Bab 28

839 45 3

Peristiwa tiga minggu yang lalu membuatkan Zamani nekad untuk berhenti mengejar cinta Islah. Berhenti untuk mengganggu rumahtangga Islah kerana tidak mahu Islah menderita.

Namun perkhabaran yang diterimanya beberapa hari yang lalu sungguh mengganggu fikirannya hingga dia buat keputusan untuk turut sama ke mahkamah.

Namun dia salah percaturan, Islah semakin menjauh apabila Suaminya semakin mencurigainya. Walau talaq telah dilafaz, namun Islah masih terikat selagi Islah belum bersalin.

Ketukkan di pintu pejabatnya mematikan lamunan Zamani.

"Zam, jangan lupa tengah hari ni ada meeting." Peringatan dari Karim iaitu sahabat baik merangkap setiausahanya.

"Ok Karim. Aku hampir terlupa."

Karim duduk dihadapan Zamani. Di tiliknya muka Zamani yang kelihatan sungul.

"Pasal Islah lagi?" Soal Karim. Zamani mengeluh.

"Aku tak boleh berhenti cintakan dia. Tapi aku dah salah percaturan. Aku ke punca dia bercerai?"

Karim terkejut mendengar penjelasan Zamani.

"Serius dia bercerai?" Karim seakan tak percaya.

"Ye. Tiga hari sebelum kes penceraian dia, aku dapat tau. Masa hari bercerai tu aku pergi mahkamah. Tapi kau tahu tak, suami dia tuduh dia curang dengan aku. Islah pengsan masa tu. Yang paling aku tak boleh nak hadap, dia pregnant. Tapi suami dia tak tahu. Kau rasa?"

Karim terkejut mendengar penjelasan Zamani. Bagaikan tidak percaya Islah diceraikan dalam keadaan berbadan dua.

"Kesiannya. Tak bertimbang rasa betul suami Islah ni. Ada ke patut ceraikan isteri yang tengah mengandung."

"Kau silap Rim. Bukan suami dia yang kejam. Islah rahsiakan dari suami dia. Dan sekarang ni, dengan aku sekali dia suruh rahsiakan dari keluarga dia."

Karim tepuk dahi. Tak sangka Islah boleh bertindak sehingga begitu sekali.

"Kau pun terkejutkan. Sekarang ni Islah memamng tak bagi aku hubungi dia. Dan aku hormat keputusan dia. Aku pun tak nak dia terus menerus membenci aku. Cukuplah dia dah maafkan aku. Hati aku tenang. Cuma aku risaukan keadaan dia."

"Dahlah Zam. Pandailah dia jaga diri. Kau tu jangan sampai jadi penyebab masalah besar pula. Cukuplah dengan apa yang jadi ni. Kau jangan lupa meeting tengah hari ni. Aku keluar dulu. Banyak lagi kerja nak siapkan."

Karim berlalu meninggalkan Zamani sendirian.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now