Bab 30

907 50 12

"Aku tanya ni, anak siapa dalam perut kau?!" Jerkah Zaidi kasar.

Sebaik sahaja Islah melangkah keluar dari kereta, Zaidi terus merentap tangan Islah dan mengheretnya ke belakang kereta.

"Lepaslah! Sakit tahu tak?!" Jerit Islah pula.

"Oh tau sakit. Hati aku ni sakit tengok kau merenyam dengan jantan lain, kau tak fikir pula."

Islah terkesima. Tak tahu apa yang dimaksudkan oleh Zaidi.

"Awak ni dah kenapa?! Buang tabiat ke?" Islah cuba meleraikan genggaman tangan Zaidi namun hampa.

Semakin Islah cuba untuk melepaskan dirinya, semakin kuat cengkaman tangan Zaidi di pangkal lengannya.

"Aku belum buta lagilah. Jantan yang tunggu kau depan mahkamah tu ada je mana kau pergikan. Entah-entah anak ni anak haram kau dengan dia." Jerkah Zaidi lagi.

Islah berhenti meronta. Dia tak sangka Zaidi tergamak berkata begitu.

"Saya belum gila lagi. Masih waras. Walau saya jahil, masih tau dosa pahala. Haram halal. Awak tak berhak tuduh macam tu." Airmata mula bertakung dikelopak mata Islah.

"Engkau tak payah nak berlagak suci depan aku. Perempuan macam kau ni munafik. Tempat kau kat neraka jahanam." Semakin kuat Zaidi menggenggam pangkal lengan Islah.

"Sakitlah awak! Lepaskanlah. Tak cukup ke awak sakitkan hati saya selama ni?" Airmata Islah mula mengalir. Tak mampu menahan kesakitan dari cengkaman tangan Zaidi.

Hatinya benar-benar terluka saat Zaidi mempertikaikan nasab anak yang dikandungkannya itu.

"Aku takkan lepaskan selagi aku tak dapat jawapan. Anak siapa dalam perut kau ni?" Jerit Zaidi di depan muka Islah.

"Anak ni anak awak! Puas hati? Sekarang lepaskan saya." Tegas Islah.

Zaidi naik berang. Seakan tak percaya dengan apa yang dikatakan Islah. Dia menolak Islah kasar sehingga jatuh. Islah mengerang kesakitan.

"Entah anak haram jantan mana kau mengandung. Ada hati nak cakap anak aku?" Jerkah Zaidi.

"Woiiii kau dah gila ke huh?" Naddy yang baru tiba terus mendapatkan Islah

"Ya Allah, Islah." Naddy panik melihat Islah yang kelihatan lemah. Kelihatan darah mengalir di celah peha Islah.

"Kau gila ke Zaidi? Tergamak kau buat Islah macam ni?" Sergah Naddy.

"Perempuan ni menjalang entah dengan siapa. Ada hati mengaku mengandung anak aku!" Zaidi pertahankan dirinya.

"Kau memang bodoh! Jantan tak guna! Memang ni anak kau. Dia mengandung sebelum bercerai dengan kau lagi. Aku yang bawa dia pergi klinik masa dia lari dari kau dulu!"

Zaidi terkedu mendengar penjelasan Naddy. Dilihatnya Islah yang semakin lemah. Airmata Naddy mula mengalir saat Islah tak sedarkan diri.

"Beb, bangunlah. Kau kena kuat." Naddy menepuk-nepuk muka Islah. Digoncang-goncang bahu Islah supaya Islah membuka mata.

Zaidi terduduk melihat keadaan Islah. Masing-masing panik tak tahu apa yang harus dilakukan.

"Ya Allah kenapa ni nak?" Soal seorang wanita yang lalu di situ.

"Eh darah ni. Cepat bawa pergi hospital." Tegur wanita itu lagi sebaik sahaja melihat darah yang mengalir.

Zaidi segera mengangkat Islah masuk ke dalam keretanya. Tanpa berlengah, Naddy turut sama masuk ke dalam kereta Zaidi sebaik mengucapkan terima kasih pada wanita itu.

"Aku tak tahu." Zaidi bersuara ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Kau memang tak guna. Dia bagitahu ni anak kau. Tapi kau yang tak nak terima. Kau buat dia macam ni. Sampai hati kau!" Naddy tak mampu menahan amarahnya terhadap Zaidi.

"Dia setia. Kau tuduh curang. Dia mengandung anak kau. Kau tuduh dia menjalang. Kau ada bukti untuk semua tu ke huh?" Jerit Naddy tak puas hati.

Zaidi terdiam. Buntu. Tak tahu apa yang perlu dikatakan lagi.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now