Bab 39

927 55 8

Seminggu dah Islah mulakan kerja sebagai penyelia di butik milik Puan Mariah. Selama seminggu itu juga banyak yang telah dipelajari mengenai selok belok perniagaan.

Maklumlah sebelum ni hanya berkhidmat sebagai kerani cabuk je. Pakaian pun asal kemas dan tak melampau. Tapi di sini, dia perlu pastikan pernampilannya sentiasa kemas dan berkeyakinan.

"Kak Islah, Puan Zaera dah sampai." Islah segera berlalu mendapatkan Puan Zaera sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kehadiran wanita itu.

"Hai, selamat datang ke Butik Mariah." Sapa Islah seraya berjabat tangan dengan Puan Zaera.

"Hai Islah. Maaf kalau saya mengganggu. Tapi Puan Mariah cakap saya berurusan dengan awak memandangkan dia tak ada di Malaysia."

"Tak ada apa yang mengganggu puan. Sudah tugas saya. Puan Mariah ke Indonesia untuk dapatkan bekalan kain." Ujar Islah ramah.

Puan Mariah awal lagi sudah memaklumkan bagai mana citarasa Puan Zaera. Jadi sempat jugalah Islah buat sedikit penelitian pakaian mana yang akan disyorkan kepada Puan Zaera.

"Puan duduk sekejap ya." Islah berlalu meninggalkan Puan Zaera seketika. Dia bergegas masuk ke pejabatnya dan mengambil 4 helai baju yang dirasakan sesuai untuk Puan Zaera.

"Maaf ye puan. Ni antara baju yang saya dah pilih. Tapi kalau puan tak berkenan dan nak cari yang lain, kita boleh tengok-tengok yang mana puan berkenan."

Puan Zaera bangun lantas membelek baju yang telah dipilih oleh Islah.

"Cantik. Kena dengan taste saya. Boleh saya cuba dulu?"

"Boleh puan. Tak ada masalah. Silakan." Islah mengiringi Puan Zaera ke bilik persalinan.

Empat pasang baju di sangkut dalam bilik persalinan tersebut. Dua pasang baju kebaya moden kain sutera berwarna merah jambu lembut dan juga biru diraja, sepasang dress labuh kain duyung berwarna hijau emerald dan sepasang kurung moden berwarna pink pastel menjadi antara pilihan Islah.

"Okey Islah. Saya ambil kurung moden ni dengan kebaya biru ni."

Islah segera mencapai baju yang dihulurkan lantas membawanya ke kaunter bayaran.

"Ada apa-apa lagi yang puan nak?" Islah menyoal sebaik sahaja melihat Puan Zaera dibelakangnya.

"Tak ada. Cukup untuk hari ni." Puan Zaera segera membuat pembayaran.

"Terima kasih puan. Jemput datang lagi. Maaf jika ada yang terkurang dari layanan saya." Ujar Islah. Senyum tak putus dari bibirnya.

"Terima kasih juga pada Islah. Tak banyak ambil masa saya untuk buat pilihan."

Islah menarik nafas lega sebaik Puan Zaera pergi. Tak adalah cerewat macam yang dikhabarkan Puan Mariah.

"Aliya, saya nak keluar makan dulu. Apa-apa nanti terus call saya ye."

"Baik kak."

Islah melangkah meninggalkan butik menuju ke restoran yang terletak di seberang jalan. Baru melangkah untuk melintas, tangannya di tarik oleh seseorang dan sebuah motosikal laju melintas dihadapannya. Islah gugup.

"Bahayalah awak ni, main nak lintas je." Islah masih cuba mengimbangi perasaan gugup saat dirinya dimarahi begitu.

Dengan tak semena, dia jatuh terduduk dan menangis teresak-esak.

"Ya Allah. Janganlah nangis. Saya tak de niat nak marah awak. Tapi kalau saya tak tarik tadi, tak tahu apa jadi. Bangunlah." Islah masih teresak.

"Bangunlah Islah. Nanti orang ingat saya buat awak menangis pula."

Akhirnya Islah akur lantas bangun sambil menyeka airmatanya. Terbang rasa semangatnya ketika itu.

"Awak nak pergi makan ke?" Islah mengangguk sebagai jawapan.

"Jom saya temankan." Tangan Islah di pimpin dan mereka sama-sama melintas jalan.

Islah hanya mengikut tanpa sebarang bantahan. Tangannya di genggam erat.

Mereka mengambil tempat di satu sudut yang agak tersorok.

"Awak nak makan apa?"

Sepi. Tiada jawapan dari Islah.

"Islah, awak okey tak ni? Islah?" Sedikit menekan suara tersebut, mengejutkan Islah dari lamunan.

"Sorry. Apa dia?"

"Saya tanya awak nak makan apa?" Sekali lagi soalan tu di lontarkan.

"Oh macam biasa je." Ujar Islah sebaik melihat pelayan yang mengambil pesanan mereka.

"Ada apa-apa lagi?" Soal pelayan tersebut.

"Tak ada. Itu sahaja. Terima kasih."

Islah ditenungnya. Membuatkan Islah tidak senang duduk.

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Islah.

"Kenapa awak cuai sangat?"

Islah mengeluh. Memang salahnya sebab tergesa-gesa sampai lupa nak tengok kiri kanan sebelum melintas.

"Saya tak perasan. Terima kasih."

Zamani merenung mata Islah. Masih terpancar kesedihan dimata itu.

"Awak sihat?"

Islah senyum hambar.

"Sihat sepertimana yang awak nampak sekarang ni."

"Saya...."

"Boleh tak awak buang perasaan awak tu? Boleh tak awak move on? Awak tak kesian ke kat mama awak yang nak tengok awak kahwin?"

Entah mengapa lancar sahaja Islah menuturkan kata-katanya.

"Saya akan berkahwin. Cepat atau lambat. Tapi cuma dengan awak."

Islah merengus mendengar jawapan Zamani. Islah matikan kata-kata sebaik sahaja pesanan mereka tiba.

Usai mengucapkan terima kasih, Islah segera mengisi perut. Tak betah duduk lama-lama berduaan dengan Zamani.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now