Bab 26

854 43 7

"Sampai bila nak rahsiakan?" Soal Zamani ketika dalam perjalanan menghantar Islah pulang.

"Perut ni tak boleh nak sorok lama pun. Nanti family saya tahu juga." Balas Islah selamba.

Sebal hatinya dengan sikap Zamani. Ikutkan hati, dia nak balik sendiri naik teksi namun ugutan dari Zamani untuk memberitahu mengenai kandungannya membuatkan dia akur mengikut Zamani.

"Aku cakap pasal suami kau. Sampai bila kau nak rahsiakan dari dia?"

"Biarlah dia. Saya malaslah nak fikir. Selama ni hidup saya jaga hati dengan perasaan orang je. Kesudahannya, hati dan perasaan saya tak de siapa peduli. Sesukati hati nak sakitkan. Macam saya ni tunggul kayu." Kasar kata-kata Islah.

Zamani terasa dengan kata-kata Islah. Dia juga pernah menyakiti hati Islah.

"Tak kisah apa pun. Tapi kau tahu talaq hanya jatuh bila kau habis pantang. Dan sekarang ni kau masih isteri dia." Tegas Zamani.

"Kalau dah tahu saya ni isteri orang yang duk kejar. Duk kacau tu dah kenapa?!" Bentak Islah kasar.

"Hey chill. Niat aku cuma nak tolong kau je."

"Apa tujuan kau muncul dekat depan mahkamah?" Islah tak puas hati.

"Aku dapat tahu kau nak bercerai. Aku cuma nak pastikan kau okey. Itu je. Tak ada niat lain."

Islah merengus. Masih tak puas hati dengan jawapan Zamani. Sebal hatinya bila kemunculan Zamani membuatkan Zaidi semakin rancak memijak maruah dan harga dirinya.

"Awak cuma mengeruhkan lagi keadaan rumahtangga saya." Sayu sekali suara Islah.

"Islah, sejujurnya aku cintakan kau. Memang pada asalnya semua tu hanya pertaruhan. Tapi aku ego, ego untuk mengaku yang aku betul-betul dah jatuh cinta."

"Semua dah terlambat Zam. Hati saya sakit. Terluka. Zaidi hadir mengubati segala rasa sakit hati walaupun bukan mudah untuk saya sembuhkan luka kat hati ni."

"Tapi Zaidi juga lukakan hati kau,kan?" Zamani tidak mahu hanya dirinya dipersalahkan.

"Dua orang lelaki yang saya betul-betul sayang lukakan hati saya. Awak, dah lama saya buang dari hidup saya. Tapi kenapa sekarang awal muncul balik?"

"Aku tahu kedatangan aku tak diperlukan. Aku betul-betul perlukan kau dalam hidup aku. Tapi tu dulu, sekarang tak lagi. Bila aku cuba terima hakikat yang kau isteri orang. Aku cuba menjauh. Tapi bila tahu kau nak bercerai, aku takkan biarkan peluang tu pergi macam tu je."

Islah terdiam. Zamani terlalu mengharapkannya. Sedangkan perkara itu takkan berlaku meskipun dia dan Zaidi telah berpisah.

Aku tak sanggup terluka lagi. Aku tak sanggup diperkotak katikkan lagi. Cukup dengan apa yang aku lalui sekarang ni. Biar masa penentu segalanya.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now