Bab 25

862 53 15

Islah melangkah tenang keluar dari mahkamah. Mujur sahaja Zaidi sanggup melepaskannya dengan cara baik.

Langkah kaki Islah kaku saat melihat Zamani berdiri disebelah keretanya.

"Jadi sebab jantan nilah kau beriya sangat nak juga berceraikan? Dasar perempuan jalang. Entah apa yang kau buat dengan dia sepanjang kau menghilang selama ni."

Islah terkedu dengan tuduhan tak berasas dari Zaidi. Dia juga buntu mengapa Zamani boleh berada di situ.

Tanpa berkata apa-apa Islah terus melangkah ke arah keretanya.

"Aku nak kau pulangkan kereta tu. Tu aku beli hasil dari titik peluh aku sendiri."

Islah terpana. Semakin berang dengan sikap Zaidi. Dia berpusing kembali melangkah ke arah Zaidi.

"Nak kunci kereta awak. Kalau macam ni cara awak, saya akan filekan tuntutan harta sepencarian. Jangan lupa rumah yang awak duduk sekarang separuh darinya adalah hasil dari titik peluh saya." Tegas sekali kata-kata Islah.

"Isteri nusyuz macam kau tak berhak tuntut apa-apa." Tegas Zaidi pula.

"Pastikan awak ada bukti yang saya ni nusyuz untuk pastikan saya tak dapat tuntut apa-apa dari awak. Semua kata-kata hinaan awak pada saya, masih saya simpan untuk saya buktikan pada mahkamah mengapa saya bertegas menuntut cerai!"

Islah terus berlalu meninggalkan Zaidi.

"Jom saya hantar awak balik." Pelawa Zamani.

Namun pelawaan itu tidak di endahkan oleh Islah. Kepalanya sakit dengan situasi yang jadi ketika itu. Apatah lagi cuaca panas terik membuatkan kepalanya semakin sakit.

Baru melangkah beberapa tapak. Islah rebah. Zamani dan Zaidi segera mendapatkan Islah. Namun, Zaidi di tolak kasar oleh Zamani.

"Kau tak ada hak nak sentuh dia." Bentak Zamani.

"Dan apa pula hak kau untuk sentuh dia?" Bidas Zaidi berang dengan Zamani.

"Itu bukan urusan kau."

Zamani segera mengangkat Islah masuk ke dalam kereta lantas memecut ke hospital.

♡♡♡♡♡

"Encik jangan risau. Isteri encik cuma kekurangan air dalam badan. Nanti lepas drip dah boleh balik. Saya harap encik pastikan Puan Islah cukup rehat supaya tak memudaratkan kandungannya."

Terkedu Zamani mendengar penjelasan doktor. Seakan tak percaya dengan apa yang di dengarinya.

"Kandungan?" Soal Zamani.

"Ye encik. Puan Islah mengandung. Dah masuk empat bulan. Encik tak tahu?


"Tak. Mungkin dia nak buat surprise. Terima kasih doktor. Boleh saya jumpa isteri saya?"

"Silakan." Dr. Hazim memberi ruang kepada Zamani untuk melawat Islah dibilik rawatan.

Melihat Islah yang tenang ketika itu, benar-benar membuatkan Zamani kagum. Kagum dengan ketabahan Islah.

"Nanti aku hantarkan kau balik. Lepas tu rehat. Jangan fikir masalah kau. Jaga kandungan kau baik-baik."

Terpana Islah mendengar kata-kata Zamani. Zamani tahu dia mengandung!

"Saya nak minta satu je dari awak. Tolong rahsiakan hal ni." Sayu sekali permintaan Islah.

"Kau gila eh? Bercerai saat kau berbadan dua macam ni?" Ada nada kecewa disebalik pertanyaan itu.

Hatinya terlalu menyintai Islah sehingga dia buat keputusan untuk redha dengan takdir dirinya. Sehingga dia buat keputusan untuk berhenti mengharapkan Islah.

Tapi takdir mengatasi segalanya. Sebaik sahaja dia dapat perkhabaran mengenai kes penceraian Islah, dia terus bergegas ke mahkamah untuk memastikan keadaan Islah.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now