Bab 54

1K 52 18

Zaidi meraup muka. Sabar menanti Islah keluar dari butik. Sebaik sahaja melihat Islah melangkah keluar dari butik, Zaidi segera menghampiri Islah.

"Sayang nak balik dah?" Islah terkejut apabila di sapa begitu. Tidak disangkanya Zaidi ada di situ. Dia mula memandang keliling.

"Awak buat apa kat sini?" Islah tidak selesa. Apatah lagi selepas peristiwa kelmarin.

"Abang nak minta maaf atas apa yang jadi hari tu." Islah memandang muka Zaidi sekilas.

"Saya tak ingat apa yang jadi. Awak boleh balik. Saya tak nak masalah lain timbul. Saya juga tak nak undang rasa curiga tunang saya." Zaidi terpenpam mendengar kata-kata Islah.

"Tunang?" Zaidi seakan tidak percaya.

"Ye saya dah bertunang." Tekan Islah supaya Zaidi jelas dengan kata-katanya.

"Jadi selama ni memang betul awak curang? Sekelip mata je awak boleh cari pengganti saya." Islah tepuk dahi. Semakin tak faham dengan perangai Zaidi.

"Zaidi, kita dah bercerai setahun lebih. Awak pun dah nikah lain. Jadi salah ke kalau saya dah bertunang?" Islah picit kepalanya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, dia tak boleh tertekan. Cepat sahaja sakit kepala datang menyerangnya.

Dalam hati Islah berdoa agar Zamani cepat sampai. Pagi tadi dia telah dimaklumkan yang Zamani akan menjemputnya untuk ke rumah Tuan Mahmood. Jam di pergelangan tangan kirinya dijeling sekilas.

"Saya lelaki. Nak nikah dua atau tiga pun tak ada masalah." Tekan Zaidi pula. Islah geleng kepala.

"Tak kisah berapa kali awak nak nikah. Nak berbini berapa sekali pun, tak ada kaitan dengan saya. Jadi tolonglah pergi dari sini." Islah semakin hilang sabar.

"Kita nikah balik. Bagi saya tebus kesalahan saya pada awak." Islah menyandar pada dinding. Makin kuat denyutan kepalanya.

"Tak boleh. Tak perlu bagi peluang. Sekarang pun awak dah cakap macam-macam, apatah lagi kalau kita nikah. Cukup la Zaidi! Saya dah penat!" Suara Islah semakin sayu. Sebak di dadanya ketika itu.

"Islah..." Baru hendak memegang bahu Islah, tangannya di tepis.

"Kau tak ada hak nak sentuh dia." Mencerlung mata Zamani memandang Zaidi. Tangan Islah diraih lantas mereka berlalu meninggalkan Zaidi.

"Kenapa lambat?" soal Islah bengang. Dia tahu Zamani sangat menepati masa.

"Sorry sayang. Saya ada kerja sikit nak kena siapkan tadi." Islah mencebik. Suka hati je panggil orang sayang.

"Tunang awak ada sekali tak nanti?" Ada nada cemburu disebalik soalan itu.

"Entah. Saya tak tanya pun mama. Mama cuma bagitahu keluarga awak je. Tak ada pula dia cakap orang lain nak datang," jawab Zamani selamba badak.

"Zam, boleh singgah kedai buah depan sana kejap tak?" Islah tunding jari ke arah kedai buah yang terletak di seberang jalan.

"Nak buat apa?" Islah tepuk dahi mendengar soalan Zamani. Apalah bebal sangat mamat ni.

"Nak beli belacan." Islah segera menyeberangi jalan meninggalkan Zamani di belakang.

"Islah... tunggu la. Ish... dia ni kan. Mana ada kedai buah jual belacan!" Zamani mengejar Islah.

"Awak... gila ke nak beli belacan dekat kedai buah?" soal Zamani sebaik sahaja berdiri di sebelah Islah. Islah geleng kepala. Akhirnya terhambur ketawa Islah.

"Awaklah gila. Pergi tanya saya soalan bodoh kenapa? Pergi kedai buah, beli buahlah. Dah tu nak buat apa lagi?" Zamani tayang sengih kambing. Islah hanya mampu menggeleng kepala.

"Kenapa Islah tak bawa kereta?" Akhirnya keluar juga soalan tu dari mulut Zamani. Dah lama dia ingin bertanya. Islah jungkit bahu.

"Tak apalah. Biar dulu. Selesa macam ni. Pergi mana-mana ada driver." Islah ketawa sendiri.

"Amboi... awak nak cakap saya ni driver awak ke?" soal Zamani mengusik. Islah ketawa.

"Eh... terasa pula dia. Saya kan naik teksi, naik bas. Kan ada driver tu." Bidas Islah pula.

"Dah... jom." Tanpa sedar Islah menarik tangan Zamani. Zamani hanya membiarkan Islah memegang tangannya. Entah mengapa, hatinya dibuai rasa bahagia.

"Eh... sorry tak sengaja." Islah segera melepaskan tangan Zamani sebaik sahaja menyedari akan tindakannya itu.

"Eh... tak apa. Seronok." Zamani tayang senyum nakal. Islah tanya terdiam sehingga tiba ke kereta Zamani.

Perjalanan memakan masa hampir sejam untuk sampai ke kediaman Tuan Mahmood. Sepanjang perjalanan, Islah hanya membisu. Entah mengapa kenangan mereka bersama dulu menjengah kotak fikirannya.

"Islah... nanti kalau saya masuk meminang, agak-agak berapa hantaran yang ayah awak nak ye?" Sengaja Zamani menduganya.

Islah yang ketika itu sedang menjamah mee goreng basah nyaris tercekik mendengar soalan daripada Zamani.

"Serius ke awak ni cakap pasal meminang? Kita ni baru je kenal. Hati budi masing-masing pun tak tahu lagi macam mana." Bidas Islah seraya menyedut tea o ais limaunya.

"Saya seriuslah ni. Awak tak sayang saya ke?" Zamani menduga lagi. Islah diam. Sungguh dia sayang tapi dia juga takut dipermainkan.

"Tipu kalau saya cakap tak sayang. Tapi dalam masa yang sama, saya takut dipermainkan." Riak wajah Zamani berubah.

"Awak tak yakin dengan saya?" soal Zamani serius. Islah cuba membaca riak wajah Zamani ketika itu.

"Bukan tak yakin. Tapi saya takut terlalu mengharap, akhirnya saya sendiri yang sakit nanti." Tegas Islah.

"Islah... saya sayang awak. Saya ikhlas nak awak jadi isteri saya. Tapi kalau ayah awak letak hantaran tinggi, saya takut saya tak mampu." Tangan Islah diraih. Islah tersenyum lembut.

"Percayalah, ayah tak akan menyukarkan urusan yang baik. Saya kenal ayah saya." Hanya itu yang mampu Islah katakan.

"Menung apa tu?" Soalan Zamani menerbangkan segala memori yang bermain di fikiran Islah ketika itu.

"Takde pape. Teringat kisah lama je." Zamani angkat kening mendengar jawapan Islah.

"Kisah lama yang mana? Boleh saya tahu?" Islah mengeluh lembut.

"Kata-kata seorang kekasih yang nak masuk meminang kekasih dia tapi takut ayah perempuan letak hantaran tinggi. Kononnya nanti dia tak mampu." Hambar sekali kata-kata Islah.

Zamani tersentak. Dia tak pernah lupa. Dia sememangnya maksudkan apa yang dikatakan. Zamani memberi isyarat ke kiri lantas memberhentikan keretanya.

"Kenapa berhenti?" soal Islah panik.

"Islah... jom kita kahwin. Saya tak peduli apa orang kata. Saya nak kahwin dengan awak. Saya ingat kata-kata saya. Saya memang maksudkannya. Kalaulah awak tak menghilangkan diri, dah lama saya masuk meminang awak." Islah terpenpam. Tak diduganya Zamani akan berkata begitu.

"Zam! Awak merepek apa ni? Kita sama-sama dah bertunang Zam. Awak jangan buat hal la!" Zamani menggenggam erat tangan Islah.

"Saya cintakan awak dari dulu sampai ke saat ni Islah. Silap saya sebab bertaruh demi mendapatkan cinta awak. Tolonglah bagi saya peluang," rayu Zamani.

Islah sebak. Ada satu perasaan yang bercambah dihatinya. Ada satu rasa yang cuba disembunyikan Islah.

"Zam... kalau kita belum bertunang, mungkin saya akan pertimbangkan. Tapi sekarang ni kita sama-sama dah bertunang Zam. Saya pun akan nikah tak lama lagi." Ada sebak di dalam hati Islah.

Islah sendiri tak mengerti kenapa dan mengapa perasaan itu hadir kembali. Dia cuba untuk menepis tapi jauh di sudut hatinya, dia tak mampu membuang perasaan itu.

"Zam... jom. Nanti kita lambat sampai." Zamani merenung mata Islah. Hanya mereka yang mengerti.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now