Bab 45

945 53 9

Islah kepenatan. Hari ni ramai pula pelanggan di butik. Kebetulan hujung tahun macam tu, memang banyak majlis-majlis koperat. Maka ramailah pelanggan yang datang untuk membeli mahupun menyewa.

Butik Mariah tidak hanya menyasarkan golongan atasan. Malahan banyak juga pilihan bagi mereka dari golongan sederhana sepertinya. Kadar sewa yang dikenakan juga amat berpatutan.

Islah duduk menyandar. Hampir dia terlelap ketika Pak Iman membaling ular getah ke pehanya.

"Ish... ayah ni kan! Terkejut Islah. Mujur tak ada sakit jantung. Kalau tak, mau arwah anak ayah ni." Ketawa besar Pak Iman mendengar bebelan Islah.

"Masuk tak bagi salam. Dah macam penyamun!"

Islah kerut dahi. "Beriya Islah bagi salam. Ayah tak dengar ke? Dah bagi sampai tiga kali tak ada yang menyahut  Islah masuklah. Lagi pun bukan rumah orang lain."

Pak Iman merenung Islah sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.

"Berapa lama dah kamu sampai?" Islah jeling jam di pergelangan tangannya.

"Setengah jam dah. Nak terlena dah tadi kalau ayah tak kacau Islah." Pak Iman tersengih.

"Ayah mandilah tadi. Patut tak dengar." Buntang mata Islah mendengar kata-kata Pak Iman.

"Ayah ni kan! Kenapa tak kunci pintu pagar? Pintu rumah ternganga. Pintu pagar tak berkunci. Dahlah sorang-sorang dalam rumah." Islah mula membebel. Pak Iman garu kepala yang tidak gatal.

"Selama ni ayah tinggal sorang-sorang pun macam ni juga. In shaa Allah tak ada apa-apa yang buruk jadi."

Pak Iman merenung Islah yang mula membaringkan dirinya di sofa. Sayu hatinya saat melihat Islah mula memejamkan mata.

"Islah..." Pak Iman bersuara lembut membatalkan niat Islah untuk tidur.

"Bangun, mandi lepas tu solat. Lepas solat kita makan sama-sama." Islah buka mata. Dengan berat hati dia bangun menuju ke biliknya.

Usai mengerjakan solat, Islah segera ke dapur untuk menyediakan makan malam. Lauk di panaskan lalu dihidangkan di atas meja.

"Ayah, Arwisy... jom makan," laung Islah dari dapur. Berkejar Arwisy mendapatkan Islah di dapur. Di ciumnya pipi Islah bertalu-talu. Terbit rasa bahagia di hati Islah. Lama Arwisy tidak mencium pipinya. Mungkin segan kerana sudah menginjak dewasa.

"Ish budak ni! Kau apahal? Dah lama tak makan pelempang?" Islah pura-pura marah.

"Nak manja-manja pun salah ke? Nak manja-manja ngan Nisa pun tak boleh. Belum halal lagi." Mencerlung mata Islah memandang Arwisy.

"Kau jangan buat hal dengan anak dara orang. Aku kerat kau nanti." Ketawa Arwisy mendengar bebelan Islah.

"Kak, ayah ada good news nak bagitahu akak tu." Islah angkat kening.

"Apa dia?"

"Tunggulah ayah cakap lepas makan nanti ayah bagitahu akak."

Tangannya pantas menyeduk nasi ke dalam pinggan sementara menunggu Pak Iman.

"Apalah yang dibualkan dua beradik ni?" soal Pak Iman seraya menarik kerusi untuk duduk. Islah segera menyuakan ikan keli masak lemak cili api kepada ayahnya.

Usai membaca doa, mereka makan sambil berbual kosong. Seperti biasa, Pak Iman akan bertanya mengenai kerja anak-anaknya.

"Ayah ada perkara nak bagitahu kamu ni." Islah terdiam. Memang dia tak sabar untuk mengetahui berita yang ingin di sampaikan kepadanya. Berdebar-debar rasa hatinya.

"Petang tadi kawan ayah masuk merisik kamu. Bagi pihak anak dia. Ayah belum bagi jawapan. Ayah cakap tunggu ayah bincang dengan kamu dulu." Suapan Islah terhenti.

"Ayah boleh je bagi keputusan untuk kamu sebab ayah yakin anak kawan ayah tu boleh bahagiakan kamu tapi, ayah tetap nak tanya kamu dulu."

Islah memandang Pak Iman penuh makna. Hatinya belum terbuka lagi untuk menerima sesiapa dalam hidupnya meskipun sudah setahun lebih dia dan Zaidi berpisah.

"Islah belum bersedia."

"Istiqarah nak. Lepas tu bagitahu ayah. Ayah cuma nak tengok kamu bahgia je. Ayah ni makin lama makin tua, umur pun makin pendek. Ayah nak ada yang mampu jaga kamu bila ayah dah tak ada nanti." Sayu sekali kata-kata Pak Iman.

Islah terdiam. Serabut fikirannya ketika itu. Dia segera bangkit ke sinki mencuci tangan dan pinggan lantas terus masuk ke dalam bilik.

Telefon bimbit di tepi katil di capainya. Terdapat tiga mesej yang diterimanya.

Zamani : Rindu awak. Minggu lepas mama bagitahu yang saya dah selamat jadi tunangan orang. Siapa orangnya pun saya tak ambil tahu. Yang saya tahu, saya rindukan awak.

Zamani : Kenapa awak tak sudi terima saya? Kalau tak, pasti saya takkan di jodohkan dengan orang yang saya tak kenal.

Zamani : Awak dah tidur ke? Maaflah mengganggu. Selamat malam.

Islah hanya memandang sepi Whatsapp dari Zamani.

'Tahniah Zam. Aku doakan kau bahgia.'

Aplikasi Insta di bukanya. Matanya tertancap gambar yang di muat naik oleh Zaidi.

Dulu Allah swt hadirkan yang baik, yang menyayangi aku seadanya aku tapi aku lalai. Aku abaikan. Kini Allah swt temukan aku dengan yang lain. Semoga dia juga mampu menerima aku seadanya aku. Love you sayang.

Islah merenung gambar Zaidi di sisi seorang wanita yang cukup manis. Majlis akad nikah.

Islah seka airmata yang jatuh membasahi pipinya.

'Semoga kau bahagia.' Hanya itu yang mampu Islah doakan.

Islah tarik selimut lantas memejamkan matanya. Nikmat rasa bila perut kenyang, mata pun turut sama kuyu. Tak sampai setengah jam Islah terlena.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now