Bab 46

900 47 14

ZAIDI POV

Sudah seminggu aku nikah dengan Suzy. Namun, semuanya hanya indah di awal perkenalan sahaja. Perkenalan yang singkat ketika kami sama-sama kursus dulu mencambahkan rasa sayang.

Ye... yang ada cuma rasa sayang. Cinta? Aku sendiri tak pasti adakah aku cintakan Suzy. Suzy seorang yang caring. Dia sungguh pandai ambil hati aku. Terlalu manja hingga aku terbuai dengan perasaan.

Suzy selalu memujuk rayu aku sehingga aku hampir tewas. Aku tak mahu terus terbuai dengan dosa. Cukup dulu aku lukakan hati Islah. Aku belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.

Tapi mungkin ini adalah khifarah atas dosaku pada Islah. Suzy tidak seperti Islah. Aku ibarat suami atas kertas. Hanya sekadar pemuas nafsu Suzy.

Suzy gemar berfoya-foya. Sering pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Dayusnya aku sebagai seorang suami.

Malam ini, aku di sini. Di hadapan sebuah hotel budget.

"Aku nampak bini kau masuk hotel dengan lelaki. Pergilah ambil bini kau bro. Jangan biarkan macam tu. Dosa kau yang tanggung."

Terngiang-ngiang suara Samad yang menghubungi aku selepas Isyak tadi. Namun, aku belum ada kekuatan untuk mencari Suzy di dalam hotel itu. Aku hanya memerhatikan pintu hotel tersebut.

Sudah hampir tiga jam aku di situ. Bayangan Suzy tidak juga kelihatan. Namun, keretanya masih berada di tempat parkir hadapan hotel.

Aku menjeling jam yang menghampiri pukul satu pagi.

Ya Allah... inikah balasanku kerana sering mencurigai Islah yang terlalu setia denganku dulu? Makanya KAU temukan aku dengan wanita yang benar-benar mencurangi aku?

Pukul satu suku, aku lihat kelibat Suzy dengan seorang lelaki keluar dari pintu hotel tersebut. Ku lihat kemesraan mereka tak ubah seperti suami isteri. Aku ambil gambar mereka untuk aku jadikan bukti.

Aku memandu pulang dengan seribu satu perasaan. Sampai hati Suzy perlakukan aku sebegitu. Sakitnya hingga ke dasar hatiku yang paling dalam. Teganya dia!

***

"Awak ke mana tadi?" soalku sebaik sahaja Suzy melangkah masuk ke dalam rumah.

"Saya keluar dengan kawan tadi. Lepak minum sampai tak perasan dah lewat," jawab Suzy dengan manja sekali. Tanpa rasa bersalah Suzy memelukku mesra.

"Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang awak buat belakang saya. Lebih baik awak hentikan perbuatan terkutuk awak tu!"

Suzy buat muka tak bersalah. Ini salah satu kelebihan Suzy. Dia sangat pandai mainkan peranan. Sangat pandai buat muka tak bersalah.

"Bie, apa yang awak cakap ni? Perbuatan terkutuk apa ni?" Aku semakin hilang sabar dengan sikap Suzy.

"Mulai hari ni, saya tak izinkan awak keluar tanpa pengetahuan saya. Tak kira mana awak nak pergi, awak wajib minta izin dari saya!" Aku bertegas. Biarlah apa pun nak jadi. Aku tak nak di gelar dayus.

"Awak ni kenapa? Angin takde, ribut takde tetiba nak marah-marah tak tentu pasal ni kenapa?!" Suzy meninggi suara.

Ya Allah... jika di depanku sekarang ini adalah Islah, dia hanya mendiamkan diri. Takkan berani meninggi suara walaupun ketika itu aku buat tuduhan tak berasas. Betapa aku menyesali perbuatan aku terhadapnya.

"Baru seminggu kita nikah, awak dah buat perangai. Apa sebenarnya awak nak dari saya?" Aku penasaran dengan sikap Suzy.

"Saya penatlah! Saya nak tidur. Tak payah nak marah-marah saya. Saya berhak buat apa yang saya nak!"

Aku hanya memerhati Suzy melangkah masuk ke bilik tidur. Aku terduduk lesu. Menitis air mataku.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now