Bab 43

960 57 34

Zamani : Jom dinner. Dah minta izin ayah awak dah. Setengah jam lagi saya sampai.

Mengeluh Islah membaca mesej yang diterima dari Zamani.

"Apa mengeluh tu? Tak baik mengeluh." Tegur Pak Iman. Dapat diduga apa yang membuatkan anaknya mengeluh.

"Ayah nak buka agensi cari jodoh ke?" Soal Islah selamba.

"Apa salah bagi dia peluang. Ayah tengok di ikhlas nakkan kamu. Kalau ayahlah, baik ayah cari anak dara. Dah tentu-tentu belum berlaki."

Islah ketawa.

"Ayah ada hati ke nak kahwin lagi? Tapikan ayah, dari anak dara yang belum tentunya dara, lebih baik janda, yang dah tentunya janda."

Bidas Islah tak nak kalah.

"Ha pandai pun kamu. Tulah jawapan dia."

Islah tarik mucung empat belas. Terkena juga dia dengan Pak Iman.

"Ayah ni." Bantal kecil di sisinya dilemparkan ke arah Pak Iman. Namun ketangkasan Pak Iman tak boleh di sangkal, dengan mudah bantal itu di sambut.

"Kamu belum cukup tangkas lagi." Perli Pak Iman. Islah peluk tubuh. Merajuklah kononnya.

"Dah. Tak payah nak merajuk sangat pergi siap cepat."

Islah melangkah malas masuk ke biliknya.

Nak rehat pun kena kacau. Baru ingat nak bergolek atas katil. Guling sana sini. Ada pula penyibuk ni. Pandai pula tu minta izin ayah dulu baru cakap dengan kita. Seminggu lebih senyap je. Hilang macam tu je. Tup tup whatsapp ajak dinner. Gila betul.

Mengomel-gomellah Islah sambil bersiap. Disarungnya tshirt dan seluar jeans. Wajahnya dirias seringkas yang boleh. Wangian Forbidden rose disemburnya.

Dah siap. Kau cakap dinner jekan. Tak cakap pergi mana. Lantak le situ kalau pakaian tak sesuai.

Tas tangan dicapai lalu dia melangkah keluar dari biliknya.

"Fuyo wanginya. Akak nak pergi mana? Nak ikut." Sapa Arwisy.

"Ha jomlah ikut. Pergi siap cepat." Selamba Islah mempelawa.

Berdeham Pak Iman mendengarnya.

"Arwisy, kamu ambil kunci kereta kakak kamu. Ayah nak merasa naik kereta baru. Ada di sidainya kereta tu berpanas berembun. Bertuah punya anak. Langsung tak dipelawanya naik kereta baru."

Tersengih Islah mendengar komen Pak Iman. Baru nak mengenakan Zamani, ada pula yang backup.

"Atas meja sana tu. Kau suruh je ayah bawa. Suruh dia ngorat anak dara. Nanti dapat kita mak tiri muda."

Buntang mata Pak Iman mendengar bicara Islah.

"Kamu jangan macam-macam. Ayah kalau nak kahwin, dulu lagi ayah dah kahwin. Bukan baru sekarang nak mencari. Tak daya dah ayah ni."

Mereka sama-sama ketawa. Begitulah kehidupan mereka semenjak Islah berjaya harungi kemurungannya. Makin hari, semakin penuh dengan gelak tawa. Tiada lagi tangisan pilu yang membuatkan seisi rumah susah hati.

"Ayah sengajakan?" Soal Islah.

Belum sempat Pak Iman membuka mulut untuk menjawab soalan Islah, Zamani sudah terpacul di depan pintu bersama laungan salam.

"Islah pergi dululah. Nak ngorat awek, cari yang cun. Tak cun tak boleh jadi mak tiri kitorang."

Sekali lagi terhambur ketawa masing-masing.

"Kamu jangan nak merepek. Dah pergi sana. Orang dah tunggu tu."

"Yela. Islah pergi dulu."

Tangan Pak Iman diraih lantas dikucup penuh kasih sayang.

"Kami pergi dulu ye pakcik."

"Baik-baik jalan tu. Hantar Islah sebelum pukul 12."

Sempat Pak Iman berpesan. Walau Islah dah besar panjang, tetap manjadi tanggungjawabnya memastikan Islah selamat.

"In shaa Allah pakcik."

Pak Iman memerhati mereka menuju ke kereta.

"Cepatlah ayah siap. Kita nak pergi mana ni?"

Bersemangat Arwisy nak bawa kereta baru. Pak Iman tak boleh memandu waktu malam. Silau matanya.

Kalau tak, jangan haraplah Arwisy nak merasa bawa kereta baru.

"Tak payahlah nak excited sangat. Ayah nak pergi NSK je."

Pak Iman meninggalkan Arwisy sambil ketawa.

"Ayah ni. Jomlah kita pusing KL. Kata nak pergi ngorat awek."

Arwisy mengekori Pak Iman dari belakang.

"Mana telefon ayah ye? Kamu nampak tak?"

Arwisy segera mengambil telefon bimbit Pak Iman lantas di hulurkan pada ayahnya.

Selepas menekan nombor di skrin telefonnya, Pak Iman menekap telefon ke telinga.

"Hello, Nisa ke ni? Pakcik nak keluar dengan Arwisy ni. Dia ajak pakcik pergi ngorat awek."

Buntang mata Arwisy mendengar kata-kata Pak Iman. Segera ditariknya telefon.

"Apa ni ayah?" Rajuk Arwisy. Segera ditekapkan telefon ke telinganya pula.

"Awak jangan salah faham. Saya gurau-gurau je dengan ayah."

Sunyi sepi. Tiada sebarang sahutan.

"Hello."

Meledak ketawa Pak Iman. Arwisy segera melihat telefon di tangannya.

"Ayah ni!" Sedikit menekan suara Arwisy akibat dipermainkan Pak Iman.

"Kamu dah tak de geng nak kenakan ayah. Sekarang kamu pula kena."

Kepala Arwisy dikepitnya celah ketiak sambil meluku-luku kepala anaknya itu.

"Ayah, ayah apa ni. Orang dah besarlah. Adeh. Sakitlah ayah. Aduh ketiak masam."

Semakin galak Pak Iman menyakat anak bujangnya.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now