Bab 6

2K 85 2

Di dalam rumah

"Bunyi apa pulak ni. Malam2 buta jugak la si setan ni nak bising" mengeluh Mikael Aiman sambil kaki melangkah kearah balkoni untuk menengok setan mana yang buat bising pagi-pagi buta ni.

"Eh tu bukan Asyraf er? Apasal dia tumbuk laki tu pulak" dengan segera. Aiman melangkah kaki ke tangga untuk menuju ke luar rumah.

"Weyh aqif. Kau tak dengar ke bunyi bising kat luar sana. Memekak siot. Aku nak berak pon tak senang." Tanya Aiman kepada Aqif yang sedang menonton tv sambil menjamah keropoknya itu.

"Dengar, tapi malas aa aku nak keluar. Baik aku tengok cerita ni. Lagi best." Jawab Aqif tanpa sedikit pon menoleh kearah Aiman.

"Dah dah. Jom tengok kat luar. Sebab tadi aku tengok kat balkoni yang si Asyraf tu tumbuk muka sorang laki. Dah la dengan cengkam kolar bajunya lagi. Syeraaammmm" ajak Aiman kepada Aqif. Ye weh kalau Asyraf mengamuk, takde siapa bole redakan kemarahan dia. Mau kena terajang sampai ke England kau.

"Ye er weh? Ilerr arr, dah dah jom gi tengok" segera dia meletakkan keropok itu di atas meja yang berdekatan dengan ruang tamu itu.

******

"Aku tanya tu jawablah bodoh?! Apa lagi jantan taguna nak dari aku?!" Jerkah Asyraf di tepi telinga lelaki tersebut.

"Ak..aku tak tahu. Ak..aku hanya buat apa yang disuruh sahaja." Jawab lelaki itu dengan tergagap-gagapnya. Mau tak gagapnya, dah kena tumbuk dekat perut dengan rahang banyak kali kot. Dah la si Asyraf ni tapak tangan dia sebesar tapak kaki anak gajah.

"Kau jangan nak bodoh kan aku la bangsat! Baik kau bagitahu aku sekarang sebelum ajal kau datang malam ni" merah mukanya menahan marah kepada lelaki dihadapannya ini. Dari tadi aku tanya asyik dapat jawapan yang sama je. Siapa je tak bengang.

"Weh bro ape kes ni main jerit-jerit pagi buta ni. Aku nak berak pon tak senang la" terdengar suara sumbang menyapa Asyraf.

"Kau ni dari tadi berak tak senang. Aku sumbat batu ni dalam mulut kau kang. Tak jadi berak terus kau." Balas Aqif yang berada di sebelahnya itu.

"Eh eh kau. Berani ke kau nak sumbat batu kat dalam mulut aku? Kena ugut sikit pon dah nangis haha" balas Aiman dengan tawanya.

"Bodohlah kau" hambur Aqif sambil ketawa. Teringat saat dia diugut oleh musuhnya sewaktu zaman universitynya itu.

"Dah la beruk-beruk sekalian. Ni ha tolong aku bawak masuk jantan murah ni dalam bilik menyeksa. Ikat dia ketat-ketat. Jangan sampai dia lari. Kalau aku tau dia lari aku ikat korang dua dekat pokok magga tu sambil bogel" arah Asyraf sambil melepaskan cengkaman pada kolar baju lelaki tersebut.

Lelaki itu terlorot jatuh. Seakan tidak bermaya lagi. Tahulah dia nyawanya akan digadaikan. Musuh yang digeruni oleh seluruh dunia yang dia sedang berhadapan ketika ini. Salahnya jugak kerana menerima job tersebut. Demi mencari duit makan untuk emak dan adik-adiknya. Dia sanggup walaupun dalam keadaan terpaksa.

"Ha yang ni biar aku settle kan. Aqif tolong aku call Eric suruh cari maklumat pasal jantan ni. Aku nak tau sebab apa dia sanggup datang sini semata-mata nak documen tu je" arah Aiman kepada Aqif.

"Hm okeyh" itu je perkataan yang diungkap oleh Aqif.

"Aku cau dulu. Banyak benda nak buat. Jangan lupa suruh Eric cari lagi pasal maklumat budak perempuan tu lagi dalam. Aku nak tau semuanya. Malam ni jugak. Cakap kat budak2 aku nak jumpa dorang kat markas sekarang. Ada benda penting nak dibincangkan. Kau Aqiff, jangan nak mengelat. Dah 2 minggu kau skip meeting penting kita. Aku tak nak dorang target kau. Kau tu dah la pondan." Bebel Asyraf dengan penjang lebarnya dan ada juga selitkan ayat memerlinya kepada Aqif.

Aqif menjelingnya dengan tajam.

"Diam ar kau. Aku tau lah apa aku buat. Bising macam tapir je kau ni. Rimas betul tau tak?" Balas Aqif dengan nada yang dibuat-buat seperti marah.

"Eh eh kau. Aku yang ketua ke kau yang ketua? Bila aku bagi arahan tu dengar la bukan melawan. Aku potong lidah tu kang takda siapa nak kat kau" jawab Asyraf.

"Dah ar. Aku gerak dulu. Banyak benda tak settle lagi ni. Jumpa dekat markas. Cau" segara Aqif menapak ke kereta sportnya untuk pulang pergi ke markas. Barang yang dibawa umtuk merawat perempuan tadi, dibiarkan sahaja di rumah yang besar itu. Taulah dia yang Asyraf tak nak dia bawak balik. Katanya kalau ada 'emergency senang'.

Semua beredar dengan segera. Ada benda yang perlu disetlekan sebelum subuh nanti.

***

Theodora terjaga dari tidurnya

Kepala seakan-akan berpusing. Terlalu pening atas ubat yang diberikan oleh Aqif sebentar tadi.

"Hmm aku dekat mana ni?kenapa tiba2 aku dekat dalam bilik?setahu aku, aku kena ganggu dengan dua orang lelaki dia lorong" Theodora mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada dirinya malam tadi.

Dunia seakan-akan terhenti. Theodora meraba pakaiannya. Alhamdulillah masih ada. Tetapi pakaiannya sudah ditukar. Theodora diam sejenak. Segera dia menapak kaki ingin keluar dari bilik yang dia duduki tersebut.

'Ni bukan bilik aku yang aku duduk dekat rumah yang aku kerja ni. Aku dekat mana pulak ni. Jangan cakap aku kena culik pulak' monolog Theodora di dalam hati.

Krekkkkk

Dia membuka pintu dengan perlahan-lahan. Tak nak bagi siapa2 terjaga pada waktu begini. Dengan perlahan-lahan dia menapak ke tangga. Dia menjenguk ke arah ruang tamu yang besar itu, kosong tiada orang. Segera dia menapak ke dapur untuk meneguk air.

Tekak berasa sangat kering. Dengan langkah yang perlahan dia pergi ke ruang dapur yang besar itu. Segera dia mencapai cawan dan air yang telah disediakan di atas meja tersebut.

"Kau buat ape tu?" Satu suara yang menegur Theodora sewaktu dia meneguk air dengan rakus.

Uhukk uhukk

Tersedak Theodora dengan teguran lelaki di belakangnya ini. Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang untuk melihat rupa lelaki yang menegurnya ketika ini.

Theodora terpana. 'Ya Allah, indahnya ciptaanmu ini. Dengan rambut yang begitu cantik di dandan. Mata berwarna coklat cair. Kulitnya cerah, bibir yang merah' tahulah Theodora yang lelaki ini tidak menghisap rokok atau apa2 yang berkenaan dengan asap. Kalau lelaki itu hisap, bole tahu yang bibirnya hitam bukan merah.

"Dah tak yah nak puji aku lebih2. Aku tau aku hensem" Asyraf bersuara setelah budak perempuan di depannya ini berdiri kaku.

Theodora tersedar dari lamunannya. Seakan-akan ada orang mencurah air panas di mukanya. Segera dia menutup kedua mukanya dengan telapak tangan. Merah woi muka dia bila laki perasan kita tengah puji dia dalam hati.

Asyraf tersenyum sedikit dengan tingkah laku perempuan dihadapannya ini, comel.







Okeyy sis baik harini. Kita double update❤jangan lupa vote and comment okeyh❤

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now