BAB 4

127 11 0

Di suatu markas mafia...

"Kau dan bini kau dah mati. Sekarang giliran anak-anak kau pula. HAHAHAHA. Dan kau pun dah mati. Keluarga kau akan terima nasib yang sama dengan keluarga dia." Kata Datuk Rahmat.

Dia melihat gambar dia bersama dua orang musuhnya yang pernah jadi rakan baiknya. Gambar itu dilekatkan pada dinding.

Tok! Tok!

"Masuk." Arah Datuk Rahmat. Matanya masih memandang gambar Danial Erham dan Faris Azhar.

"Ada apa bos panggil saya?" Tanya Haikal a.k.a orang kanan Datuk Rahmat.

"Sekarang ni dah setahun berlalu." Ujar Datuk Rahmat dalam nada serius.

"Apa yang berlalu?"Soal Haikal. Pelik tiba-tiba je cakap dah setahun berlalu.

"Kau rasa?" Datuk Rahmat menduga Haikal.

Haikal menggaru lehernya yang tidak gatal.

"KEMATIAN MUSUH-MUSUH AKU LA. Danial dan Azhar!!!" Tengking Datuk Rahmat. Geram dia dengan anak buahnya yang nyanyuk itu.

Haikal menelan air. Tiba-tiba dia rasa nak terkencing.

"Jadi, aku arahkan kau dengan Syafiq untuk cari maklumat tentang anak-anak diorang. Aku nak maklumat tu secepat mungkin. FAHAM!!" Arah Datuk Rahmat.

Dia ingin menghapuskan keluarga musuhnya iaitu Danial Erham. Ini kerana Danial Erham dan Faris Azhar telah membelot dia menyebabkan dia dibuang dari kumpulan TheBlack.

Mereka merupakan ahli kumpulan TheBlack. Namun, Danial dan Azhar telah membelot dia kerana dia sering mendapat pujian dan bonus dari ketua mereka.

***

Kring!! Kringggg!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu balik.

Dania melihat rakan barunya Farisha yang sedang mengikat tali kasut.

"Asal kau tengok aku pakai kasut?" Tanya Farisha. Hairan dia dari tadi Dania tengok kasutnya macam nak tembus.

"Tak de la. Aku pelik, aku tengok kasut kau koyak. Kau tak beli baru ke tahun ni?" Tanya Dania. Dia memang seorang yang prihatin.

"A-aku tak beli sebab saje je. Ala, bukan teruk sangat pun. Ramai lagi orang kat luar sana yang kasut dia koyak lagi teruk dari aku. Baik aku simpan duit dari beli baru. Membazir duit je." Terang Farisha. Sebenarnya ada sebab dia tidak mahu membeli kasut yang baru.

"Kau tipu aku kan?" Soal Dania. Dania dapat mengagak Farisha menipunya.

"M-mana ada." Air matanya mengalir. Dia tidak dapat menahan air matanya.

"Kau cerita la kat aku. Kita kalau ada masalah kita kena beritahu kat orang yang kita percayai. Mana tahu lepas je kau cerita hati kau rasa tenang. Lagipun aku dah anggap kau bestfriend aku walaupun kita baru kenal hari ni. Bestfriend mana boleh ada rahsia kan?" Padahal dia sendiri tidak tahu sama ada perlu atau tidak dia memberitahu tentang status dirinya sebagai ketua mafia.

"Okey, aku akan cerita. Sebab aku anggap kau bff aku tau. Aku harap kau bukan fake friend dan aku harap kita akan kawan sampai bila-bila." Ujar Farisha.

Sewaktu bapanya belum muflis. Ramai yang berkawan dengannya. Sekarang, hanya beberapa orang sahaja yang mahu berkawan dengannya.

"Insya Allah. Kau jangan risau. Sekarang ni kau cerita kat aku kenapa kau menangis bila aku tanya pasal kasut?" Dia tidak sabar mahu mendengar cerita Farisha.

"Cerita dia macam ni----"

Flashback

"Abah boleh tak belikan Isha kasut tu?" Farisha membuat muka comel.

"Tak boleh la. Abah tak dapat gaji lagi. Nanti kalau abah dah dapat, abah janji abah beli, okey?"

Dia tidak mempunyai wang yang mencukupi. Di dalam poketnya hanya ada RM200. Jadi, dia perlu berjimat cermat.

"Okey." Dia memahami akan keadaan bapanya setelah diisytiharkan muflis.

Abahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan setelah diisytiharkan muflis. Dia yakin ada orang yang sabotaj syarikat bapanya.

2 minggu kemudian...

Farisha bangun awal pada pagi itu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Dia berdoa agar tiada perkara buruk akan menimpa keluarganya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi...

Dancing on the hood
in the middle of the woods
Of an old mustang
Where we---

Farisha mengambil telefon tersebut. Dia melihat ke arah skrin telefon, rupanya abahnya yang menelefon.

"Hello." Belum sempat dia ingin memberi salam, suara seseorang menyapa pendengarannya. Dia pelik yang menelefon bapanya tapi kenapa macam suara orang lain je.

"Adakah ini cik Farisha Amanda binti Faris Azhar?" Jantungnya berdebar-debar seolah-seolah akan menerima berita buruk. Ya Allah lindungilah keluargaku.

"Y-ya s-saya." Jawab Farisha.

"Bapa cik kemalangan berhampiran Star Rock Highschool. Sila datang dengan kadar segera. Bawa bersabar ye cik." Telefonnya jatuh ke atas lantai. Dia berasa seperti jantungnya telah berpisah dari jasadnya setelah mendengar berita itu.

ALLAH!!

Satu demi satu dugaan datang menimpa keluarganya. Kuatkah Farisha untuk menghadapi dugaan ini?

Abangnya Farish Arshad juga menerima panggilan yang sama.

"Adik, kita kena bersabar dik. Abang yakin yang semua ni berlaku pasti ada hikmahnya. " Dia cuba menjadi kuat di hadapan Farisha. Hakikatnya, bila-bila masa air matanya akan jatuh.

Farisha tidak henti-henti menangis. Bagaimana nasib mereka selepas ini?

Mereka pergi ke tempat kejadian. Keadaan bapa mereka sungguh menyayat hati. Mengikut saksi kejadian, ada sebuah kereta yang dipandu laju merempuh motor bapa mereka dari belakang. Kemudian, kereta itu terus berlalu pergi.

Bapa mereka dibawa ke hospital oleh sebuah ambulans lalu dikejarkan ke wad kecemasan.

2 jam kemudian...

"Lama lagi ke abah kat dalam tu." Kata Farisha.

Tiba-tiba lampu bertukar warna hijau.

"Doktor macam mana keadaan bapa kami?" Soal Farish.

"Kami telah cuba sedaya upaya untuk selamatkan Encik Faris. Namun---" Doktor menggelengkan kepalanya.

ALLAH!!

Sekali lagi Farisha terasa seperti jantungnya dah berpisah.

"Tapi, sebelum arwah meninggal, dia berpesan pada saya supaya beritahu cik Farisha tentang kotak kasut. Dia kata dia suruh cik Farisha cari kotak kasut dalam bilik dia." Kata doktor.

Kotak kasut?

Tbc..

***

Vote and comment

DIFFERENT🔫🔫Where stories live. Discover now