𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 40

58K 2.4K 249
                                    

S

    

elama 168 jam itu, tiada sesaat pun terlepas dari fikirannya wajah indah sang ratu hati bernama Tya Irena, lena juga langsung tak menemani dirinya sejak seminggu ini.

Tidak berhenti risau menyelubungi hatinya. Tidak berpeluang tenang terasa di jiwanya. Sakit, derita dan kosong, hati bertemankan rasa itu. Pagi petang malamnya sibuk mencari keberadaan insan bergelar isteri. Tuhan sahaja tahu di mana wanita itu sekarang berada.

Seakan tidak pernah wujud wanita bernama Tya Irena, jejak wanita itu langsung tidak ditemui walaupun penyiasat terhandal sudah diupah sejak hari pertama kehilangan Tya. Tengku Harith buntu. Segala jalan telah dia lalu, segala cara sudah dicuba namun masih menghampakan.

Rindunya dia pada Tya. Risaunya dia pada Tya. Rasa itu sungguh menyakitkan... Bagai membunuh. Tya...

Tiba-tiba dia teringat hari Jazee memberitahu dia kemalangan lebih seminggu lalu. Bagai ingin tercabut nyawa dari jasad.

Jika itu hanya gurauan, itu adalah gurauan yang paling tak kelakar pernah dia terima. Jika itu hanya mimpi mungkin itu adalah mimpi paling ngeri dan buat dia sanggup kekal berjaga sepanjang malam agak tidak didatangi mimpi itu lagi.

Tetapi segalanya realiti, seminggu dia menunggu... setiap saat berlalu itu juga Tya tiada di depan matanya tanda segalanya benar.

Dia bukan bermimpi. Dimana Tya?

Seminggu lalu

Ting!!!

Deringan bertalu ditelefon mematikan fokus Tengku Harith dari komputer.

"Tengku" dalam masa yang sama Jazee masuk bersama wajah cemas.

"Cik Tya" sewaktu ini, tuhan sahaja tahu betapa luruhnya jantung lelaki bernama Tengku Harith Shah. Kelam dunianya seketika.

Tak mungkin. Sepantas kilat, akal terasa gagal berfungsi. Rasa dingin berdegup terasa menyelubungi tubuh, sekeliling terasa terhenti seketika dan hanya senyuman Tya terhias di dada minda.

Tya Irena.

Dadanya terasa sesak. Telefon dicapai. Tubuh dibangkitkan dari duduk dan pantas dia meninggalkan bangunan megah The Insanna. Kakinya terasa tidak jejak ditanah, entah betul atau tidak langkahnya dia juga tak tahu.

Kereta miliknya dipandu laju membelah jalan raya menuju ke arah lokasi yang terpapar di dalam telefon bimbitnya. Seketika dia hilang dari dunia nyata. Terbayang-bayang di mindanya kejadian 4 tahun lalu yang telah meragut nyawa Nadia secara tragis berlaku pada Tya Irena.

Ya Allah!

Pinn!

Tengku Harith yang tersedar mendengar hon dari arah sisi pantas memutar sterengnya dan mengawal kereta kembali ke dalam trek. Sudahlah dipandu kereta sport itu serupa pelesit. Semakin tak selamat jalan itu apabila lengang dengan kereta di kiri dan kanan.

Giginya diketap, perasaan sudah tidak mampu ditahan, mahu sahaja dia melanggar semua kereta di hadapan biar dia lekas sampai ke lokasi. Telefon yang sepuluh kali berdering juga sudah tidak jadi perhatian. Dia mahu Tyanya. Tya selamat, itu yang disemat di dalam fikiran namun tetap tak mampu menenangkan situasi.

Dapat sahaja dia menatap wajah itu sudah cukup buat gelodak di jiwanya saat ini beransur tenang. Kini tiada apa yang dia tahu tentang kondisi Tya dan itu saat buat nyawanya ingin tercabut.

Wait for me, sayang...

Tanpa sedar air mata mengalir. Menjelaskan rasa gusar di hati yang tak terungkap di bibir. Ye, dia takut. Sangat takut dan rasa ini lebih menyakitkan dari kehilangan Nadia seuatu ketika dulu.

Possession √Where stories live. Discover now