Bab 51

907 43 16

Islah merenung cincin di jari manisnya. Bagaikan mimpi dia telah menjadi tunangan orang. Sebentar tadi Islah mendapat panggilan dari ayahnya mengatakan tunangnya akan menjemputnya pada jam dua petang. Islah jadi berdebar.

Beberapa minit lagi jarum jam akan berganjak ke angka dua. Islah segera mengemas meja kerjanya dan merapikan dirinya. Baru hendak melangkah keluar, Aliya masuk ke dalam pejabatnya.

"Kak, Encik Tunang dah sampai." Islah terkedu. Islah menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah keluar.

Islah melihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang berwarna krim. Seluar slack hitam. Tinggi lampai orangnya. Belum sempat Islah menegur, jejaka tersebut memusingkan badan memandangnya.

"Riz!" Menjerit Islah melihat jejaka di depannya. Tanpa sedar dia memeluk jejaka itu.

"Rindu sangat ke sampai peluk saya?" Perlahan-lahan Islah melepaskan pelukannya. Bagaikan mimpi Riz di depannya ketika itu.

"Riz.. kenapa awak kena pindah? Kan awak dah janji nak sambung belajar sama-sama." Islah memandang sayu jirannya itu.

Ibu Riz baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lalu. Jadi ayah Riz buat keputusan untuk bawa Riz menetap di kampung.

"Baba tak sanggup nak duduk dekat rumah ni. Banyak sangat kenangan dengan ibu." Riz memandang Islah yang tertunduk menahan air mata.

"Nanti saya tak ada kawan nak ajar saya buat homework. Tak ada kawan nak teman saya pergi library." Riz menggulung hujung rambut Islah. Comel sangat tengok muka Islah ketika itu.

"Awak jangan lupa saya ye. Nanti bila saya dah berjaya, saya datang pinang awak." Merona merah muka Islah mendengar kata-kata Riz.

"Ish... awak ni mengadalah. Nanti jangan lupa kirim surat ye."

"In shaa Allah. Tapi awak kena janji yang awak akan buat yang terbaik untuk PMR nanti." Riz mencuit lembut hidung Islah.

"Awak pun sama. Buat yang terbaik untuk STPM." Riz tersenyum manis sebelum menghulurkan rantai tangan kepadanya.

"Simpan baik-baik ye." Islah menyambutnya seraya mengangguk.

"Islah..." lamunan Islah terhenti. Terbang kenangan silam mereka.

"Kenapa awak tiba-tiba menghilang? Kenapa awak berhenti hantar surat pada saya?" soal Islah serius. Riz hanya tersenyum.

"Boleh kita pergi sekarang? Saya dah buat temujanji untuk fitting baju pengantin." Muka Islah merona merah. Tanpa banyak cakap, dia melangkah keluar meninggalkan butik.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta Riz, Islah terpandang teddy bear kecil yang menghiasi depan keretanya.

"Eh... nikan..." Belum sempat Islah menghabiskan kata-katanya, Riz memintas.

"Tukan awak yang bagi dulu. Saya simpan lagi sampai sekarang. Sampai orang ingat kereta saya ni kereta perempuan." Riz ketawa dengan kata-katanya.

"Saya ingat awak dah lupa saya." Islah mula bicara sebaik sahaja kereta meluncur laju membelah jalanraya.

"Saya tak pernah lupa awak. Masa awak kahwin dulu pun saya datang. Awak je yang tak tahu. Semua yang jadi pada awak saya tahu. Sebab tu bila baba kata awak dah bercerai. Saya tunggu masa yang sesuai untuk masuk meminang awak." Islah diam.

"Kali terakhir saya kirim surat tu saya nak bagitahu yang saya akan pergi jauh. Tapi saya tak sampai hati. Saya takut awak sedih." Riz menjeling Islah yang kusyuk mendengar penjelasannya.

"Awak marahkan saya?" soal Riz. Islah menggeleng.

"Saya tak pernah marahkan awak sebab saya fikir mungkin awak terlalu sibuk mengejar cita-cita awak sampai awak lupa tentang saya." Islah tersenyum kelat.

"Sungguh Islah. Saya tak pernah lupakan awak. Saya kotakan janji saya pada awak. Walau apa pun status awak. Saya terima awak dengan seikhlas hati." Islah tertunduk.

"Kenapa baba tak ada hari tu?" soal Islah kerana tak nampak langsung kelibat Encik Mustakim masa majlis pertunangan mereka.

"Kebetulan baba tak sihat hari tu. Jadi mak long dan keluarga dia yang wakilkan baba." Islah tepuk dahi. Mati-mati dia ingat tu bakal mak mertuanya.

"Kenapa? Awak tak cam muka mak long? Kan mak long pernah datang dulu." Sungguh Islah lupa. Islah memang tak cam langsung.

"Tak. Memang langsung tak ingat. Dah dekat 20 tahun kan?"

"Tapi awak tak lupa saya pun." Islah cubit peha Riz.

"Awak tu bertahun-tahun hidup sebelah rumah saya. Mestilah ingat. Cuma sekarang ni badan awak dah tak keding macam dulu." Riz ketawa.

"Lepas fitting baju, kita pergi rumah baba boleh? Baba nak jumpa awak. Dia pelik kenapa awak tak nak bertunang lama-lama. Saya cakap sebab awak gatal nak bernikah." Islah tutup muka. Malu sangat mendengar kata-kata Riz.

"Kenapa?" soal Riz inginkan jawapan dari Islah. Islah menghela nafas panjang.

"Saya tak nak sebenarnya. Ayah buat keputusan sendiri. Katanya dia yakin tunang saya tu nanti boleh jaga saya. Saya cuma nak gembirakan hati ayah. Saya terima keputusan ayah walau dengan berat hati sebab tu saya kenakan syarat yang saya tak nak bertunang lama-lama. Tapi tak sangka pula secepat ni. Saya gatal ke awak yang gatal sekarang ni? Sebab tarikh nikah tu belah lelaki yang tetapkan." Riz ketawa besar.

"Bukan sebab gatal. Sebab saya tak nak orang lain yang sambar." Islah terdiam.

"Awak ni macam-macamlah." Islah buang pandang keluar tingkap.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now