Bab 33

855 49 8

Sebaik mendapat panggilan dari Arwisy, Zaidi segera bersiap untuk menuju ke tempat yang dijanjikan. Hatinya penuh berharap Islah dapat memaafkannya dan dapat memperbaiki semula hubungan mereka.

Hampir lima belas minit dia menanti Arwisy, akhirnya Arwisy muncul dengan wajah yang sugul.

"Nak minum apa?" Soal Zaidi sebaik Arwisy melabuhkan punggungnya.

"Tak payahlah. Orang kejap je ni."

Zaidi diam. Hatinya mula tak sedap.

"Orang tak tahu nak cakap macam mana. Tapi orang tak sangka abang akan buat kakak macam ni. Akak kat rumah menangis je. Sampai meraung-raung cakap abang pembunuh."

Arwisy terdiam seketika melihat reaksi Zaidi. Jelas Zaidi terkejut mendengar bicaranya.

"Sebab abang, akak kehilangan anak dia. Akak tak dapat terima kehilangan tu. Dua kali abang. Dua kali akak keguguran sebab abang. Dua kali juga abang pertikaikan anak tu."

"Yang paling orang tak faham, akak tu tak de maruah ke sampai abang tuduh dia macam-macam. Abang jangan ingat orang tak tahu abang pernah curang dengan akak dulu. Orang cerita kat akak tapi akak senyum je. Akak cakap tu kawan abang. Akak tahu abang keluar dengan perempuan tu. Tapi boleh pula peluk-peluk ye?"

Zaidi tersentak. Tak sangka sampai begitu sekali Islah menjaga maruahnya. Tapi apa yang disajikan depan mata Arwisy ketika itu tidak mampu menutup situasi sebenarnya.

"Orang minta abang berhenti hantar whatsapp atau call akak lagi. Jangan ganggu dia sampai dia sendiri sedia berjumpa atau bercakap dengan abang. Orang minta diri dulu."

Puas rasa dalam lepaskan apa yang terbuku dihati. Puas rasa dapat melihat riak serba salah Zaidi.

Zaidi berlalu pergi selepas menjelaskan bayaran untuk minuman yang dipesannya.

Termenung di saat masuk ke dalam perut kereta. Apa yang diceritakan oleh Arwisy benar-benar membuatkannya susah hati.

Telefon bimbitnya dicapai lantas dia menghubungi Pak Iman.

"Assalamualaikum." Sapa Pak Iman sebaik sahaja panggilan dijawab. Zaidi segera menjawab salam yang di ucapkan.

"Abah sihat?" Soal Zaidi sebelum bertanya mengenai Islah.

"Alhamdulillah, Abah sihat. Kamu?"

"Saya sihat Bah. Nak tanya khabar Islah? Boleh Di nak datang ziarah dia?"

Terdengar satu keluhan berat ditalian sebelah sana.

"Abah tak rasa tu tindakkan yang baik. Islah belum sedia untuk berjumpa kamu. Abah harap kamu faham. Maaf ye Di. Abah nak uruskan Islah."

Talian dimatikan. Zaidi termenung. Terasa dirinya dibuang jauh dari keluarga itu.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now