Bab 4

1.9K 96 1

Erm lamanya dorang kat dalam tu. Dorang buat apa tu gila?mampos la aku kalau Dato' Amaluddin dengan Datin Maria tau pasal ni. Confirm kena buang kerja sebab tak bagitahu dorang" menolog Theodora di dalam hati

Theodora ulang-alik di dalam biliknya. Ya Allah Theodora kau buat apa ni? Pening aku tengok kau tau tak?adddoii

Terdengar pintu di ruang tamu di buka. Segera Theodora berlari anak pergi ke ruang tamu untuk melihat siapa yang membuka pintu tersebut.

"Hoi betina. Kau tak masak ke tadi?" Jerkah Alisya yang berada di atas sofa yang berdekatan dengan pintu.

'Alahai dia ke?aku ingat siapa lah tadi' menolog Theodora di dalam hati.

"Err saya masak cik tapi makanan dah basi. So saya dah buang. Cik Alisya lapar ke? nak saya masakkan?" Balas Theodora

"Aku tak nak makan berat2 malam ni. Kau tolong belikan aku roti dengan biskut kat 7E yang dekat hujung jalan tu bole?" Tanya Alisya tanpa menoleh sedikit pun kearah Theodora

'Weh dah pukul 12:40 am kot. Gila apa minah kebayan ni nak suruh aku pergi sorang2 kat hujung jalan sana. Eii bijak betulla perempuan ni' menolog Theodora di dalam hati. Kalau Theodora cakap kuat2 mengamuk la minah ni sebab gelarkan dia minah kebayan. AHAHAHAHAHA

"Errr.. errm baiklah" dengan teragak-agaknya Theodora menjawab. Kang cakap tak boleh dia mengadu dekat 'mama and papa' dia pulak. Haihlah hati mohon sabar yea huhu

"Jap aku nak amik duit" dengan tergesa-gesanya 'minah kebayan' tu menuju ke tangga untuk ke biliknya

"Ermm nah. Kau beli la apa2 yang kau nak. Tu duit belanja yang mama and papa tinggal kan untuk aku dengan kau" duit yang dihulur oleh Alisya disambut dengan tangan yang terketar-ketar.

"Baa...baiklah cik. Saya pergi dulu ye" Theodora memang dah pakai siap2 eh tudung, cardigan dengan stokin sebab tadi kan ada mat lampir yang 'minah kebayan' tu bawak balik hoho

***

"Minah tu gila apa doe suruh aku jalan malam2 buta gi 7E?dah la aku ni penakut. Eii masalah la. Dengan jalan kakinya lagi, kalau ada motor takpelah jugak. Ni haram jaddah. Kedekut punya 'minah kebayan' haishhh." Membebel Theodora seorang diri

Dan tanpa dia sedari ada dua pasang mata yang memerhatikannya sambil tersenyum. Senyuman itu adalah senyuman penuh makna.

"Semua sekali RM 16.30 cik." Kata casher 7E tersebut kepada Theodora

"Jap eh" balas Theodora sambil menyeluk kan tangannya di dalam poket untuk mengambil duit yang diberi oleh Alisya itu

"Okeyh nah" hulur Theodora dengan tangan kanannya

Duit not 100 itu disambut oleh casher perempuan itu dengan sopannya.

"Bakinya RM 83.70 sen ye cik." Bakinya disambut oleh Theodora dengan tangan kanan dan terus meletakkan bakinya itu di dalam poket.

"Dik bole tak akak nak tanya sikit" tanya Theodora setelah selesai memasukkan duitnya itu di dalam poket

"Ye kak?ape dia?" Balas budak perempuan yang menjaga kaunter 7E tersebut

"Kat sini ada jalan pintas tak nak ke rumah agam yang kat hujung sana?akak takut la jalan sorang2 malam ni. Ni pon anak majikan akak yang suruh belikan makanan yang dia nak ni" plastik yang dibungkus tadi diangkat sambil Theodora mengeluh kecil

"Ouh ye ke kak. Ada memang ada kak tapi saya takut akak tak berani pulak. Sebab jalan pintas tu kekadang ada matpet yang selalu lepak. Saya takut akak kena kecau dengan dorang pulak" balas perempuan itu dengan nada berbisik

Theodora MaisarahWhere stories live. Discover now