Bab 29

799 45 3

Zaidi mengintai Islah dari jauh. Tak di sangkanya akan terserempak dengan Islah di Mid Valley. Tanpa sedar dia mengekori Islah sehingga Islah masuk ke dalam kedai menjual barangan bayi. Zaidi terkesima seketika.

Dari jauh jelas kelihatan Islah sedang membelek pakaian bayi. Zaidi tak puas hati. Di dekatkan sedikit jaraknya agar dapat melihat Islah dengan jelas.

Melihat Islah dengan perut sedikit membuncit membuatkan Zaidi penasaran.

Zaidi baru hendak menghampiri dan menegur Islah apabila melihat Zamani menyapa Islah. Melihat senyuman yang terpancar diwajah Islah membuatkan cemburu Zaidi membuak.

Zaidi segera berlalu pergi kerana tidak tahan melihat Zamani dan Islah bersama.

"Islah mengandung? Anak aku ke? Tapi kami dah lama tak bersama."

Zaidi buntu. Dia perlu cari jawapan. Anak siapa yang Islah kandungkan. Jika benar itu anaknya, macam mana dengan lafaz talaq yang di lafaz di mahkamah tiga bulan yang lalu.

Semenjak dia melafazkan talaq, Zaidi terpaksa mengambil cuti panjang untuk stabilkan emosinya. Untuk belajar terima hakikat yang Islah tidak lagi perlukan dirinya.

Luka itu belum lagi sembuh sepenuhnya. Ditambah pula dengan apa yang disajikan di depan matanya tadi benar-benar membuatkan dia bertambah sakit hati.

♡♡♡♡♡

"Eh Islah. Buat apa kat sini?" Tegur Zamani. Tak sangka bertemu Islah di situ.

"Tengah cari baju baby. Buat persiapan sikit-sikit. Awak buat apa kat sini?" Semenjak Zamani menghantarnya pulang dari klinik dulu dan memohon Islah memaafkannya.

Islah sedia memaafkan asal sahaja Zamani berhenti mengganggunya. Sangkaan Islah, Zamani akan tetap mengganggunya. Namun sangkaan itu meleset sama sekali. Zamani menghormati pendirian Islah agar tidak menghubunginya. Dan kerana itu, Islah tidak mahu lagi mengingati trajedi yang jadi antara mereka.

"Teman Karim cari hadiah untuk kakak ipar dia yang baru bersalin. Kak Sarah yang satu department dengan awak dulu."

"Haaa Kak Sarah dah kahwin ke? Sampaikan salam tahniah saya pada dia ye."

Mengingati Kak Sarah membuatkan dia merindui wanita itu. Dulu Kak Sarah sering menjadi tempat dia mengadu.

"Nak ikut sama tak pergi tengok Kak Sarah?"

"Eh tak apalah. Lain kali je. Saya ada hal kejap lagi. Dah janji dengan kawan nak jumpa. In shaa Allah lain kali saya pergi ziarah Kak Sarah."

"Tak apalah kalau macam tu. Saya pergi dulu."

Zamani terus mendapatkan Karim. Manakala Islah menyambung semula pencariannya.

Beberapa helai pakaian dan keperluan bayi di masukkan ke dalam bakul lantas di ke kaunter untuk membuat bayaran.

Usai membuat bayaran, Islah segera menuju ke parkir kereta untuk menghala ke Damansara Utama.

Tanpa disedari Islah, dia di ekori oleh seseorang.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now