1

26.2K 1.2K 24
                                    

Getaran di dalam poket seluarnya menyentakkan Aurelia. Dia meletakkan pensel di atas meja. IPhone diambil dan whatsapp daripada Zarif dibaca. Dia bersandar pada kerusinya.

Daddy

Ara balik rumah nanti, okay? I ask someone to pick you up. Nanti Ara tunggu kat tempat biasa daddy selalu ambik Ara, okay?

Aurelia menghelakan nafasnya. Dia memandang calendar di sudut meja belajarnya. Sedar tak sedar, dah sebulan lebih dia tak balik rumah sejak dia sambung study ke Master. Lepas je peristiwa yang serius dia tak boleh digest tu terjadi, Aurelia terus mengambil keputusan untuk sambung study.

Aurelia meregangkan badannya sebelum bangun dari duduknya. Bagasi yang terisi dengan pakaiannya dibuka. Sehelai sweatshirt dan jeans diambil sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.

•••||•••

Aurelia yang baru turun dari dorm melangkah ke hadapan universiti. Keningnya berkerut bila melihat banyak students di situ berkumpul di hadapan universiti. Dah kenapa mereka ni?

"Ara!"

Aurelia berpaling memandang Firyad yang berlari ke arahnya. Aurelia senyum bila jejaka itu berhenti di hadapannya.

"You balik ke weekend ni?" soal Firyad. Aurelia mengangguk.

"Yes. Aku nak baliklah ni. Kau ni?" tanya Aurelia kembali. Firyad memasukkan tangannya dalam poket seluarnya.

"Tak. I ada kerja dengan group I. Ada assignments kena buat." kata Firyad. Aurelia senyum.

"It must be hard, right? Aku pernah rasa masa aku study Degree in Architecture." tutur Aurelia. Firyad mengangguk.

"Exactly."

Aurelia senyum. "Well, you can ask me for some help. I can help you." kata Aurelia.

"Sure." Aurelia mengangguk. Firyad ni lagi muda dari dia. Tengah study Degree in Architecture.

"Senior Aurelia."

Aurelia berpaling memandang seorang gadis. "Ye?"

"Ada orang tunggu senior kat depan."

Aurelia mengerutkan dahinya. "Siapa?"

"I don't know. Tapi dia cakap, you better be quick." kata gadis tersebut. Aurelia mengangguk.

"Okay, thanks." Aurelia berpaling memandang Firyad. "Aku pergi dulu." kata Aurelia. Firyad mengangguk.

Aurelia melangkah meninggalkan Firyad. Dia meredah orang ramai yang berkumpul di depan universiti, seolah-olah ada pelakon antarabangsa yang tengah shooting. Ke one of HarSha turun padang untuk melawat Expo Private University ni?

Bukk!

Terjatuh buku tebal yang dipegang oleh Aurelia saat melihat jejaka yang sedang bersandar pada kereta sambil berpeluk tubuh. Takkanlah..

Zafriel mengangkat muka saat mendengar bunyi tersebut. Dia memandang wajah Aurelia yang jelas keliru. Namun bukan itu yang menarik perhatiannya. Tetapi, penampilan Aurelia yang agak berlainan tapi Aurelia nampak lebih ayu dan sopan dengan penampilannya itu. Jeans, sweatshirt hitam dan .. Gadis itu ayu dengan shawl yang dililit simple melitupi kepalanya.

Aurelia berdehem, menyentakkan Zafriel. Zafriel berdehem dan menggosok belakang lehernya. Dia memandang Aurelia yang mengutip bukunya yang terjatuh.

"Bila kau balik?" soal Aurelia saat dia kembali bangun. Zafriel berdehem. Kenapa aku pulak yang nervous semacam ni?

"This morning."

"Ohh.." Aurelia kembali diam dan menundukkan. Ya Allah, asal aku malu nak bertentangan mata dengan dia ni? Sebelum ni takde pun malu. Kau jangan buat hal lah, Aurelia!

"Aku.."

"Kau.."

Serentak mereka bersuara. Zafriel dan Aurelia saling berpandangan. Dan tiga saat selepas itu, mereka mengalihkan pandangan.

Zafriel menghelakan nafasnya, cuba bertenang. Dia memandang Aurelia. "Kau dah siap ke? Jomlah." ajaknya dan terus melangkah ke keretanya. Aurelia menghelakan nafasnya. Dia menyentuh pipinya yang terasa panas sebelum melangkah ke arah kereta Zafriel. Pintu penumpang di sebelah Zafriel dibuka.

Zafriel memandang Aurelia. Aurelia memandang Zafriel. "What?" soalnya.

"Aku ingatkan kau nak duduk kat belakang." kata Zafriel.

Aurelia mengerutkan dahinya. "Kenapa pula?"

Zafriel menjungkitkan bahunya. "Sebab dulu kalau kau naik kereta dengan aku, kau mesti duduk kat belakang. Konon macam mem besar."

Aurelia mengecilkan mata memandang jejaka tersebut. "Fine, aku duduk belakang." Aurelia baru hendak keluar namun Zafriel lebih pantas menyambar tangannya yang berlapik.

"Tak payahlah." kata Zafriel. "Just sit here." tutur Zafriel sambil mendekatkan badannya pada Aurelia. Aurelia dah mengerutkan dahinya.

"A..apa ?"

Zafriel hanya diam sambil dia menarik seatbelt untuk Aurelia sebelum kembali duduk di seatnya. Aurelia menelan liur. Dia memegang dadanya. Dapat dia rasa jantungnya berdegup dengan kencang.

IPhone Zafriel yang berdering menyentakkan mereka. Dia mengambil iPhonenya dari poket seluarnya dan diserahkan kepada Aurelia.

"Apa?"

"Siapa call? Kalau kau tak kenal, tak payah jawab." kata Zafriel. Aurelia menyambut iPhone Zafriel. Nama pemanggil dibaca.

"Haysha.."

Zafriel mengerling Aurelia. "Tak payah jawab." arahnya. Aurelia memandang Zafriel sebelum dia menekan tanda merah. Dia meletakkan iPhone Zafriel di atas dashboards.

"Kau nak pergi makan dulu, tak?" soal Zafriel. Aurelia memandang Zafriel. Dia menggeleng.

"Aku nak balik. Penat."

Zafriel memandang Aurelia yang hanya diam. "Cafe kat depan sekolah kita dulu still buka ke?" soal Zafriel.

"Ada kot."

"Kita makan kat sana lah."

Aurelia memandang Zafriel. "Aku nak balik, kan? Kau makan kat rumah jelah. Mummy confirm masak."

"Kejap je. Kau tak kesiankan aku ke?"

Aurelia memandang Zafriel. Zafriel mengembungkan pipinya. Aurelia mengerutkan dahinya sebelum terlepas gelak kecil.

"Siapa ajar kau jadi macam Isa dan Iqa ni?" soal Aurelia. Zafriel diam sejenak sebelum berdehem. Dia menggosok belakang lehernya. Aurelia tersengih.

"Takpelah kalau kau tak nak."

Aurelia tersenyum. "Okaylah. Tapi janji jangan lama. Aku penat." kata Aurelia. Zafriel mengerling Aurelia.

"Okay!"

Aurelia senyum.

•••|T.B.C|•••


















































Kuat betul penangan AraZaf ni sampai saya tersengih-sengih buat ni... Even baru first chapter hahahahahaha 😂

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now