"Khairul memang sial. Mana aku nak letak muka aku ha," Aku berbisik di telinga Iman. Iman menggeleng saja melihat perangai Khairul di hadapan.

"Iyalah. Tak ada nama Saf. Bukan jodoh kau lah tu, Khairul. Dah kau pergi duduk dengan ahli kumpulan kau sana," Ujar Cikgu Hani. Buat suspen saja Khairul ni.

"Macam mana boleh cikgu pisahkan saya dengan Saf? Keluarga saya yang sponsor camping ni," Khairul menutup mulutnya yang ternganga kecewa.

"Oh ya? Tapi, keluarga awak tak sponsor kertas ni. Sekarang awak pergi balik kumpulan awak," Balas cikgu Hani. Dia terus sambung memanggil nama kumpulan seterusnya.

Khairul dengan rasa kecewa yang menyelubungi dirinya terus melutut di tanah. Cikgu Hani langsung tidak terganggu dengan perbuatan Khairul. Dia terus membaca nama-nama kumpulan seterusnya.

Hakim menggeleng melihat perangai Khairul. Dia dan Rizqin terus mengangkat Khairul ke kumpulan mereka semula.

Imbas Kembali Berakhir 

"Kau pun bengap eh? Berani kau malukan aku tadi?" Tanganku laju memukul bahunya. Aku tahan malu sampai tak bercakap dengan sesiapa langsung tengahari tadi.

Dahi Khairul berkerut sambil tangannya mengusap bahu yang dipukul. Aku mengetap gigi geram. Malu yang aku rasa tadi, masih rasa sekarang. Aku rasa macam nak tanam kepala aku saja dalam pasu.

"Aku dah terima dah kenyataan kau tak sama kumpulan dengan aku. Tapi, aku tak boleh terima kau satu kumpulan dengan dia," Hujung jari telunjuk Khairul dihalakan ke arah Airiel yang sedang bergurau dengan Haikal.

Aku menggeleng melihat perangai Khairul yang kebudak-budakan itu. Lengan Khairul aku pukul lagi. Airiel yang dari tadi berbual tiba-tiba menoleh ke arah kami berdua. Keningnya berkerut pelik melihat dirinya d

"Kau pergi balik barisan kau. Aku tak nak kau bergaduh dengan Airiel pula dekat sini," Arahku.

Dekat sekolah dah bergaduh, takkan dekat sini pun nak bergaduh. Sudahlah lepas kami balik dari perkhemahan ini, kami akan didenda pula. Semua sebab dua orang teruna ni asyik nak bergaduh saja. Dengan aku sekali diheret ke bilik disiplin.

Khairul memuncungkan bibirnya lalu dia kembali semula kepada kumpulannya. Apabila aku berpaling ke arah kumpulanku semula, aku perasan bahawa Airiel sedang merenungku. Aku mengangkat kedua-dua belah kening hairan. 

"Baiklah, dengar apa yang saya nak cakap semua. Seperti yang awak semua tahu, aktiviti petang ini sepatutnya ice breaking. Tapi, ice breaking dibatalkan. Memandangkan awak semua kebanyakannya dah 5 tahun kenal dengan orang yang sama, saya anggap yang tak perlulah ice breaking. Kita skip aktiviti tersebut jadi petang ini awak tak ada aktiviti. Awak semua bolehlah buat aktiviti bebas, main bola ke, bola tampar dan sebagainya. Hutan saja tak dibenarkan masuk. Jangan nak cari pasal ya dekat tempat orang ni. Faham?" Ujar Cikgu Hani.

"Faham!"

"Saya nak awak semua pergi mandi dan siapkan diri untuk solat maghrib di surau. Lepas solat maghrib, awak semua akan buat aktivti bersama fasi. Saya sudah ambil 4 senior tahun lepas untuk jaga awak semua. Dengar cakap fasi! Saya tahu ada yang nakal dan tak nak ikut arahan, siaplah ya awak semua. Dan selepas solat Isyak pula, awak semua ada aktiviti barbeque. Semua peralatan dan bahan sudah disediakan di kantin untuk setiap kumpulan," Sambung cikgu Hani lagi.

Semua pelajar bersorak gembira dan teruja untuk aktiviti malam ini. Manakala aku pula sedih melihat tiada kawan yang rapat dengan aku berada dalam kumpulan yang sama. Ummi nak balik ummi. Tak nak duduk sini ummi. 

Semua salah Rayyan. Aku menjeling Rayyan yang sibuk berbual dengan Lin. Sudahlah dengan Lin seorang saja yang aku boleh berbual, Lin pun dia ambil. Habis tu aku nak kawan dengan siapa?

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now