Bab 35

892 47 4

Sehelai baju bayi yang dibelinya dicapai. Dicium-cium baju itu. Mengalir lagi airmatanya. Entah berapa banyak airmata yang dihamburkan, dia sendiri tak tahu. Baju itu dipeluk sehinggalah dia terlena dalam linangan airmata.

Islah berada disebuah rumah kampung yang cukup cantik. Ditepinya ada sebuah sungai. Deruan air sungai benar-benar mendamaikan hatinya. Terasa hilang segala masalah yang membebankan hati dan perasaannya ketika itu.

Sedang dia duduk menikmati kedamaian aliran air sungai itu, datang seorang nenek menghulurkan seorang bayi kepadanya. Islah gembira bukan kepalang. Disambut bayi itu lantas dicium sepuas-puasnya.

"Redhalah dengan pemergiannya. Biar dia pergi dengan aman." Kata-kata nenek itu hanya disambut dengan senyuman oleh Islah.

Islah ralit membelai bayi comel itu. Ditatap mata bulat bayi itu. Diusapnya pipi gembol. Sesekali diciumnya.

"Mari cu. Bagi pada nenek. Nenek perlu pergi." Ujar nenek itu meminta bayi yang berada dalam dakapan Islah.

Islah memeluk erat bayi itu. Terasa berat ingin melepaskan. Nenek hulur tangan dan memandang Islah dengan penuh kasih sayang. Islah mengalah lantas menyerahkan semula pada nenek tersebut.

"Ingat ye. Relakan pemergiannya." Pesan nenek itu sebelum berlalu pergi.

Islah tersentak. Tersedar dari lenanya saat azan Asar berkumandang. Sebak hatinya.

Terima kasih Ya Allah. KAU pinjamkan nikmat itu walau dalam mimpi. Damailah kamu di sana nak. Tunggu mama ye. Doakan mama.

Jatuh lagi airmatanya apabila teringatkan mimpinya itu. Cukup membahagiakan walau hanya seketika. Cukup mengembirakan walau hanya dalam mimpi.

Islah seka airmata. Ditanam dalam hatinya untuk bangkit semula. Tak mahu terlalu mengikut perasaan.

Allah SWT sebaik-baik perancang. Siapa aku untuk menidakkan kuasa Allah? Siapa aku untuk menidakkan takdir Allah? Ya Allah, sesungguhnya aku hanyalah hambaMU yang lemah. Bimbinglah aku. Berikan aku kekuatan untuk menerima kehilangan ini dengan hati yang terbuka. Berikan aku sifat pemaaf agar aku berasa damai dengan memaafkan mereka-mereka yang telah melukakan hatiku.

Airmatnya di seka. Dia lantas bangun mencapai tuala untuk membersihkan diri.

Baru melangkah hendak ke bilik air, Pak Iman memanggil Islah.

"Bawa tuala tu nak mandi ke?" Soal Pak Iman menghampiri Islah. Islah hanya tersengih macam kerang busuk.

"Kamu okey?" Soal Pak Iman lagi apabila melihat Islah sengih begitu.

"Okeylah ni abah. Apa yang tak okeynya? Elok tegak berdiri ni ha." Selamba Islah menjawab.

Pak Iman memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT apabila melihat keadaan Islah yang semakin pulih.

"Nak kemana dengan tuala tu? Abah belum siapkan air mandi lagi." Ujar Pak Iman pula.

"Abah, memang kena mandi air suam ke? Tak boleh ke mandi air biasa je?" Islah tarik kerusi meja makan dan duduk.

"Mana boleh. Kamu tu masih dalam pantang. Lenguh-lenguh sendi, sakit-sakit urat nanti. Tunggu kejap abah masakkan air."

Islah akur. Tudung saji dibukanya. Terhidang cucur bilis didepan mata. Baru hendak dicapainya seketul dan kena ketuk tangan.

"Mandi dulu. Nanti kita makan. Abah pun tak makan lagi. Abah nak asar sekejap."

Islah angguk mengerti. Ditutup semula tudung saji. Kakinya melangkah ke ruang tamu.

Melihat kereta abahnya, dia teringat peristiwa yang menyebabkan dia kehilangan anaknya. Di usap-usap perutnya perlahan.

Dalam senyum, bergenang juga airmatanya.

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan nikmat itu walau hanya seketika. Terima kasih kerana hadirkan rasa bahagia itu.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now