BAB 2

48.1K 2K 331
                                    

~ Not edited. Mohon abaikan segala typos dan kesalahan. This is just a draft. Nak terbit nanti InsyaAllah aku edit helok-helok. Terima kasih.~

BAB 2

Kereta produa Axiaku diparkir di dalam satu kawasan petak kuning. Betul-betul di depan kedai yang terpampang S&S Cat House itu. Mungkin sebab masih awal pagi, suasana sekeliling kawasan itu masih lengang. Yalah.. baru pukul tujuh setengah pagi kut! Kedai-kedai ni kalau bukan gila keuntungan biasanya buka pada pukul sembilan atau sepuluh pagi.

Dan aku pun kalau bukan sebab kena paksa dengan Kak Ainin, takde maknanya aku nak muncul di depan kedai kucing ni. Baik aku cium bau bunga kedai dia, daripada aku cium bau najis-najis mutawassitah segala keturunan kucing di dalam kedai ni.

Aku keluar dari perut kereta. Tak dilupakan cawan Starbucks yang berisikan Cappucino panas itu. Juga kotak sederhana besar yang berisi beberapa jenis kek cawan yang dibuat Kak Ainin semalam. Lepas tiada apa yang tertinggal dan mengunci kereta, aku melangkah ke arah kedai kucing yang roller shutter besinya baru dibuka separuh itu.

Aku tolak pintu kaca lut sinar yang masih tertulis 'Close' itu. Oh, ya! Sebelum ada yang tuduh aku tak reti membaca atau cakap adab letak kat punggung, aku lupa nak bagitahu yang kedai ini merupakan kedai Along aku. Abang kandung seibu, seayah, dua nenek, dua datuk dan sama keturunan-keturunan yang lain.

Kenapa aku boleh sesat ke sini? Oh, harusnya angkara kakanda perempuan kesayangan aku itu! Sebabnya kakanda perempuan aku itu mahu meminjam Velfire kakanda jantanku ini. Katanya senang nak angkut banyak barang untuk digunakan untuk majlis Encik Audi. Yang penting, sedap naik. Daripada sewa van kedua dengan orang lain, baik rembat harta abang kandung sendiri. Jimat. Itu adalah mazhab yang kakak aku selalu pakai. Dan aku pula adalah salah satu pengikutnya. Haha.

Si kakak nak pinjam kereta dengan abang. Si abang pula kenakan syarat. Boleh pinjam asalkan dapat kopi Starbucks percuma selama seminggu. Si kakak dan abang bersetuju dengan rundingan mereka. Dan cuba teka siapa yang jadi kuli batak mereka? Ya.. haruslah aku! Akulah yang bertanggungjawab menculik Velfire untuk kakakku itu dan aku jugalah tukang beli Starbucks untuk kakanda jantanku ini.

Hai, nasib badan! Inilah nasib anak bongsu. Kena tendang-tendang je kerjanya. Nasib baik berbaloi. Sebab apa-apa yang aku nak, semua mereka bagi. Maklumlah.. anak bongsu. Haha.

"Along!" panggilku kuat. Mencari-cari susuk abang sulungku itu.

Kosong. Pekerja-pekerja abangku itu pun tiada. Haruslah.. kedai buka pukul sepuluh pagi. Yang aku nampak sekarang ni hanyalah sangkar-sangkar kucing. Dan bila dengar suara aku melalak itu, spesis rimau-rimau kecik itu tenung aku tajam-tajam. Tak puas hati dengan aku la tu.

Grr.. seram! Nasib baiklah kau semua kena kurung. Kalau tak mahu melompat aku sebab aku tak suka kucing. Fobia.

"Along!" ulangku sekali lagi.

Tiba-tiba Along muncul. Tengah dukung anak keduanya yang baru berusia lima bulan. Qaseh namanya. Dan bila dia nampak aku, Qaseh diletakkan di dalam baby strollernya.

"Assalamualaikum, Along." Aku salam tangan Along sebelum tunduk cium pipi gebu Qaseh.

Along jawab salam.

"Nah, Capuccino!" Aku hulurkan cawan kertas yang masih panas itu. Gigih aku guna khidmat abangda google semata-mata mahu mencari kafe Starbucks yang beroperasi di awal pagi ni.

"Ni Kak Ainin bagi cup cakes. Favourite Kak Long." Aku letakkan pula kotak berisi kek cawan itu di atas meja.

"Terima kasih, adindaku. Kak Long mesti melompat suka ni," jawab Along. Tangan mengusik-usik kotak di dalam plastik itu. Tapi tak dibukanya.

Dia Tetap Sempurna [PUBLISHED UNDER KARYA SENI]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang