Bab 6

552 16 0

Harraz POV

Kami tengah borak pasal si ranting kayu tu. Seronok pulak duduk ramai-ramai macam ni ye la sebab tahun depan kami semua dah habis sekolah. So mana nak rasa semua ni nanti. Yang aku suka tengok sekarang ni ennn si Nelly tu syok betul dia gelak dengar lawak si Shah. Aku perhati je dia dari ekor mata aku kalau boleh dengan aku-aku sekali nak ikut gelak. Comel. Ye itu je la perkataan yang terlintas dalam kepala otak aku sekarang ni. Tapi Nelly memang comel pon kan guys? Hehehe. Masa tengok seronok-seronok tu tetiba satu kelas senyap. Dah kenapa satu kelas senyap? Pastu si Nelly pon usya depan pintu hm patutla senyap ada ranting kayu bergerak rupanya. Nelly terus bangun dari kerusi. Semua orang pandang Nelly.
"Hai kak nak apa ye? Ada apa yang boleh saya bantu? " Tanya Nelly kepada Zahirah. Zahirah menjeling ke arah Nelly. Fuh padu bhaii jelingan dia tapi si Nelly ni tak terkesan langsung. Hehehe.
"Huh aku datang ni sebab nak jumpa kau. Sini kau sekarang. " Balas Zahirah kepada Nelly. Nelly berjalan ke arahnya.
"Ada apa nak jumpa aku SAMPAH? Tak puas hati lagi ke pasal semalam? " Tanya Nelly kepada Zahirah dengan tenangnya. Dia menggulingkan bola matanya kepada aku.
"Ye aku memang tak puas hati dengan kau sebab kau rampas Harraz dari aku faham tak?! " Balas Zahirah kepada aku. Eh pompuan ni gaduh dengan Nelly sebab aku je? Bapak tak matang.
"Siapa rampas siapa sekarang? Aku dengan dia memang dah lama kawan so no wonder la orang anggap kitaorang couple. Kau yang baru kenal dia pelase shut up your mouth! " Kata Nelly kepada Zahirah sambil menayangkan muka garangnya depan Zahirah.
"Kau memang sengaja je kan nak sakitkan hati aku. Well kau jealous dengan aku sebab aku lagi famous dari kau kan? Ye la kau kan anak orang biasa and aku ni anak dato memang ramai la nak minat aku. " Kata Zahirah dengan senyuman sinisnya. Aku rasa macam nak pijak-pijak je muka dia tu.
"Excuse me. Aku tak ada masa nak jealous dengan kau la. Sebab semua yang kau ada sekarang ni hanya nikmat dunia and tak boleh bawak MATI pon. So for your information, aku dengan Harraz dah lama kawan and aku lebih kenal dia dari kau yang baru berapa tahun kenal dia. So please get out from my class now! I don't want to see your face! " Balas Nelly kepada Zahirah. Perempuan tu nampak macam dah kecut sikit and dia memandang Nelly dengan muka tidak puas hati. Satu kelas terkejut dengar si Nelly tu jerit. Uish padu bak hang. Jarang nak tengok si Nelly ni marah.
"Okay fine. Kau tunggu Nelly. Kau akan terima balasan dari aku! " Jerit Zahirah kepada Nelly dan terus blah dari kelas kami. Actually kami semua ni tergaman sebenarnya and tak tahu nak buat apa dah. Aku nampak si Nelly pejam mata and mengurut dadanya. Kami semua terus pergi ke arah Nelly. Nad menyapa Nelly sambil mengusap belakang badan Nelly.
"Babe kau okay? " Tanya Nad kepada Nelly. Aku hanya diam tak tahu nak buat apa. Takkan la nak peluk dia enn agak agak la. Aku terus ambil kerusi kepada Nelly.
"Nah duduk la. Karang pitam satgi susah aku jugak yang kene dengan kembar kau. " Kata aku kepada Nelly dan bagi kerusi pada Nelly. Nelly senyum ke arah aku.
"Thanks Raz. Btw tolong ambik kan air dengan ubat migraine dalam poket beg aku sekali. " Balas Nelly perlahan kepada aku . Aku terkejut. Dia ada migrain ke? Asal dia tak bagitahu aku?
"O-oh okay. Kejap. " Kata aku kepada Nelly dan terus berjalan ke tempatnya. Aku memberi ubat dan air tadi kepada Nelly.
"Thank you Harraz. " Balas Nelly kepada aku.
"Welcome. " Kata aku kepada Nelly dengan senyuman.

Skip

Waktu rehat kami semua pergi ke kantin dan mengambil tempat duduk di meja kami selalu duduk.
"Ha korang nak beli pape tak? Aku dengan Shah tolong belikan. " Tanya aku kepada mereka yang lain. Nad dengan si Wawa angkat tangan.
"Aku nak. Tolong belikan sandwich dengan air ais lemon tea botol. Kau nak apa Wa? " Kata Nad kepada aku sambil bertanya kepada Wawa.
"Tolong aku beli nasi lemak ayam dengan air mineral. " Balas Wawa kepada aku. Aku mengangguk kepala. Mata teralih ke arah Nelly yang tengah termenung.
"Hm Nelly kau nak aku tolong beli apa-apa tak? " Tanya aku kepada Nelly. Dia tersentak.
"Erm belikan aku air mineral je la. Aku takde mood nak makan. " Balas Nelly kepada aku. Aku menganggukkan kepala tanda ia.
"Betul ni kau tak nak makan? " Tanya aku lagi kepada Nelly. Dia mengangguk kepala.
"Ye betul. " Balas Nelly. Aku dan Shah pergi ke kantin untuk membeli makanan.

Skip

Nelly POV

Kepala aku dari tadi berdenyut je. Migrain aku datang balik la ni. Sampai takde mood nak makan apa semua. Haih rasa macam nak hantuk je kepala aku sampai amnesia. Aku memegang kepala aku takkan la dah makan ubat tadi still sakit lagi kot? Aku termenung sehingga Harraz menyapa aku.
"Hm Nelly kau nak aku tolong belikan apa-apa tak? " Tanya Harraz kepada aku.
"Erm belikan aku air mineral je la. Aku takde mood nak makan. " Kata aku kepada Harraz. Dia menganggukkan kepala tanda ia.
"Betul ni kau taknak makan? " Tanya Harraz lagi kepada aku.
Aku hanya mengangguk. Banyak bunyi betul la mamat ni. Aku dah la tengah sakit kepala di tanyanya banyak-banyak.
"Ye betul. " Balas aku kepada Harraz. Selepas itu dia dengan Shah pergi ke kantin.
Sewaktu Harraz dengan Shah pergi beli makan, Si Nad pergi menyiku sedikit lengan aku.
"Kau kenapa? Sihat tak? Macam takde mood je lepas minah tu datang kelas kita. " Tanya Nad kepada aku.
"Hm kepala aku sakit la. Aku tak tahu kenapa. " Bohong aku kepada Nad. Sorry babe.
"Ouh biasa la tu. Aku tahu kau stress dengan minah tuh. " Balas Nad kepada aku sambil menepuk bahu aku.
"Maybe la. " Kata aku kepada Nad. Aku mengeluh sedikit. Sorry geng aku terpaksa tipu korang. Just Harraz sorang je tahu aku ada migrain.
Selepas itu, Harraz dengan Shah pon sampai dengan makanan. Yang paling tak sabar nak makan tu si Nad tu ha. Kebulur tahap apa pon aku tak tahu. Belum sempat si Shah tu nak hulur sandwich dekat dia terus rembat dari tangan si Shah. Yang si Shah pulak terpinga-pinga. Aku ketawa perlahan tengok perangai diaorang. Harraz mengambil tempat di sebelah aku dan menghulurkan air mineral kepada aku.
"Nah air kau. Serious ke kau tak nak makan ni? " Tanya Harraz kepada aku. Aku menganggukkan kepala.
"Ye. Thanks Harraz. " Balas aku kepada Harraz. Aku membuka penutup botol air dan meneguk perlahan. Semasa kami seronok bersembang tetiba datang lak orang duk tepuk meja. Aku pandang siapa yang tepuk meja tu. La minah gedik ni lagi ke. Haduiiiii kacau daun betul la.
"Woi kau apahal datang ii pastu tepuk meja lak. Apa masalah kau? Nak cari gaduh lagi ke? Adumak. Nasib aku tak mati tercekik lagi kalau tak aku cari kau. " Kata Wawa kepada Zahirah. Dia hanya menjeling ke arah Wawa.
"Huh i don't care kalau kau mati pon. Kalau boleh aku nak semua kawan ii kau semua mati la. " Balas Zahirah kepada Wawa dengan senyum sinis dia. Ey melampau betul la betina ni. Hadoii.
"Erm excuse me. Kat sini tempat orang makan tau bukannya tempat nak cari gaduh ye. Kalau nak gaduh, gaduh dekat luar settle kita ii je. " Kata aku kepada Zahirah dengan tenang.
"Kau tak payah acah baik sangat depan aku la. " Balas Zahirah kepada aku sambil menjeling.
"Aku bukannya acah baik ke apa. Aku just penat nak bagi nasihat dengan orang macam kau ni. Sekarang ni aku dah tak nak layan orang macam kau. " Kata aku kepada Zahirah.
"Kau tak layak la nak bagi aku nasihat bagai. Ingat ehhh benda ni belum settle lagi ye. Bye bitch and bye sayang. " Balas Zahirah kepada aku dan Harraz. Harraz memandang jijik ke arah Zahirah. Dan Zahirah pun berlalu pergi.
"Ey jijik siak dengan perempuan tu. Nak bersayang bagai dengan aku. Sila ninggal. " Kata Harraz sambil membuat muka jijik. Aku hanya menggeleng kepala.
"Dah la aku nak masuk kelas. " Kata aku kepada mereka semua. Aku berlalu dari kantin dan berjalan ke kelas.

TBC

Crushku Pengawas Handsome (Hiatus)Read this story for FREE!