

"Arghh malas aku amik tau. Sekarang ni aku nak kau jaga dia elok-elok. Dia stress tu. Kau ni dia kan jenis yang manja. Yang kau gi tengking dia kenapa?bangang sangat" marah Aqif. Dia tahu cerita sebenar pun daripada Aiman. Kalau Aiman tak buka mulut memang idak ler dia nak tahu.

Asyraf meyinggung sinis. Membebel je mamat lampir sorang ni. Aku sumbat spender Aiman baru tau. AHAHAHAHA. Tergelak sendiri Asyraf di dalam hati.

"Ye aku tau lah. Kau ni banyak bunyi je" jeling Asyraf kepada Aqif. Mulut macam bontot ayam doe. Dari tadi dok pokpek pokpek je. Rimas tau tak?!

Terdengar seperti seorang menangis dari tingkat bawah. Aiman dan Aqif mula menghimpit kearah Asyraf. Asyraf mula mengerut kening.

"Woi setan. Kau kenapa ni? Dok himpit2 aku pulak. Panas tau tak?" Tanya Asyraf kepada dua jejaka yang menghimpit dia itu. Gila ini orang. Tiba2 je main himpit-himpit. Gila.

"Weh kau pekak ke?kau tak dengar ada orang nangis? Syeramm woi" cakap Aqif kepada Asyraf.

"Ye weh. Kau tak dengar ke Asyraf?sebab tu la kami menghimpit kat kau ni" terdengar suara Aiman menyambung percakapan Aqif.

Asyraf menggelengkan kepalanya. Dah sah dorang ni hilang ingatan.

"Korang ni makan apa sampai lupa ni?korang tak ingat ke aku yang letak Theodora kat bawah?" Terang Asyraf kepada dua jejaka yang menghimpitnya seperti orang gila.

"Ye tak ye jugak eh. Asal aku lupa"  ujar Aiman.

"Jom weh gi tengok dia. Mesti dia dah terjaga" pamit Aqif sambil menggeliat sedikit badannya. Erm maklumlah dari tadi duduk je. Mana tak lenguhnya badan cheq huhu.

"Iskk iskk. Semua orang jahat.." tidak sempat Theodora ingin meluahkan isi hatinya di luar balkoni. Terdengar seperti seseorang membuka pintu biliknya.

Krekkkkk

Asyraf menjenguk kepala sambil melihat sekeliling ruang bilik bawah yang Theodora sedang duduk.

Pelik Asyraf setelah melihat katil yang tidak berpenghuni itu. Matanya jatuh pada pindu yang hendak menuju ke ruang balkoni.

Terdengar esakkan seorang gadis. Hermm Theodora la tu. Dia sorang je perempuan dalam rumah ni. Si Aileen duduk rumah ummi lagi.

Dengan langkah yang perlahan-lahan Asyraf menuju kearah pintu balkoni itu.

Si Aiman dengan Aqif pulak duduk di luar setelah di arah oleh Asyraf.

Setapak demi setapak Asyraf mula melangkah ke arah balkoni itu. Dia menyelit sedikit kepalanya di sebalik langsir.

Asyraf ternampak tubuh Theodora yang merapatkan lutut ke dada sambik muka tersembam di lutut itu. Dia mengeluh perlahan.

Dia mula merapati tubuh gadia yang dia sudah jatuh sayang itu.

"Sayang" lembut sahaja dia memanggil Theodora.

Theodora mendongak. Dia memandang jejaka yang memanggilnya 'sayang' itu agak lama.

"Awak jahat hikhik. Saya benci awak. Aw..awak marah saya. Say..saya tak nak dekat dengan awak" cakap Theodora. Asyraf ternampak akan air mata Theodora yang jatuh berlenangan itu. Theodora menyembamkan mukanya kembali di lutut.

"Hey kenapa cakap macam tu." Asyraf mula rasa bersalah. Salah dia juga sebab tidak kawal kemarahannya tadi.

"Awak cakap saya budak kecil. Hikhik. Saya benci awak sangat-sangat. Saya nak balik" tanpa Theodora mendongak dia menutur percakapannya itu.

Asyraf menapak duduk di sebelah Theodora. Tidak sanggup dia melihat air mata gadis yang dia mula sayang itu.

"Hikhik" terdengar esakkan Theodora.

Asyraf memeluk bahu Theodora. Dia mendekatkan Theodora dengannya. Theodora hanya akur sahaja.

"Angkat kepala. Pandang muka aku" arah Asyraf.

"Amauu. Awak garang isk isk" Asyraf tersenyum sedikit dengan respon Theodora. Haihhlah budak. Kau buat aku tak sabar nak ngap kau.

"Aku cakap pandang muka aku kan. Kenapa degil jugak ni" sengaja Asyraf membuat nada yang marah supaya Theodora mendongak memandang mukanya yang hensem ini. Bluekkkk.

"Hikhik. Jangan la marah. Iskkk iskk" makin kuat esakkan Theodora setelah mendengar Asyraf bercakap.

"Aku tak marah la. Pandamg muka aku cepat" arah Asyraf.

Sedikit demi sedikit Theodora mendongak memandang Asyraf.

Setelah betul-betul Theodora memandangnya. Dia terkesema. Mata Theodora bengkak mungkin sebab nangis. Hidung dan matanga cukup merah.

Perasaan bersalah mula menyebulungi hatinya. Tidak ada niat pun dia mahu memarahi Theodora sebab membuka pintu yang bertulisan 'no entry' itu.

"Kenapa mata sembap ni?" Tanya Asyraf.

"Saya nangislah." Jawab Theodora.

"Siapa yang buat kau nangis" tanya Asyraf lagi.

"Awak la. Awak marah saya. Saya takut. Saya tak pernah kena tengking macam tu. Awak yang pertama kali buat saya macam tu" ujar Theodora.

"Sorry sayang. Aku janji tak buat lagi. Aku tak bole kawal marah aku. Bilik tu untuk orang tertentu je yang bole masuk. Sebab tu aku marah sangat dengan kau" balas Asyraf sambil meminta maaf.

"Saya tak nak maaf kan awak." Cakap Theodora tanpa riak.

"Kenapa tak nak maaf kan pulak?aku dah minta maaf tau. Hish kau ni" berkerut sedikit dahi Asyraf setelah mendengar respon Theodora itu.

"Saya bola maaf kan awak. Tapi dengan satu syarat" tersengih Theodora sambil menuturnya itu.

"Apa syaratnya?" Tanya Asyraf. Dia sanggup buat apa2 sahaja. Janji Theodora maafkannya.




5 June 2019

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now