38: Finale (v)

387 34 23
                                    

"Affi..." Suatu suara halus kedengaran. Affi cuba respons pada suara halus itu. Namun badannya terlalu lemah. "Affi..." panggil suara itu lagi. Kali ini sungguh dekat di telinga. Affi cuba membuka mata. Terkebil-kebil. Cuba dibuka mata, kelip sekali, dua kali. Akhirnya Affi berjaya membuka mata.

Affi bangkit lalu duduk.

Sekeliling tempat itu dilihat. Putih sahaja. Macam dia sedang berada di sebuah studio berlatarkan putih. Matanya akhirnya disorot kearah seorang gadis yang setia memanggilnya dari tadi. Affi kenal gadis itu. Spontan, Affi tersenyum. Gadis itu spontan juga tersenyum.

Affi pantas mendakap gadis itu. Erat.

"Affi minta maaf..." bisik Affi. Elis hanya diam, membalas dakapan anaknya itu. Mereka kini kelihatan sebaya. Elis muncul di situ dengan fizikal dan rupa belasan tahun. "Kenapa minta maaf?" Soal Elis, mula meleraikan pelukan. Mata mereka bertatap. Hati Affi tenang apabila dia mempunyai masa sebegini dengan ibu kandungnya walaupun dia tidak tahu di mana dia berada.

"Affi yang menyebabkan kematian mak. Affi tak tau nak buat apa, mak... Affi dah terikat dengan janji syaitan tu. Affi tak tau apa yang boleh Affi buat. Affi tak tau apa akan jadi kalau Affi berjaya bunuh dia. Adakah Affi akan mati juga lepas tu? Atau Affi akan jadi tua? Affi keliru, mak... Lama Affi terperuk dalam tempat tu, Affi hilang ekpresi...hilang rasa hati... Affi jadi tawar menyendiri. Affi nak hidup macam biasa tapi macam dah terlambat, mak..." luah Affi, nadanya sungguh mengharap.

Ya, Affi sebenarnya masih punya perasaan. Masih ada niat ingin bersuka sakan. Dan masih ada perasaan terhadap perempuan. Namun disebabkan 'kunci' Iefa, semua rasa itu bagaikan ditolak terperosok ke dalam lubuk terdalam diri Affi, hingga tak mampu diluahkan, juga dirasakan. Hanya dalam ruamgan putih aneh ini, Affi ke diri sebenarnya. Dirinya yang terseksa menanggung seksa seorang diri.

Elis diam dahulu. Satu helaan nafas lembut dihelakan. "Affi, mak memang tak pernah ada masa untuk bersama kamu.. tapi selaku seorang mak, ada satu benda yang mak nak kamu semat dalam hati. Kamu perlu tetapkan apa yang kamu mahu. Jangan fikir apa yang akan berlaku sebelum kamu melakukannya. Jangan hadkan diri kamu membuat sesuatu perkara. Kamu buat sahaja apa sahaja asalkan sasaran kamu tercapai, jangan fikirkan sangat kesan dan akibat perbuatan kamu itu. Okey?" Elis menasihati, sambil menggosok lembut bahu anak tunggalnya itu.

"Jadi, Affi boleh terus bunuh saja Iefa tu? Affi tak perlu fikir tentang akibat perbuatan Affi tu?" Soal Affi lagaknya bagai anak kecil bersoal jawab. Elis ketawa halus. "Kamu ni ternyata memanglah anak yang keliru." Ketawa halus lagi si Elis. Affi tayang muka tidak faham.

"Kamu sebenarnya bukan mensasarkan menghapuskan Iefa tu, anakku. Kamu sebenarnya mahu Dira dan kamu bersama, kan?" Soal Elis, menduga. Affi tertelan liur.

"Kamu yang sebenar-benarnya adalah mahu Dira kembali kepada kamu semula. Kamu menyesal dengan perbuatan terburu-buru kamu dahulu, dan cuba melupai Dira. Dan hanya mengikut sahaja apa yang Iefa arah kepada kamu. Kamu hidup dengan penyesalan kamu. Namun, setelah kamu yakin Dira masih hidup, semangat kamu membuak-buak mahu kalian berdua bersatu, bukan? Maka dengan itu kamu rasa Iefa ialah penghalang penyatuan kamu berdua. Dan kini kamu menyasarkan kematian Iefa. Bukankah begitu yang sebenarnya?" Elis menelaah.

Affi melopong. Semua yang Elis cakap bagaikan menjelaskan kembali jalan hidupnya. Barulah Affi sedar tentang tujuannya yang sebenar. Affi senyum. Ternyata, Elis memang ibunya. Ibu yang memahami apa yang tidak difahaminya.

"Jadi, kamu dah tau apa tujuan kamu sekarang kan?" Soal Elis, menepuk bahu Affi umpama menyalurkan semangat. Affi tunduk sebentar. Lalu mendongak. Sepuas hati wajah Elis ditatap. "Ya, mak. Affi pasti."

"Affi akan pastikan Iefa terhapus dari muka bumi ni."

-------------------------

Terkebil-kebil Affi membuka mata. Pantas dia bangkit untuk duduk. Tiada lagi ruangan putih yang dia duduki. Affi sudah kembali ke alam nyata. Dia kini di markas. Di tempat yang dibencinya. Sekeliling bilik dilihat lalu kelihatan Iefa sedang duduk, tertunduk di bucu katilnya.

"Mana Clara?" Soal Affi, mencerlung ke arah Iefa. Iefa mengangkat kepala apabila mendengar soalan Affi. Nafas kasar dilepas lalu menjawab, "Dah dibawa lari."

Affi terkejut, lalu bingkas berdiri. Sakit-sakit sedikit badannya. Kesan pertempuran kecil tadi agaknya. Kakinya dihayun mendekati Iefa. "Habis tu kau biar saja dia diculik? Kau tak cuba buat apa-apa!" Marah Affi. Iefa laju berdiri, tanda protes. Jari telunjuk lurus ditala di hadapan Affi.

"Hei! Kau jangan sembarangan menuduh ya! Aku ada usaha juga ya untuk membantu kalian! Sampai sakit-sakit badan aku dihentam berjuta kali! Tapi apa yang kau lakukan hah?! Sekadar terdiam kaku dalam bebola sakti! Lemah!" Sergah Iefa, membidas. Affi terdiam. Buku lima digenggam.

Langkah dihayun ke luar bilik. Bilik itu merimaskan. Tambahan lagi ada Iefa di dalam itu. Namun baru saja Affi merasa lega, Iefa mengikut langkahnya keluar dari bilik.

"Aku nak keluar. Selamatkan Clara." Ujar Affi tanpa memandang Iefa. "Kau gila?" Soal Iefa, tak puas hati. "Kenapa? Dia adik aku!" Jerit Affi.

"Kau sebenarnya dah mati Affi. Kau baru sahaja hidup semula." Iefa tiba-tiba membuka bicara. Affi pelik. Apa yang Iefa katakan itu? "Apa maksud kau?" Soal Affi. "Kau mati lemas dalam bebola itu sebenarnya. Kau dah MATI! Kalau kau lihat sekarang, tiga titik maut di belakang badan kau sudah tinggal dua!" Jawab Iefa.

Affi kaget. Cermin berhampiran dituju lalu baju dibuka. Bahagian belakang badan ditilik. Benar. Tinggal dua titik sahaja. Affi memandang Iefa. Lalu merengus.

"Aku tetap akan selamatkan dia."


Hello fellow readers. Sikit je nak cakap. Author tukar tajuk naskhah ni kepada The G Witch. Sila baca introduction (part 1 naskhah ni) untuk fahami sebab author tukar tajuk dia. Sesiapa yang tak puas hati, sila duduk diam2

THE WITCH (COMPLETED)Where stories live. Discover now