Bab 48

855 46 31

Zamani POV

Frust betullah. Bertunang tapi entah dengan siapa pun aku tak tahu. Padan muka aku! Berlagak tak nak tahu siapa tunang sendiri. Lepas tu, penasaran.

Argggghhhhhhhh...

Kenapa susah sangat nak buang Islah dari hati aku? Dulu ego tinggi melangit. Sudahnya hati sendiri sakit. Sekarang aku juga yang rugi.

Islah...

Kenapa susah sangat kau nak buka hati kau untuk aku semula? Kenapa susah sangat untuk kau bagi aku peluang perbaiki kesilapan aku? Aku tak kisah apa pun status kau.

Islah...

Islah...

Islah...

Hanya kau yang mampu buat hati dan hidup aku tak keruan.

Ya... aku sedar aku silap. Aku buta menilai cinta dan kasih sayang kau dulu. Tapi waktu tu, kita sama-sama muda.

Eh... macamlah sekarang ni dah tua.

Hurmm... aku masih segak bergaya lagi. Hehehe...

Sempat aku belek susuk tubuhku di hadapan cermin. Minyak wangi Dunhill Blue aku sembur. Ni wangian kesukaan Islah. Bertahun dah, aku tak pernah tukar.

Aku capai t-shirt Adidas berwarna biru laut. Hensem dah ni.

Senangnya dalam hati... Nak jumpa kekasih hati... Seperti dunia... Aku yang punya...

Bahaya kalau kena penyakit sasau ni.

"Mana nak pergi tu?" Terhenti langkah kakiku apabila di tegur oleh mama.

"Zam nak jumpa Islah."

"Hurmm... tunang sendiri tak nak jumpa ke?"

Aduh potong betullah mama ni. Baru nak bergumbira.

"Zam... mama tanya ni!" Eh boleh pula aku mengelamun. Hehehe. Aku tayang senyum kambing jelah kat mama.

"Ma... Zam dah cakap kan yang Zam tak nak tahu siapa dia. Biar Zam kenal dia masa hari kami nak nikah nanti." Aku ambil tempat di sisi mama. Tangan mama, aku elus lembut.

"Kalau ma tanya hati Zam, Zam cuma nak Islah je ma. Zam tak nak orang lain. Tapi dalam masa yang sama, Zam tak nak kecewakan mama. Zam ikut siapa pun yang mama jodohkan untuk Zam. Baik pada mama, baiklah pada Zam." Aku tak tahu bagaimana harus aku memujuk mama. Sungguh, aku tak mahu tahu siapa tunang aku. Aku tak nak nanti, aku minta putus lagi.

"Zam memang anak yang baik. Mama akan sentiasa doakan kebahagian Zam." Mama usap lembut rambut aku.

"Ala... apa ni ma? Tengok dah tak hensem dah anak mama ni." Hahaha... habis rambut aku. Mama memang begitu. Memang itu yang paling dia suka buat. Usap rambut aku macam budak kecil.

"Eh... nak hensem macam mana lagi? Dah hensemlah ni. Ke nak mama tambah cop kat pipi tu?" Aku cepat-cepat tekup pipiku. Tak memasal Islah ingat perempuan mana pula cium aku sampai berbekas gincu dekat pipi.

"Ma... Zam keluar dulu ye." Aku kucup tangan mama. Tangan yang tak pernah jemu membelai aku.

"Baik-baik bawa anak dara orang keluar tu. Jangan lewat sangat balik."

Aku tersengih mendengar pesanan mama.

"Baik ma. Zam pergi ye."

Sejam setengah aku memandu, akhirnya tiba juga di hadapan rumah Islah.

"Assalamualaikum."

Sepi... sekali lagi aku memberi salam, akhirnya Arwisy keluar menyambut kedatanganku.

"Eh... Abang Zam! Nak jumpa kakak ke?" Aku tersengih dengan soalan Arwisy dan soalan itu aku jawab dengan anggukan.

"Kakak keluar. Dia tak balik lagi. Kenapa tak call dulu?" Aku garu kepala yang tidak gatal.

Aduh... dia takde kat rumah pula. Rosaklah program aku macam ni.

"Abang nak tunggu, duduklah kat meja tu. Kejap lagi Arwisy panggilkan ayah. Abang tahu tak akak nak bertunang hujung bulan ni?"

Prannnngggggg... ibarat pinggan kaca yang jatuh berderai. Begitulah hatiku ketika itu. Terkaku aku seketika melihat Arwisy berlalu masuk ke dalam rumah.

Patutlah dia tak nak terima aku. Rupanya dah ada pengganti. Dalam diam kau nak bertunang. Kenapa kau tak bagitahu aku?

Aku melangkah keluar dari perkarangan rumah Islah tanpa sebarang pamitan. Hatiku terasa kosong ketika itu.

Dulu Islah tinggalkan aku kerana kebodohan aku. Kali ni, Islah tolak aku mentah-mentah kerana kesilapan bodoh aku.

Enjin kereta dihidupkan lantas aku memecut laju meninggalkan kawasan perumahan Islah. Hancur luluh hatiku. Sakitnya seperti ditikam bertalu-talu.

Mengapa Islah? Tak ada sekumit ke perasaan sayang kau pada aku?

Arrrrrrgggggghhhhhhh...

Berkali-kali aku menghentak stering kereta. Tapi tetap tidak mampu menghilangkan rasa sakit di hatiku.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now