❋ 9 - く Ku ❋

1K 182 185
                                    

[ Ending makin hampir, bersiap sediakah sayang-sayangku sekalian? ♡ ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ Ending makin hampir, bersiap sediakah sayang-sayangku sekalian? ♡ ]

                      Setelah siap persiapan comeback NCT Dream , Jeno dan Renjun kerap ke hospital untuk melawat Jaemin. Ketika itu keadaan Jaemin sudah mula memburuk. Dia tidak lagi boleh berlari-lari seperti dahulu dan Jaemin mudah kepenatan. Jaemin hanya terbaring, tetapi dia masih boleh bergerak dan duduk seperti biasa. Cuma hanya kondisinya yang semakin hari semakin lemah. Kini Jaemin mula bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas. Badannya semakin susut dan kulitnya semakin pucat.

"Lisa-ssi." Jeno menunggu diluar bilik rehat Jururawat yang terletak jauh dari katil Na Jaemin. Lisa terkejut, meski Jeno sering ke wad dan menyapa Lisa, Lisa masih merasa janggal dengan Jeno. Kerana Lee Jeno itu merupakan bias kedua Lisa.

"Eh Jeno-ssi, siapa yang jaga Jaemin sekarang?" tanya Lisa memandang lelaki tinggi yang sudah bertubuh tegap itu.

"Injunie. Dia tengah suapkan Jaemin makan." jawab Jeno. Air muka Jeno tampak tidak mesra. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikiran Jeno sekarang.

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Lisa, prihatin.

"Boleh saya bincang tentang sesuatu?" kata Jeno memerlahankan suaranya, agar tidak didengari oleh orang lain.










-


           Bangchan duduk disebelah katil Jaemin. Memandang sahabatnya yang terbaring sambil memlilih kad Uno. Mereka masih bermain kad Uno walaupun keadaan Jaemin semakin merosot.

"Kawan-kawan kau dah balik ke?" Tanya Bangchan cuba mengalihkan perhatian Na Jaemin yang sedang fokus memilih kad Uno dari Bangchan.




"Siapa? Maksud kau, kawan aku.. Jeno dan Renjun?" Tanya Jaemin kembali.

Bangchan mengangguk.

"Ha'ah si blonde No Jams dan lelaki cantik tu."

Jaemin terkekeh. "Lelaki cantik? Maksud kau Renjun?"

Bangchan mengangguk gembira.


"Dah, baru je tadi. Jeno dan Injunie ada dance practice. Mungkin lepas ni mereka akan busy... sebab mereka nak comeback bulan ni. Harap-harap aku sempat tengok comeback NCT Dream." Jaemin tersenyum kelat.

'Buat kali yang terakhir.'  bisik hati Jaemin, pilu.


"Eh, jangan risau lah Nana! kau mesti dapat tengok comeback stage NCT Dream punya!" kata Bangchan ceria, memberi semangat.


"Hwaiting Nana!" Bangchan terlebih bersemangat.


         Jaemin tersenyum melihat keterujaan Bangchan. Macam orang tak sakit. Ceria sungguh!

『𝐂』Malaikat Tanpa Sayap • jaemin • nct •Where stories live. Discover now