Bab 49

874 47 4

Terkebil-kebil Pak Iman melihat tingkah Zamani. Islah yang kebetulan baru tiba juga hairan melihat Zamani meninggalkan kawasan rumahnya.

"Ada apa Zam datang sini?" soal Islah sebaik sahaja menyalami Pak Iman.

"Katanya nak jumpa kamu. Arwisy cakap kamu keluar. Dia masuk panggil ayah, ayah keluar dia dah masuk kereta. Ayah pun tak pasti kenapa. Ada hallah tu agaknya." Islah angkat bahu. Malas nak ambil pusing mengenai sikap Zamani.

Arwisy menghampiri Islah lalu dicuit bahu Islah.

"Orang rasa Abang Zam tu frust sebab orang cakap akak nak bertunang hujung bulan ni." Melopong mulut Islah mendengar kata-kata Arwisy.

"Kenapa kau bagitahu dia?!" Marah Islah. Suaranya meninggi. Arwisy naik pelik. Tak pernah Islah bersikap begitu.

Arwisy pandang Pak Iman. Pak Iman juga kelihatan terpinga dengan sikap Islah.

"Kamu kenapa Islah?" soal Pak Iman lembut.

"Islah tak nak sesiapa pun tahu pasal pertunangan Islah. Biar jadi rahsia sampai hari nikah nanti." Islah terus berlalu masuk ke dalam biliknya.

"Islah... ayah harap kamu faham. Apa yang ayah buat ni demi kebahagiaan kamu. Ayah tak ada niat nak siksa hidup kamu. Ayah ni makin hari makin tua. Lama mana ayah boleh jaga kamu. Ayah cuma nakkan yang terbaik je sayang." Islah diam mendengar kata-kata Pak Iman di balik pintu biliknya.

"Islah faham niat ayah. Jangan risau Islah okey." Hanya itu yang mampu Islah katakan.

Arwisy serba salah melihat Pak Iman berlalu pergi dari bilik Islah dengan riak muka kecewa.

'Salah aku ke?' Arwisy buntu.

"Kakak... bukalah pintu kejap. Orang nak cakap ni." Arwisy mengetuk pintu bilik Islah. Tak lama kemudian, pintu bilik Islah terbuka.

"Kak, orang minta maaf. Orang tak tahu yang akak tak happy bertunang hujung bulan ni." Arwisy tertunduk memandang lantai.

"Meh duduk sini." Islah menepuk tilamnya. Arwisy akur seperti anak kecil yang takut dimarahi.

"Arwisy, akak bukan tak happy. Tapi, akak tak tahu siapa bakal tunang akak. Akak tak kenal. Jadi mustahil untuk akak rasa happy. Kalau akak tak setuju sekalipun, ayah dah terima lamaran tu. Akak ikutkan kehendak ayah sebab nak ayah gembira je." Arwisy pandang Islah simpati. Sungguh kalau dia di tempat Islah, pasti dia juga akan rasa apa yang sedang Islah rasakan sekarang.

"Tapi tadi ayah sedih." Islah tergamam. Kelam kabut Islah bangun untuk mendapatkan Pak Iman.

Melihat Pak Iman yang sedang duduk termenung di dapur, Islah segera menghampiri.

"Ayah, maafkan Islah kalau kelakuan Islah melukakan hati ayah. Islah minta ampun." Pak Iman dipeluk erat.

Tersenyum Pak Iman melihat tingkah anaknya itu. Perlahan ditepuknya belakang Islah.

"Ayah tahu kamu anak yang baik. Ayah pun minta maaf. Tak apa kalau kamu tak nak. Nanti ayah batalkan saja pertunangan tu." Islah tunduk memandang kakinya.

Jika boleh dia memang tak mahu teruskan perkahwinan itu. Tetapi dia juga tidak sanggup melukakan hati ayahnya.

"Tak apa ayah. Islah ikut je. Ayah jangah risau. Cuma Islah minta hormat keputusan Islah supaya pertunangan ni tak di hebohkan."

"Baiklah. Ayah hormat keputusan kamu."

♡♡♡

Islah buka butik seperti biasa. Pagi itu dia agak sibuk kerana beberapa stok baru akan masuk ke Butik Mariah.

"Kak, ada orang nak jumpa." Islah memerhati Kavitha pembantu jualan yang baru berkhidmat di situ.

"Siapa?" soal Islah seraya meneliti senarai temujanjinya.

"Entah. Katanya anak tuan kedai." Islah telan air liur.

"Tak apa. Bagi dia masuk." Islah masih meneliti invois di atas meja kerjanya.

Tak sampai lima minit, Zamani dah terpacul di depannya. Terperanjat Islah apabila melihat Zamani.

"Tau awak anak tuan kedai. Tapi janganlah masuk macam tu je." Geram betul Islah dengan sikap Zamani.

"Saya ada hal nak cakap dengan awak." Islah menyusun semua invois lalu diletakkan di tepi komputer.

"Ada hal apa?" Islah tahu apa yang bermain di fikiran Zamani.

"Saya dengar awak nak bertunang hujung bulan ni. Betul ke?" Islah tersenyum kelat.

"Kalau itu yang awak dengar, betullah tu," jawab Islah hambar.

"Awak langsung tak nak bagi saya peluang. Tau-tau je dah nak bertunang." Islah menghela nafas panjang.

"Awak pun dah bertunangkan. Jadi awak nak macam mana? Nak ada dua tunang dalam satu masa? Antara saya dan awak, awak dulu yang bertunang. Bukan saya. Jadi kenapa awak nak marah saya?" Islah semakin sebak.

Dia sendiri tak mengerti dengan perasaannya ketika itu. Pertunangan Zamani juga membuatnya terasa jauh hati. Buat hatinya terusik. Apatah lagi bila mengetahui dia akan ditunangkan dengan orang yang tak dikenalinya. Hacur luluh hatinya. Tapi demi kebahagiaan seorang ayah yang berkorban membesarkan, menjaga dan mendidiknya, Islah redha. Dia menyerahkan sepenuhnya pada takdir Allah swt.

"Saya boleh minta mama putuskan pertunangan saya. Saya boleh minta mama masuk meminang awak." Zamani seakan memujuk. Islah menggeleng.

"Jangan sesekali awak lukakan hati mama awak lagi. Jangan awak malukan dia lagi. Awak tak kesian ke kat dia? Saya sendiri tak nak kecewakan ayah saya. Saya sendiri tak nak malukan ayah saya. Saya harap awak faham." Zamani terduduk lesu.

"Islah, untuk kali terakhir saya tanya awak. Tak ada langsung ke perasaan sayang awak pada saya?" Islah tertunduk membisu.

'Tipulah kalau aku cakap perasaan sayang tu tak ada. Sepanjang aku berusaha untuk bangkit, kaulah lelaki yang banyak bagi aku kata-kata semangat. Aku mengaku perasaan sayang tu mula berputik. Tapi aku takut dikecewakan.' Kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hati Islah.

"Tak apalah. Saya minta diri duliu. Maaf kalau kedatangan saya mengganggu awak." Akhirnya Zamani melangkah keluar dari pejabat Islah apabila dilihatnya Islah diam membisu. Islah hanya mampu memandang Zamani berlalu pergi.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now