Fatin menggeleng kecil. Mana mungkin dia akan tinggalkan Ferhat. Mereka baru saja merasa dilamun cinta. Tapi, Fatin sayangkan persahabatan ini. Mana taknya, dari sekolah rendah lagi sudah terjalin.

"Aku tak sangka la, Yanna. Tergamak kau buat kawan kau sendiri macam ni? Kawan jenis apa kau ni, Yanna? Aku tak percaya semua ni! Kau bergurau aje kan?" Fatin begitu mengharap. Tolonglah kata ini semua sekadar gurauan.

"Tak. Aku tak bergurau. Aku tak bergurau." Aryanna tiba-tiba keluar dari bilik mereka, lalu menuju ke tepi pantai. Aryanna berjalan melepasi Ferhat yang sedang menuju ke biliknya.

"Wei, Yanna. Kau nak pergi mana ni?" Soalan Ferhat dibiarkan sepi. Menonong saja Aryanna melangkah. Lebih hairan, bila Ferhat nampak Fatin terkoncoh-koncoh mengejar Aryanna. Lengan Fatin dirangkul, memaksa gadis itu berhenti.

"Kenapa dengan kawan awak tu? Apa yang dah jadi?" Fatin mendengus geram. Dia melepaskan lengannya kasar. Langkah terus diatur bagi mengejar langkah besar Aryanna itu. Risau kalau dia buat perkara yang tak elok nanti. Sebelum apa-apa terjadi, baik hentikan dia dulu.

"Yanna! Kau nak pergi mana tu? Yanna!" Panggilan Fatin sikit pun tak dihiraukan Aryanna. Langkah kaki Aryanna terhenti betul-betul di hadapan hempasan ombak pantai.

Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah membasahi pipi. "Arghhhhhh!!!" Aryanna meluahkan segala yang terkubur sepuas-puasnya. Dah tak sanggup nak simpan lama-lama. Takut memudaratkan diri sendiri.

"Yanna!" Aryanna tak menoleh. Lebih sakit hati bila tengok wajah rakannya itu. "Yanna! Kenapa kau tiba-tiba berubah ni? Kita datang sini nak holiday kan?" Fatin cuba memujuk.

"Berubah?" Aryanna akhirnya toleh memandang Fatin. "Aku yang berubah..atau kau yang berubah? Kau masih tak nampak ke, Fatin? Hubungan kita makin jauh! Makin renggang! Kita dah tak macam dulu, Fatin. Tak mesra macam dulu. Kau tahu Fatin? Kita terlalu jauh sampai orang lain pun boleh perasan. Kau masih nak kata aku yang berubah?"

Fatin terdiam. Sayu sahaja kedengaran kata-kata rakannya itu. Fatin tak mampu nak tahan air matanya lagi. Tersedu-sedu Fatin menghamburkan tangisnya.

Dia tahu. Dia sedar. Dia sedar yang mereka semakin menjauh. Dia tahu semua tu berpunca daripada dirinya. Tapi apa yang Fatin boleh buat? Bila rasa cinta menguasai segalanya.

"Yanna.." Fatin cuba meraih tangan Aryanna. Namun, Aryanna terlebih dahulu mengelak. "Kau tahu semuanya sebab apa kan, Fatin? Kau tahu." Aryanna buang pandang ke arah Ferhat.

Kaku saja Ferhat tidak jauh dari mereka. Dari tadi, dia hanya menjadi pemerhati. "Ferhat. Semua ni jadi...sebab DIA!" Aryanna mula bertindak kasar. Kolar baju Ferhat dicekak kuat. Geram. Marah. Sedih. Semua ada!

Fatin cuba meleraikan tangan Aryanna yang berada di kolar Ferhat. Namun, tidak berjaya. Terlalu kuat macam gam gajah. "Yanna! Lepaskan dia la! Dia tak ada kena-mengena! Yanna!" Terjerit-jerit Fatin cuba meleraikan suasana tegang itu.

"Kau tepi, Yanna! Semua ni jadi sebab dia! Dialah punca segala-galanya! Kau tak patut muncul dalam hidup aku! Dalam hidup kawan aku! Sebab kau...kami makin jauh! Semuanya sebab kau!"

Ferhat tak duduk diam. Tenaga lelakinya lebih kuat. Genggaman Aryanna pada bajunya, begitu mudah dileraikan.

"Hei! Aku pun tak minta la muncul dalam hidup kau! Dalam hidup Fatin! Aku tak mintak! Lagipun, kau siapa nak halang rasa cinta aku dekat Fatin? Kau siapa?! Tuhan?! Aku tahu. Kau sakit hati kan dengan Fatin? Sebab aku pilih dia. Bukan kau! Sebab tu kau tak puas hati kan?" Aryanna terdiam.

"Yanna! Sudah-sudah la tu! Aku penat la macam ni! Kita baru sampai. Macam-macam dah jadi! Tolonglah, Yanna.. Kita tetap kawan. Sampai bila-bila. Kau kena tahu tu, Yanna." Fatin masih setia memujuk Aryanna.

"Tak payah susah-susah awak nak pujuk dia Fatin. Dia sendiri yang mula buang awak. Buat apa awak nak bazirkan air liur awak untuk dia?" Fatin tidak mengerti.

"Macam ni la, Yanna. Biar aku berterus-terang aje dengan kau. Dari awal aku nampak kau. Terus hati aku tak berkenan. Aku sendiri tak tahu kenapa. Nak kata aku kenal kau. Tak jugak. Kau kena terima, Yanna. Aku memang tak suka kau. Tak suka tengok muka kau. Tak suka kau dekat dengan aku. Aku tak suka.

Mungkin kau dengar macam aku ni kejam sangat kan? Tapi ini aje cara untuk fahamkan kau, yang tak reti nak faham bahasa tu. Aku sedar. Aku nampak. Macam-macam kau buat sebab nak tarik perhatian aku. Tapi, sorry to say. Kau sikit pun tak menarik minat aku nak tengok kau.

Yanna. Mulai hari ini. Saat ni. Aku tak nak tengok muka kau depan kita orang lagi. Walau bunyi tapak kaki kau sekalipun. Aku tak nak dengar. Dan kau kena ingat, Yanna. Cinta Ferhat, hanya untuk Fatin."

Aryanna terkedu. Terangkat-angkat bahunya menahan sebak. Sungguh kejam lelaki itu rupanya. "Takkan sikit pun tak ada ruang dekat hati kau untuk kenal aku? Teruk sangat ke aku ni?"

Fatin cuba mendakap Aryanna, namun ditepis kuat. Tanpa sengaja, tepisan Aryanna menyebabkan Fatin terjatuh ke dalam laut. Terkapai-kapai Fatin mencari nafas. Dia dah la tak pandai berenang. Nak apungkan diri pun tak tahu.

"Tolong! Tolong!!" Tak tunggu lama, Ferhat segera terjun bagi menyelamatkan buah hatinya. Aryanna kaku. Orang ramai yang bersiar-siar di sekitar pantai segera mendapatkan bantuan.

Beberapa minit kemudian, Fatin berjaya dibawa keluar dari laut. Aryanna segera menerpa ke arah Fatin. Dia tak sedarkan diri. Barangkali, tertelan banyak air laut.
"Fatin! Fatin, aku minta maaf! Kau jangan tinggalkan aku, Fatin! Bangun la! Fatin!"

Sementara menunggu ambulans tiba, Ferhat terlebih dahulu memberi bantuan mulut ke mulut (CPR) kepada Fatin. Bukan ambil kesempatan, tapi cubaan untuk selamatkan mangsa lemas.

Berkali-kali, dada Fatin ditekan kuat. Wajah Ferhat jelas menunjukkan yang dia risau. Jelas nampak ketegangan pada wajah Ferhat. Pertama kali Aryanna tengok wajah itu. Sayang betul dia dekat Fatin.

Aryanna tersentak bila bunyi siren ambulans mengilai di pantai tersebut. Semua pengunjung memberi laluan agar pasukan keselamatan dapat bergerak pantas ke arah mangsa. Sekelip mata sahaja, tubuh Fatin telah berada di dalam ambulans.

Aryanna berura-ura hendak masuk ke ruang belakang ambulans. Dia perlu ikut. Dia perlu pastikan Fatin selamat. Tapi, tak semena-mena bahu Aryanna ditolak kasar sampai jatuh terduduk Aryanna di atas tanah. Aduh! Sakitnya tak boleh bawa bincang.

"Kau tak payah ikut! Kau lupa ke? Aku tak nak tengok muka langsung!" Pintu ambulans ditutup. Pantas tayar bergerak membelah trafik menuju ke hospital.

Aryanna tunduk kesal. Dia tak sengaja pun. Kenapa sampai macam tu sekali, kena hukum? Macam mana nak tengok Fatin lepas ni?

****************************
Guys! I'm back! Finally, dapat jugak tulis cerita baru balik! Korang jangan la baca je.. Vote la sekali. Hehehe.. Harap ARYANNA SUFYA mendapat sambutan yang sama macam PENCULIK CINTAKU. Keep on supporting, voting and reading my story guys!

LoL..

👉 follow me @ns_sb01
👉 follow my ig @ns_sb06
👉 follow me on my facebook Nur Sabrina










Aryanna SufyaWhere stories live. Discover now