Bab 53

983 57 8

Islah sedang leka melayan dua orang pelanggan setia Butik Mariah apabila dia mendengar jeritan seorang wanita.

"I nak jumpa dengan manager!"

Islah berdebar. Belum pernah jadi kes pelanggan mengamuk macam ni.

"Maaf ye puan. Saya minta diri sekejap. Puan tengok-tengok dulu. Nanti saya panggilkan pembantu saya ye." Sambil tersenyum manis, Islah segera mendapatkan pelanggan yang sedang mengamuk itu.

Dilihatnya Kavitha dalam keadaan ketakutan berdepan dengan pelanggan tersebut.

"Aliya, tolong layan Puan Kamsah dengan Puan Sally." Sempat Islah meminta bantuan Aliya sebelum mendapatkan Kavitha.

"Maaf. Ada apa-apa masalah?" Pelanggan tersebut memandang Islah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dengan pandangan yang cukup menakutkan. Serupa nak ditelannya Islah ketika itu.

"I nak jumpa manager!" Suaranya meninggi sekali lagi. Islah masih tersenyum.

"Ye... saya Islah, manager Butik Mariah. Ada apa yang saya boleh bantu?" Wanita itu merenung Islah dengan pandangan yang sinis.

"Oh god! I can't believe it! Tak ada gaya manager langsung!" Islah tersentak.

'Apalah masalah minah ni sebenarnya. Mengamuk tiba-tiba. Lepas tu suka hati je nak pandang rendah kat orang. Tapi macam pernah tengoklah minah ni. Kat mana ye? Hmmm...' Sempat lagi Islah bermonolog dalam keadaan macam tu.

"Urghhhhhh... menyampah betul. Manager pun spesis tak faham bahasa!"

Islah tersentak. Dipandangnya wanita itu atas bawah.

"Apa masalah sebenarnya ni? Cik nak jumpa manager, bila saya datang cik membentak." Islah masih cuba berlembut.

"You langsung tak ada gaya manager. I tak percaya you manager sini!" Islah mengeluh. Geram pula dengan perangai minah ni.

"Memang dia manager sini. She is the best!" Islah memusing badannya kebelakang. Mencari empunya suara.

"Puan..." Islah menunduk hormat.

"You ni siapa pula?" herdik wanita itu. Islah tepuk dahi. Tak faham dengan ragam wanita di depannya.

"Saya owner butik ni." Puan Mariah kelihatan serius.

Sekali lagi terdengar rengusan dari wanita itu. Islah geleng kepala. Faham benar dengan pandangan Puan Mariah. Puan Mariah cukup pantang kalau pekerjanya tak menghormati pelanggan dan dia juga tidak suka pekerjanya dilayan seperti hamba. Bagi Puan Mariah, sikap saling hormat menghormati itu penting.

"Bieeeee... butik apalah yang awak bawa saya ni?!" jerit wanita itu seraya memandang ke arah belakang Islah.

"Awak ni kenapa? Nak terjerit-jerit kat sini? Dah tak ada rasa hormat ke?" Islah segera menoleh sebaik mendengar suara itu.

"Abang..." hanya itu yang terkeluar dari mulut Islah. Lelaki itu hanya mampu tersenyum kelat.

"Eh... siapa yang kau panggil abang? Sesuka hati nak panggi laki orang abang!" jerkah wanita itu. Islah geleng kepala.

"Sayang sihat?" Islah tercengang mendengar soalan itu. Wanita di depannya semakin naik hantu.

"Tak malu ke nak bersayang-sayang dengan laki orang?!" Rambut Islah direntap. Secara spontan Islah memegang tangan wanita itu. Terasa sakit kulit kepalanya saat itu. Air matanya ditahan.

"Cukup! Dia bekas isteri aku!" Puan Mariah tergamam mendengar herdikan dari Zaidi.

Islah ditarik ke tepi sebaik sahaja rambutnya di lepaskan. Tanpa menunggu lebih lama Islah berlalu meninggalkan mereka. Malu dia diperlakukan begitu. Apatah lagi di hadapan Puan Mariah dan juga pelanggan-pelanggan butik.

Islah segera menyeka air matanya sebaik sahaja Puan Mariah membuka pintu pejabatnya. Dia segera berdiri.

"Islah okey?" Islah hanya mampu tersenyum mendengar soalan Puan Mariah.

Puan Mariah menghampiri Islah lantas mengusap lembut bahu Islah. Dia tahu hati Islah terluka.

"Saya okey. Maaf puan atas kekecohan yang timbul. Saya tak sangka pula jadi macam ni. Saya minta maaf banyak-banyak." Islah tertunduk-tunduk memohon kemaafan.

"Ish... jangan macam tu. Islah tak salah. Kavitha dah cerita semuanya." Puan Mariah cuba membuang rasa serba salah Islah.

Islah tertunduk malu. Dia benar-benar tidak menyangka akan terjadinya kejadian seperti itu.

"Saya datang nak jemput Islah dan keluarga datang makan malam kat rumah saya." Islah angkat muka. Semenjak Puan Mariah datang menziarahinya ketika dia keguguran dulu, hubungan ayahnya dan keluarga Puan Mariah sangat rapat.

Apatah lagi apabila hobi Tuan Mahmood dan ayahnya sama. Adakalanya mereka habiskan hujung minggu pergi memancing.

"Uncle dah bagitahu ayah Islah. Jadi, saya datang sini jemput Islah pula," jelas Puan Mariah lagi. Islah tertunduk. Adakalanya dia segan dengan Puan Mariah. Orangnya sangat baik.

"In shaa Allah Puan. Kalau tak ada aral melintang, kami sampai nanti." Hanya itu yang mampu Islah ucapkan.

"Islah ni berapa kali dah saya bagitahu, tak perlu panggil saya, puan." Islah tunduk lagi. Entahlah... hakikat sebenarnya, dia tak biasa untuk memanggil Puan Mariah dengan panggilan aunty. Terasa janggal sekali.

"Maafkan saya, puan. Tapi saya dah biasa macam ni." Senyuman terukir di bibir Islah.

Puan Mariah menghampiri Islah. Pipi Islah diusapnya.

"Kamu memang anak yang baik. Oh ye sebelum saya terlupa, minggu depan kamu tak perlu datang kerja. Saya bagi cuti. Lagi seminggu kan majlis nikah kamu. Jadi, kamu siapkan apa yang perlu." Islah tercengang. Rasanya dia minta cuti tiga hari sebelum majlis dan empat hari selepas majlis.

"Jangan risau. Saya tak potong gaji kamu. Prestasi kerja kamu bagus. Ramai yang puji. Jadi, saya nak kamu cukup rehat semasa majlis kamu. Terkilan saya tak dapat bermenantukan awak. Tapi apa boleh buat, semuanya dah ketentuan Ilahi." Islah tertunduk mendengar bicara Puan Mariah.

"Puan terlalu memuji saya. Saya ni manusia biasa. Ada khilafnya." Islah tersenyum kelat. Dia cukup tidak selesa dipuji. Paling tidak selesa apabila Puan Mariah kerap mengungkapkan kata kempunan.

"Jom teman saya makan." Puan Mariah mengalih topik. Islah akur. Tas tangan dicapai lalu, mengekori langkah Puan Mariah.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now