Bab 55

1.1K 50 19

"Akak!" jeritan Arwisy mengejutkan Islah yang baru hendak terlena.

"Bertuah punya budak!" Bantal kecil di sisinya dicampaknya kepada Arwisy. Elok mengena muka adiknya itu. Islah ketawa besar.

"Padan muka kau. Cari pasal lagi dengan akak. Kacau je orang nak tidur!" bebel Islah.

"Akak ni kan... asyik nak tidur je. Ayah ajak pergi beli barang hantaranlah." Islah buat tak layan.

"Malaslah! Akak tak nak kahwin. Arwisy jelah yang kahwin." Islah tekup muka dengan bantal.

"Haaa... bagus juga kalau kahwin free. Tinggal nak sediakan mas kahwin dengan hantaran je." Islah segera bangun.

"Mimpilah kau, dik! Dah. Pergi siap." Islah berlalu masuk ke dalam bilik. Dikerlingnya sekilas dulang-dulang hantaran yang tersusun di tepi dinding biliknya.

Islah masuk bersiap ala kadar. Usai bersiap, dia segera ke ruang tamu. Pak Iman dan Arwisy telah sedia menunggu.

"Dah boleh pergi sekarang?" soal Pak Iman pada Islah. Islah mengangguk. Arwisy capai kunci kereta yang terletak di belakang pintu.

Semenjak Zaidi menghadiahkan kereta itu, tak pernah sekalipun digunakannya. Diberikan kepada Pak Iman kerana Arwisy menggunakan kereta Pak Iman untuk pergi balik kerja.

"Nah... akak bawalah ya." Arwisy menyerahkan kunci kereta kepadanya. Islah segera meloloskan dirinya di tempat duduk belakang.

"Suruh bawa pun payah. Mujurlah bakal pengantin. Kalau tak, tak kuasa nak layan." Pak Iman geleng kepala dengar bebelan Arwisy.

"Kalah mulut mak nenek dah," ulas Pak Iman mengundang ketawa Islah.

"Fuyooo... mak nenek ada misai. Mak nenek nak tercegat berapa lama dekat situ?" Sakan Islah mengusik Arwisy.

Arwisy tarik muncung empat belas. Geram bila dipermainkan begitu, tapi tak apa. Ada lori, ada bas. Ada hari, dia balas.

Arwisy memandu tenang menuju ke pasar raya NSK. Lusa kakaknya bakal melangsungkan perkahwinan. Sunyilah rumah mereka nanti.

'Ya Allah... KAU kurniakanlah kebahagiaan buat kakakku seperti mana dia sering membahagiakan aku dan ayahku.' Dalam diam Arwisy menitip doa buat Islah.

Islah hanya membungkam di tempat duduk belakang. Telefon bimbit di capai. Sudah hampir dua minggu Riz mendiamkan diri. Tiada mesej apatah lagi untuk menelefonnya.

Adakalanya Islah rasa, Riz langsung tak serius dengan hal perkahwinan mereka.

"Kita kan dah pergi fitting baju. Food testing pun dah buat. Dah tak ada apa lagi yang kita nak uruskan. Barang hantaran semua Riz dah selesaikan. Baik dari pihak Riz mahupun dari pihak Islah. Riz dah beli semuanya. Nanti kita jumpa masa hari nikah je, okey?" Itu jawapan yang Riz berikan ketika Islah mengajaknya minum petang hampir dua minggu yang lalu.

Semenjak itu, Islah langsung tak menghubungi Riz. Riz juga tidak pernah menghubunginya kerana itu, Islah berasa jauh hati dengan sikap Riz.

'Takde rasa macam nak kahwin pun. Langsung tak excited,' keluh Islah sendiri.

"Riz sihat?" Pak Iman memecahkan kesunyian yang mencengkam. Islah jungkit bahu. Memang dia tak tahu perkhabaran mengenai Riz.

"Aik... lain macam je. Kenapa? Gaduh ke?" Pak Iman menyoal lagi.

"Entahlah ayah. Islah pun tak tahu apa masalah. Dia tak nak jumpa Islah. Katanya jumpa masa nikah nanti," jelas Islah tanpa berselindung.

Pak Iman diam. Cuba mencari ayat yang terbaik untuk memujuk Islah. "Biasalah tu. Darah manis. Tak elok jumpa selalu. Hilang seri pengantin nanti."

Islah mencebik. Malas nak ambil pusing. Langsung tak teruja untuk menempuh hari bahagianya nanti.

"Tak payahlah buat muka macam tu. Buruk benar." Islah hanya membiarkan usikkan Pak Iman.

Islah leka dengan telefon bimbitnya. Perbualan antara Arwisy dan Pak Iman tidak dipedulikan.

"Islah, hari ni je saya dapat jumpa awak macam ni. Lepas ni, kita dah susah nak jumpa." Wajah Zamani berubah sungul.

"Apalah awak ni. Saya tetap kerja dekat butik mama awak. Tak mungkin saya berhenti. Pengalaman lalu mengajar saya." Zamani mengeluh mendengar jawapan Islah.

"Macam mana kalau suami awak nanti tak izinkan?" Islah mengalih pandangan keluar tingkap. Dia tidak mampu menjawab soalan itu.

Bila dah bernikah, dia wajib patuh pada suaminya. Walau pengalaman lalu mengajarnya namun, dia tak mahu menjadi isteri derhaka.

Boleh ke Riz izinkannya untuk terus bekerja setelah mereka kahwin nanti? Islah sendiri tertanya. Dia mengusap-ngusap pipinya.

"Dah kenapa pula duk uli pipi tu? Dah macam nak uli pau je." Islah ketawa lembut.

Ada sahaja cara Zamani untuk membuatnya ketawa. Semakin hari, Islah semakin senang dengan Zamani. Namun apakan daya, mereka masing-masing telah bertunang.

Ketukan di tingkap kereta mematikan lamunan Islah.

"Tak nak keluar ke?" Islah terpinga. Diperhatikan sekelilingnya sebelum melangkah keluar.

"Kuat berangan. Berangan malam pertama ke?" Pantas tangan Islah mencubit lengan Arwisy.

Mereka sama-sama jalan beringinan masuk ke NSK. Arwisy mencapai troli.

"Nak beli apa ni?" Islah membelek-belek beberapa jenis buah di depannya.

Islah mengambil beberapa biji epal hijau dan juga buah pear.

"Kak!" Islah terkejut mendengar pekikan Arwisy tepat di telinga kirinya.

Paaapppp!!!

Satu tamparan mengenai dahi Arwisy.

"Sedap?" soal Islah geram. Pekak seketika telinganya ketika itu.

"Akak ni!" Arwisy mengusap dahinya yang terasa perit. Islah ketawa melihat mimik muka adiknya itu.

Pak Iman yang dari tadi memerhati hanya menggeleng kepala melihat gelagat anaknya.

"Buah epal merah tak ambil ke?" Pak Iman yang sedang membelek buah anggur bertanya.

Islah garu kepala. Hairan dengan soalan ayahnya. Siapa pulalah nak makan epal merah? Memang dari kecil dia dan Arwisy tak makan epal merah. Pak Iman pula memang tak makan buah epal.

"Siapa nak makan? Membusuk pula duduk dalam peti ais nanti." Pak Iman tepuk dahi.

"Nak buat hantaranlah nak oiii... kamu ni dah kenapa? Hilang ingatan?" Islah sengih tayang giginya yang tersusun rapi.

"Lupa..." Ringkas jawapan Islah membuatkan Pak Iman dan Arwisy tepuk dahi.

Islah hanya membontot Pak Iman mencari barang yang diperlukan lantas membuat bayaran.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now