Bab 15

2K 40 5

Langkah Adrian hanya dituruti dari belakang. Malam-malam bersiar-siar di pantai sedangkan orang lain tidur masa ni. Kata Adrian masa ni la paling seronok nak ke pantai. Sweater yang tersarung diperkemaskan untuk melindungi diri dari kesejukan. Lupa nak cakap macam mana dia dengan Adrian boleh tersampai ke pantai yang dikenali sebagai Pulau Perhentian ini. Sebenarnya ini adalah salah satu cara Adrian memujuknya dari pergaduhan mereka sebelum ini.

Angin yang kencang mula menyentuh kulitnya apabila dia dan Adrian berhenti melangkah. Angin yang dicampur dengan kedinginan malam membuatkan Nadine mengigil kesejukan. Bunyi deruan ombak yang mula kedengaran menenangkan perasaan mereka seketika. Nadine menyandarkan badannya di dada Adrian, kehangatan dari lelaki itu mula menjalar di setiap nadi tubuhnya sekaligus mengurangkan kedinginan yang dirasai.

Tiba-tiba dia merasakan badannya melayang. Adrian sedang mendukungnya dan mendekati ke arah pantai. Tangannya secara automatic memeluk erat leher Adrian.

" Apa ni ?! turunkan saying cepat. Basahlah nanti " Kata Nadine.

" Bukan selalu kan? " Adrian mula mengacah untuk menjatuhkan Nadine. Pegangan tangan di leher Adrian makin dieratkan. Kalau betul-betul jatuh nanti tak ke naya je?

" Put me down please... " Adrian menurunkan Nadine. Lenguh juga tangan mengangkat isterinya itu. Dirasakan berat badan Nadine semakin naik.

" I love you sayang.. with all my heart " Adrian mencium dahi Nadine seraya memeluk tubuh itu. Wanita yang paling disayanginya dunia dan insyaallah akhirat. Wanita yang selalu memberi dorongan, nasihat dan kasih sayang kepadanya ketika dia terumbang-ambing dengan kesediahan. Wanita ini yang menjadi bahu ketika dia tiada lagi semangat untuk meneruskan hidup.

" You don't have any idea how much I love you sayang.. " Adrian mengeratkan lagi pelukan di tubuh mereka. Dia sangat bersyukur ditemukan dengan wanita yang berada di dalam dakapannya ini.

" Yaa.. I love you too abang. " Nadine mengelus kedua belah pipi Adrian sebelum melabuhkan ciuman. Walaupun ada keperitan dalam perkahwinan mereka, dia akan menjadikan itu sebagai penguat dalam hubungan mereka. Seperti dikatakan ramai orang. Dalam setiap perhubungan pasti ada pasang surut. Kelemahan pasangan itulah yang akan menjadikan mereka seseorang yang matang dan mampu mengatur hidup dengan lebih baik.

" Jom try? " Adrian bertanya dengan mimic muka nakal.

" What? "

" Kissing under the thousand stars and moonlight, tak nak try? " Adrian mengankat kedua-dua keningnya. Baru sahaja Nadine ingin melepaskan pautan di leher Adrian, Adrian terlebih dahulu mengunci percakapannya dengan bibirnya. Tangan Nadine tanpa dipinta kembali merangkul erat leher Adrian. Bibir kata tak nak, tapi tubuhnya mengkhianatinya ketika itu. Selepas 5 minit mereka berkeadaan begitu, Nadine melepaskan ciuman.

" Jom lah balik, dah lewat dah ni. " Dalam kepekatan malam, Adrian dapat melihat wajah isterinya kemerahan menahan malu walaupun sebenarnya hubungan mereka dah lebih dari itu.

My Precious WifeWhere stories live. Discover now