Bab 32

878 49 5

Pak Iman menyambut kepulangan Islah dengan gembira sekali. Makanan berpantang Islah juga telah siap dimasak sebaik mendapat tahu Islah dibenarkan keluar.

"Abah rindu kamu." Pak Iman memeluk erat Islah. Teresak-esak Islah menangis dalam pelukkan Pak Iman.

"Anak Islah dah tak ada bah." Adu Islah dalam tangis.

"Sabar ye nak. Nanti ada rezeki lain Allah bagi. Ingat Allah sebaik-baik perancang." Pak Iman memujuk.

"Sudah tu. Jangan menangis. Tak elok. Sekarang ni kamu kena pantang elok-elok. Stokin kena pakai. Rambut tu ikat tinggi-tinggi."

Islah angguk faham. Airmata disekanya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian, Arwisy masuk ke dalam biliknya bersama minyak panas dan stokin.

"Abah suruh orang sapu minyak ni lepas tu pakaikan akak stokin. Boleh ye?" Tanya Arwisy apabila melihat Islah memandangnya dengan penuh tanda tanya. Islah hanya menganggukkan kepalanya.

"Okey dah. Akak rehat tau. Nak apa-apa panggil orang." Sempat Arwisy berpesan sebelum melangkah meninggalkan Islah sendirian.

Islah baring. Sekali lagi perutnya diusap perlahan. Islah meraung sekuat hati. Betapa pedih dan sakitnya untuk menerima sekali lagi kehilangan cahaya mata yang diharapkan.

Sakit dan pedihnya apabila nasab anak-anaknya dipertikaikan. Buat kali pertama dia masih mampu menerima kehilangan itu dan memaafkan. Tetapi untuk kali ni, dia tak mampu untuk melupakan. Apatah lagi saat dia telah merasai pergerakkan bayi dalam kandungannya.

"Kau pembunuh!" Jerit Islah dalam tangis.

Kelam kabut Arwisy dan Pak Iman mendapatkan Islah. Terpancar kesedihan diwajah Pak Iman. Sungguh dia tak menyangka anaknya akan jadi seperti itu.

"Sudah tu. Jangan macam ni." Pujuk Pak Iman.

"Dia pembunuh. Dia bunuh anak Islah. Kenapa tak bunuh Islah sama?" Raung Islah.

"Istifar. Bawa istifar. Banyak-banyak ingat Allah." Pujuk Pak Iman sambil beristifar.

Arwisy berlalu pergi meninggalkan mereka. Tak sanggup melihat keadaan Islah begitu.

Pak Iman masih berusaha tenangkan Islah dengan zikir-zikir. Melihat keadaan Islah yang semakin tenang, Pak Iman meminta Islah berehat.

Namun, dia tidak membiarkan Islah sendirian. Setelah melihat Islah lena, barulah dia meninggalkan Islah untuk berehat.

Hati kecil Pak Iman menangis mengenangkan nasib Islah. Mengelak ke hospital kerana tidak sanggup melihat kesedihan Islah, rupanya dirumah semakin hebat kesedihan dan kesengsaraan yang Islah lontarkan.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now