Bab 31

927 55 7

Islah termenung. Perutnya yang kempis di usap berulang kali. Airmatanya jatuh. Betapa dia berharap anak itu akan menyatukan dia dan Zaidi kembali. Berharap Zaidi akan berubah namun semuanya musnah dalam sekelip mata.

Doktor gagal menyelamatkan kandungannya. Dia juga kehilangan banyak darah.

"Puan, jangan termenung ye. Banyakkan Istifar. Allah sayang puan." Tegur jururawat yang ingin membuat pemeriksaan rutin apabila melihat Islah termenung.

Islah hanya diam membisu. Langsung tidak dihiraukan apa yang dikatakan oleh jururawat tersebut.

"Kejap lagi doktor akan pusing buat pemeriksaan."

Islah memandang sepi jururawat tersebut. Hatinya seakan mati. Hilang segala rasa. Semuanya kosong.

Sebaik jururawat beredar, Zaidi datang menghampiri Islah.

"Sayang." Zaidi menggenggam tangan Islah namun direntap kasar oleh Islah.

"Aku tak nak tengok muka kau." Tegas Islah.

"Sayang, janganlah macam ni. Abang minta maaf. Kita baiki balik hubungan kita ye."

Sakit hati Islah mendengar kata-kata Zaidi. Terlalu mudah kata maaf di lafazkan.

"Engkau ingat dengan kata maaf kau boleh hidupkan anak aku balik? Aku nak kau berambus dari sini. Aku cakap berambus, berambuslah. Aku tak nak tengok muka kau. Aku benci kau! Kau pembunuh!" Jerit Islah seakan orang hilang akal. Zaidi di depannya dipukul sekuat hati.

Mujur datang jururawat mententeramkan Islah dan meminta Zaidi keluar meninggalkan Islah.

"Sabar puan." Pujuk jururawat itu sambil mengusap belakang Islah.

"Aku benci kau. Kau pembunuh!" Raung Islah dalam tangis. Jururawat itu terus memujuk sehingga Islah tenang.

Apabila melihat Islah semakin tenang, barulah dia berlalu meninggalkan Islah.

Arwisy yang menyaksikan kejadian itu dari jauh turut mengalirkan airmata melihat keadaan Islah begitu. Betapa hatinya sakit melihat kesedihan Islah.

Dia mengatur langkah untuk mendapatkan Zaidi. Melihat Zaidi yang masih berada di koridor berhampiran wad Islah, Arwisy segera menegur.

"Puas dah? Ke masih tak cukup nak sakitkan hati kakak? Abah tu sampai tak sanggup nak jejak kaki kat hospital ni sebab tak sanggup tengok keadaan kakak macam tu."

Zaidi hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang mampu membela dirinya saat itu.

"Kakak tak nak jumpa abang. Jadi orang minta abang jangan lagi ganggu hidup kakak. Kakak tu betul-betul mengharap anak tu dapat baiki hubungan dia dengan abang tapi abang tak sudah-sudah dengan curiga abang. Orang kesal dengan sikap abang."

Arwisy terus berlalu meninggalkan Zaidi. Langkahnya di atur menuju ke wad Islah.

Senyuman di ukir sebaik sahaja menghampiri Islah.

"Hai kak. Macam mana hari ni?" Islah hanya memandang Arwisy dengan senyum kelat.

"Doktor dah datang check akak? Bila akak boleh balik? Abah tu dah rindu sangat kat akak. Arwisy ajak datang hospital, dia tak nak. Dia cakap tak suka bau ubat." Arwisy masih pancing mood Islah. Namun ternyata hampa.

Islah lebih selesa dengan dunianya sendiri.

"Akak." Arwisy pegang lembut tangan Islah.

"Senyumlah kak. Orang rindu akak." Arwisy merapatkan tangan Islah ke pipinya.

"Akak benci orang ke?" Soal Arwisy sedih. Menitik airmata Islah mendengar soalan Arwisy.

"Akak tak benci kau. Akak sedih sangat dik. Anak akak dah tak de lagi. Akak tak sempat tengok dia. Tak sempat nak belai dia. Tak sempat nak cium dia. Akak... akak..." akhirnya Islah menghamburkan tangisnya.

Arwisy segera memeluk Islah. Dibiarkan Islah menangis semahunya. Dibiarkan Islah melepaskan segala kesedihannya.

"Akak jangan sedih. Anak akak tunggu akak kat syurga. Untung akak tau ada anak syurga. Orang ni ada anak tekak je." Dalam memujuk sempat Arwisy melawak.

Ketawa Islah mendengar kata-kata Arwisy. Sungguh dia beruntung ada adik yang sentiasa sayangkannya, yang sentiasa ambil berat tentang dirinya. Yang tak pernah biarkan dia sendirian walau dalam apa jua keadaan. Sentiasa jadi tulang belakangnya.

"Haaa macam ni kakak Arwisy. Kan cantik macam ni. Ni monyok je macam mayat hidup. Tak cantik langsung." Sakat Arwisy.

"Dah. Jangan nak lebih-lebih." Ujar Islah pula.

"Bila boleh keluar? Abah tak sabar nak tunggu akak balik."

"Pergilah ambil bil, bayar. Kalau tak bayar macam mana akak nak balik?"

Seronok Arwisy mendengar kata-kata Islah. Dia segera ke kaunter untuk menjelaskan bil Islah.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now