Bab 27

863 47 3

Tiga minggu yang lalu.

Ketika itu Zamani berada disebuah perkampungan setelah sesat ketika memandu menuju ke kuantan. Dia sendiri tak tahu bagaimana dia boleh masuk ke kawasan perkampungan tersebut.

Hilang arah mencari jalan keluar untuk ke destinasi yang ingin dituju, Zamani memberhentikan keretanya.

Puas dia cuba untuk mendapatkan signal telefon namun hampa. Musnah harapannya untuk mencari jalan keluar menggunakan google map.

"Assalamualaikum," sapa seorang lelaki tua. Akibat terkejut, telefon di tangannya tercampak keluar tingkap.

"Maaflah nak. Buat kamu terkejut." Mohon lelaki tua itu seraya mengambil telefon bimbit Zamani yang tercampak tadi.

"Tak apa pakcik." Zamani segera melangkah keluar dari perut kereta.

"Kamu sesat ke?" Soal lelaki tua itu ketika Zamani mencapai telefon yang dihulurkannya.

"Iye pak cik. Saya nak ke kuantan. Saya tak tahu macam mana boleh sampai sini."

Hari semakin gelap. Zamani pula semakin buntu mencari jalan keluar.

"Marilah ke rumah pak cik dulu. Nak maghrib dah ni. Susah sikit kamu nak jumpa jalan keluar. Esok pagi pakcik tunjukkan jalan keluar. Pakcik ni malam tak berapa nak nampak matanya." Pelawa lelaki tua itu.

Orangnya berjubah putih. Janggut panjang. Kening dan janggutnya juga berubah seperti rambutnya.

"Errr tak menyusahkan pakcik ke nanti?"

"Tak apa nak. Kita bantu orang dalam kesusahan. In shaa Allah, Allah juga akan bantu kita jika kita dalam kesusahan."

Zamani hanya menganggukkan kepala mengiakan kata-kata lelaki tua tersebut.

"Nama saya Zamani. Nama pakcik?"

"Orang kampung panggil pakcik, Pak Nik. Marilah. Rumah pakcik kat depan sana je. Tapi susah sikit nak bawa masuk kereta. Tak apa kalau tinggalkan di sini."

Zamani segera mengunci pintu keretanya lantas berjalan seiringan dengan Pak Nik.

Ketika dalam perjalanan ke rumah Pak Nik, mereka berselisih dengan seorang anak muda yang lebih kurang sebaya dengan Zamani.

"Maaf Pakcik, saya nak tanya sikit boleh?" Soal Zamani sebaik tiba di halaman rumah Pak Nik.

"Boleh nak." Jawab Pak Nik dengan senyuman meleret.

"Sebelum masuk ke simpang rumah Pakcik ni tadi, kita ada selisih dengan sorang lelaki. Kenapa dengan dia?"

Pak Nik terdiam seketika. Sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"Marilah masuk. Bersihkan diri kamu dulu. Nanti kita jemaah sama ye."

Zamani akur dengan kata-kata Pak Nik. Malam itu dia berjemaah bersama keluarga Pak Nik. Sungguh hatinya terasa sayu saat mendengar bacaan ayat-ayat suci dari Pak Nik. Mendayu sekali.

Usai mengerjakan solat Isyak, Pak Nik mengajak Zamani berehat di beranda rumahnya.

"Kamu dah berkahwin?" Soal Pak Nik mengejutkan Zamani.

"Belum lagi pakcik."

"Usah dikejar isteri orang." Zamani terkedu mendengar butir bicara Pak Nik.

"Apa maksud pakcik?"

"Lelaki yang kamu nampak tadi tu, anak pakcik. Dulu dia elok je. Tak macam tu. Tapi disebabkan gila kejar isteri orang sebab tu jadi macam tu." Bicara Pak Nik terhenti sebaik melihat anak lelakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dulu dia tak macam ni. Tapi semenjak gadis yang dia cinta dinikahkan dengan pilihan keluarga, dia tak boleh terima hakikat. Berbulan dia mengejar cinta isteri orang dan akhirnya makan diri sendiri."

Isteri Pak Nik menghampiri mereka bersama dulang di tangan. Haruman kopi menyusuk hidung Zamani.

"Jemput minum nak." Pelawa Isteri Pak Nik sebelum berlalu meninggalkan mereka.

"Gadis tu baik. Taat pada suami walaupun suaminya itu bukan pilihannya sendiri. Tapi akibat dari perbuatan anak pakcik, gadis itu turut sama menderita. Diceraikan suami kerana dituduh berselingkuh sedangkan dia sangat setia. Anak pakcik dibelasah teruk sehinggakan tidak lagi sempurna seperti dulu."

Zamani terkedu mendengar cerita Pak Nik. Baru hendak buka mulut berbicara, anak lelaki Pak Nik menghampiri.

"Ayah, nak kopi." Pinta anak muda itu tanpa mempedulikan Zamani yang berada di situ.

Pak Nik menyuakan cawannya kepada anaknya itu.

"Man pergi mana tadi?" Soal Pak Nik sambil mengusap belakang anaknya yang sedang menghirup kopi.

"Man pergi surau. Semua orang benci man. Orang cakap man jahat." Sayu sekali bicara anak muda itu.

"Tak apa. Allah sayang Man. Man banyakkan doa pada Allah ye. Man salah. Allah dah tegur Man." Pujuk Pak Nik.

"Man dah cacat. Jalan pun tak betul. Dah tak boleh tolong ayah."

"Tak baik cakap macam tu. Allah dah atur cantik kehidupan kita. Man jangan ulang lagi kesilapan Man. Jangan sampai orang lain jadi mangsa kerana kesalahan kita. Ingat ye nak."

Zamani sebak. Fikirannya melayang teringatkan Islah. Dia sayangkan Islah terlalu sayang. Tapi mampukah dia melihat Islah menderita kerana sifat pentingkan dirinya sendiri?

"Man, esok pagi kamu tolong tunjukkan abang ni jalan nak ke jalan besar boleh? Kesian abang ni tak jumpa jalan keluar."

Man memandang Zamani dengan pandangan yang sukar untuk di ungkapkan.

"Esok lepas subuh." Man bersuara lantas meninggalkan mereka.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now