Part 27 - Kemalangan

2.3K 337 25
                                                  

Ain Amani dan Andrea saling berpandangan. Dari tadi mereka hanya mendengar luahan hati Faiha. Nampaknya, aktiviti Randy selama ini sudah diketahui oleh Faiha. Sedaya upaya mereka cuba menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan Faiha. Tetapi, akhirnya diketahui juga.

Petang tadi, Faiha datang menemui mereka. Meluahkan rasa kecewa atas apa yang berlaku. Randy yang dianggap sudah meninggalkan zaman jahilnya, masih lagi melakukan perkara itu. Dengan mata kepalanya sendiri dia melihat sisi gelap lelaki itu. Memukul dan bersenjata.

"Korang dah tahu la kegiatan jahat Randy tu? Sanggup korang komplot dengan dia untuk tipu aku" Faiha

Jadi, selama ini hanya dia seorang saja yang tidak mengetahui perkara itu? Hanya dia seorang saja yang fikir Randy sudah berubah menjadi baik? Rasa seperti dirinya diperbodohkan. Dan mudah ditipu walaupun oleh kawan baiknya sendiri.

"Bukan macam tu. Kitorang tak pernah terfikir pun nak tipu kau. Lagipun, kitorang tahu kerja yang Randy buat tu tak salah" Ain Amani cuba memujuk. Dia dapat lihat riak kekecewaan yang terlukis pada wajah Faiha.

Ini baru tentang sisi gelap Randy. Belum lagi tentang siapa lelaki itu sebenarnya. Mengenai darah vampire yang mengalir dalam tubuh Randy, masih lagi tersimpan kemas seperti yang diarahkan oleh lelaki itu sendiri.

"Tak salah apanya kalau pukul orang sampai setengah mati macam tu. Kalau betul la dia tak salah, kenapa dia nak sembunyi semua tu dari aku? Kenapa dia tak nak aku tahu? Sebab dia nak jadikan aku mangsa dia yang seterusnya. Macam tu?" Ujar Faiha dengan andaian yang dia sendiri cipta.

Kalau hari ini Randy boleh hilang kawalan, tak mustahil satu hari nanti dia akan dipukul seperti itu juga. Hati manusia, siapa yang tahu kan? Hari ini cakap sayang, mana tahu nanti sayang itu melayang.

"Apa kau merepek ni? Randy tak akan sakiti orang yang dia sayang. Terutamanya kau ! Dia sayang kau, dia cuma nak yang terbaik untuk kau. Takkan sebab satu benda tu je kau terus nak tuduh dia macam-macam. Memang dulu dia jahat, tetapi sekarang dia dah berubah. Dia berubah untuk kau. Jadi, kau tolong la fikir positif pasal Randy. " Balas Andrea geram.

Kedengaran kasar ayat yang dilemparkan. Bukan apa, dia hanya mahu Faiha sedar akan kesilapan yang sedang dia lakukan. Mana perginya Faiha yang sentiasa sabar dengan setiap ujian yang diberikan.

Faiha terkedu sebentar. Kelu lidahnya apabila disembur sedemikian rupa. Kata kata Andrea bagaikan menampar jiwanya. Menusuk hingga ke dasar hati.  Sakit yang dirasakan tidak dapat ditahan lagi. Satu persatu mutiara jernih jatuh membasahi pipi.

Andrea serba salah. Terlupa pula dengan perangai Faiha yang cengeng itu. Dalam keadaan sarat mengandung itu, dia bergerak mendekati Faiha lalu tubuh kecil itu ditarik dalam pelukan. Belakang tubuh Faiha ditepuk bagi meredakan esakan.

"Dia pukul bodyguard tu bersebab. Randy tak akan mulakan selagi orang tu yang cari pasal dulu. Apa yang kau nampak tu, bukan sisi gelap dia yang sebenar. Kalau dulu, dia lagi kejam. Dia tak kisah siapa kau asalkan kau mati" sambung Andrea lagi. Teringat pula dengan apa yang telah terjadi pada keluarganya dulu. Tetapi, itu semua bukan salah Randy.

"Faiha.. aku rasa better kau balik berbincang elok elok dengan Randy. Dengar dulu penjelasan dia. Kalau kau lari macam ni pun, masalah tak akan selesai. Randy dah berkali kali call kitorang, tanya tentang kau. Dia risau dengan keadaan kau" kata Ain Amani. Tidak ada cara lain melainkan memujuk Faiha untuk kembali ke pangkuan Randy.

Faiha menyeka air mata dengan hujung jari selepas berjaya menenangkan diri. Kemudian dia bangun dari duduk. Genggaman erat Andrea dilepaskan perlahan.

"Bagitahu dia, aku nak balik kampung. Aku tak nak jumpa dia buat masa sekarang"

Hal itu membuatkan Ain Amani dan Andrea terlopong luas. Terkejut dengan keputusan melulu Faiha.

"Kau biar betul? Kau tu perempuan, bahaya drive malam malam macam ni.  Kau balik la jumpa Randy. Kesian dia"

Kata kata Ain Amani dibiarkan sepi saja. Tanpa mempedulikan nasihat sahabatnya, Faiha berlalu keluar menuju ke kereta. Enjin dihidupkan lalu kereta bergerak perlahan membelah kegelapan malam.

•••••


Kereta yang dipandu Faiha Jannah bergerak laju di atas jalan raya. Suasana hening malam itu menemaninya. Jalan gelap dan sunyi membuatkan fikirannya tenang untuk seketika. Dia sengaja memilih jalan lama itu memandangkan ia adalah satu satunya jalan singkat untuk ke kampung. Sepanjang jalannya, hanya terdapat beberapa buah kereta saja melalui kawasan itu.

Tiba-tiba, satu hentaman kuat dari arah  belakang membuatkan kepala Faiha terhentak pada stereng kereta. Kejadian yang berlaku secara tiba tiba itu membuatkan Faiha panik dan tidak dapat berfikir secara rasional. Dia hanya mampu menyebut kalimah suci bagi menenangkan diri.

Tidak berhenti di situ, kereta kemudiannya diseret lagi beberapa meter ke hadapan sebelum melanggar sebatang tiang elektrik. Keadaan yang terlalu cemas membuatkan Faiha menjadi takut dan trauma. Kepalanya terasa sakit akibat hentakan pada stereng kereta tadi.

Tangan Faiha terketar ketar. Peluh merenik keluar dari dahi. Tangannya yang sejuk membeku ditekap pada dada. Terasa kelajuan denyutan jantung yang lain dari kebiasaan. Nafas turun naik, cuba menenangkan diri. Bibirnya berzikir mengingati yang Maha Esa.

Allah ! Dugaan apa pula kali ini? Cukuplah ujian yang membuatkan hatinya hancur menjadi debu.

Hampir luruh jantung apabila seseorang mengetuk cermin tingkap di sebelahnya. Kasar dan kuat sekali.

"Keluar ! Kau keluar sekarang !" Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an berkata kasar sambil mengetuk bertalu talu cermin yang berada di sebelah Faiha.

"Aku cakap keluar sebelum aku pecahkan tingkap ni" jerkah lelaki itu lagi.

Tanpa berfikir panjang, Faiha terus keluar seperti yang diarahkan. Rasa takut yang menguasai diri membuatkan dia tidak dapat berfikir dengan baik. Dia berharap sangat ada kenderaan yang berhenti dan menolongnya, tetapi malangnya langsung tiada.

"Kau kenapa halang jalan aku? Tak nampak kereta aku nak lalu?" Kata lelaki itu kasar. Bau busuk yang keluar dari mulut jelas menunjukkan dia mabuk.

"Kereta aku bukannya murah ! Kau nak bayar ke hah ?!" Marah lelaki itu lagi. Melihat Faiha yang diam, membuatkan hatinya mendidih. Tak semena-mena, tubuh gadis yang berada di hadapannya ditolak kuat ke belakang. Melepaskan rasa marah dan bengang terhadap gadis itu.

Faiha tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh atas jalan. Apalah sangat tenaganya yang  tidak seberapa jika dibandingkan dengan kekuatan lelaki mabuk itu. Lelaki itu tersenyum sinis sambil melangkah perlahan merapati gadis di hadapannya. Matanya tak lepas memandang tubuh Faiha.

Faiha merasa seram sejuk. Perasaan takut menguasai diri. Tiada langsung kenderaan yang melalui jalan itu untuk meminta tolong. Tiada guna jika dia menjerit. Telefonnya sudah kehabisan bateri dan berada dalam kereta. Dia tidak berpeluang untuk meloloskan diri.

Satu persatu dugaan menghempap diri. Adakah kerana dia menderhaka pada suami? Dosa yang dia lakukan pada Randy, Allah bayar serta merta !

•••••

Randy FernandezWhere stories live. Discover now