Bab 47

901 47 8

Islah mundar mandir di dalam biliknya. Hatinya resah apabila Pak Iman memberitahu bahawa dia telah menerima lamaran dari kawannya.

Sehari suntuk Islah tak keluar bilik tanda protes dengan keputusan Pak Iman.

"Islah, keluarlah makan. Dari pagi kamu tak makan. Nanti perut masuk angin. Dahlah kamu ada gastrik." Islah membatu. Di biarkan Pak Iman terus menerus mengetuk pintu biliknya.

"Ayah dah terima lamaran kawan ayah. Hujung bulan ni akan berlangsung majlis pertunangan kamu. Kali ni keputusan ayah muktamad!"

'Sampai hati ayah buat Islah macam ni.' Islah seka airmata yang mengalir.

Tett.. tett.. tett.. tett..

Zamani : Jom teman saya minum.

Islah mencampak telefon bimbitnya ke atas katil.

'Ni lagi sorang. Dah bertunang tu buatlah cara dah bertunang. Kang tak memasal aku pula kena serang.'

Islah tewas. Dia menangis semahunya.

Telefon bimbitnya berdering minta di angkat. Di biarkan tanpa sebarang jawapan. Tiga kali berdering akhirnya dia menjawab panggilan dari Naddy.

"Tahniah Islah. Senyap-senyap je nak bertunang dah. Siapa jejaka bertuah tu?" Islah terkedu. Teresak-esak dia menangis apabila mendengar soalan Naddy.

"Beb... kau okey ke?" Islah terdiam. Cuba untuk mengawal perasaannya.

Sepi...

"Islah..."

"Aku okey. Happy dengar suara kau." Bohong Islah. Naddy ditalian sebelah mengeluh.

"Kau tak pandai menipu. Aku kenal kau bukan baru sehari dua. Tell me what wrong?"

"Kalaulah kau ada kat sini..." kata-kata Islah terhenti. Airmatanya di seka.

"I'm here beb. Aku dah tiga hari balik. Kali ni balik terus." Islah tersenyum gembira. Hilang kesedihannya ketika itu.

"Really? Kau tak memainkan?" soal Islah teruja.

"Laaaaaa... buat apa aku nak memain. Aku dapat offer lagi bagus dekat sini. Lagipun, aku tak boleh biar mak aku sorang-sorang kat sini."

"Baguslah. Kesian mak kau. Masa aku pergi jenguk dia pun, dia tak habis-habis suruh aku pujuk kau. Tapi kau sibuk juga nak duduk sana. Kau untung tau masih ada mak, bahgiakanlah dia selagi dia masih hidup." Tiba-tiba Islah rasa terpukul dengan kata-katanya sendiri.

"Nanti kita jumpa ye. Assalamualaikum." Islah segera menamatkan talian sebelum sempat Naddy membalas kata-katanya.

Islah melangkah keluar dari biliknya. Di carinya Pak Iman di ruang tamu. Kosong! Tiada langsung bayang Pak Iman. Islah melangkah ke dapur namun, langkah kakinya terhenti di depan bilik Pak Iman.

"KAU lembutkanlah hati anakku Ya Allah. KAU peliharalah dia agar sentiasa tetap di jalanMu. KAU berikanlah nikmat bahagia buatnya. Sesungguhnya hanya padaMU aku meminta dan hanya padaMU aku berserah. Aamiin..."

Islah menghampiri Pak Iman. Tangan Pak Iman di capai lalu dikucup lama.

"Ampunkan Islah, ayah..." Pak Iman mengusap lembut rambut Islah. Kasih sayang yang tak pernah berkurangan walau anaknya telah menginjak dewasa.

"Ayah sentiasa maafkan anak-anak ayah." Islah memandang Pak Iman sayu. Dia tahu, Pak Iman hanya inginkan yang terbaik buatnya.

"Islah terima lamaran dari pihak lelaki. Dengan syarat, Islah tak nak bertunang lama-lama. Islah tak nak hati Islah berbelah bahagi."

Bersinar mata Pak Iman mendengar kata-kata Islah.

"Betul ni? Kamu betul-betul ikhlas terima lamaran tu?" Islah angguk. Pak Iman memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt.

"Ayah yakin dia mampu membahagiakan kamu." Islah hanya mampu tersenyum.

'Jika ini mampu membahagiakan ayah, aku redha. Ikhlaskanlah hatiku Ya Allah...'

***

NADDY setia menanti Islah di Restoren Chicken Rice Shop. Perutnya lapar minta di isi. Mee Kari yang terhidang depan mata memanggil-manggil untuk di jamah.

'Mana pulalah Islah ni. Selalu kalau berjanji dia yang paling awal. Lantak le situ. Aku makan dulu. Siapa suruh lambat. Hehehe...'

Dengan lafaz bismillah, Naddy menjamah mee kari di depannya.

'Ya Ampun... sedapnya. Rugi kalau tak habiskan.'

Naddy ralit menikmati keenakkan mee kari di depannya sehingga tidak sedar akan kehadiran Islah.

"Sedap ke?" soal Islah.

"Sedap rugi siapa tak makan mee kari ni. Ehhh... Islah! Kau ni buat terkejut aku je. Ingatkan siapa tadi. Yang kau lambat kenapa? Pecah rekod kau tak tepati masa!" Ketawa Islah melihat telatah Naddy.

"Tayar kereta pancit sebab tu aku lambat. Dah lama ke tunggu? Bukan ke selalunya kau yang lambat."

Naddy merenung Islah dengan pandangan simpati.

"Dah tu kau datang sini naik apa? Dahlah kau tu lembik. Tak reti nak tukar tayar kereta." Islah ketawa mendengar bebelan Naddy.

"Tu Islah yang dulu. Islah sekarang ni sado. Kau apa tau. Lama sangat dekat Kundasang tu." Naddy ketawa. Sungguh dia rindukan Islah.

"Sado la sangat. Meh sini aku tengok sikit." Lengan Islah di picitnya.

"Eh... kau ni! Aku sepuk kang, nak?" Islah terkejut dengan tindakan Naddy. Namun, kata-kata Islah hanya mengundang lagi ketawa Naddy.

"Ayah sihat?" soal Naddy sebaik sahaja sisa ketawanya hilang.

"Sihat. Dia dah membebel sebab anak dara dia sorang ni tak ingat langsung nak pergi jenguk dia." Naddy ketawa. Pak Iman telah menganggapnya seperti anak sendiri kerana dia satu-satunya rakan Islah yang paling rapat dengan Islah.

"Aku rindu keli masak lemak cili api ayah." Islah yang sedang membelek menu merenung Naddy.

"Kau bab makan, nombor satu, kan?" Ketawa Naddy dengan soalan Islah.

"Eh... makan. Benda sedap. Lajulah. Kalau tak sedap, kau bagi aku tiap-tiap hari pun aku tak nak."

"Dah... dah... dah... makan cepat. Kata nak tengok wayang. Kang kau entah ke mana, wayang entah ke mana."

Naddy tayang muka cemberut.

"Kau tak bagitahu pun kau nak bertunang," soal Naddy sebaik sahaja Islah memesan makanan. Islah pandang Naddy tanpa perasaan.

"Beb... aku cakap dengan kau ni. Boleh buat muka takde perasaan pula." Islah mengeluh.

"Aku tak tahu menahu pun. Tau-tau je dah nak bertunang. Kau rasa?" Naddy tercengang.

"Seriuslah. Zaman sekarang ni masih ada ke jodoh menjodohkan ni?" Ketawa Naddy dengan soalannya sendiri.

"Habis yang jadi kat aku ni apa benda? Suka sama suka?" Islah geram dengan reaksi Naddy.

"Hahaha... dahlah. Makan cepat. Nanti kita pergi tengok wayang pula."

Setengah jam berlau, selepas menjelaskab bil, mereka sama-sama berjalan menuju ke panggung wayang.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now