SKD~BAB 23

2.9K 68 0
                                    

"Awak tak nak breakfast dulu?" Soal Darmia,apabila Darren kelihatan menuju ke pintu keluar.Mujurlah Jane tiada kerana dia mengambil cuti selama 2 hari.
"Kau tak payah sibuk,kau makan jelah sorang." Tanpa Darren berpaling memandang isterinya,dia begitu mudah menuturkan kata-kata tersebut.Raut wajah Darmia berubah keruh dia cuba tersenyum walaupun pahit dia rasakan.
"Kalau saya ada buat salah,saya betul-betul mintak maaf." Ujar Darmia sambil meraih tangan suaminya itu,namun ditepis kasar oleh Darren.Entah mengapa hatinya berbelah bagi.
"Kau dengar sini,aku tak ada masa nak tengok drama yang tengah kau buat.Dahlah semak aku tengok muka kau." Sejurus Darren berkata begitu,dia terus meninggalkan Darmia yang memang sudah menangis terluka.
***************************************
"Mia!" Panggil satu suara.Darmia berpaling kini dia berada di supermarket untuk memberi basah.Dia sudah minta izin daripada Darren untuk keluar melalui WhatsApp kerana sudah beberapa kali dia cuba menelefon Darren tidak terjawab.Pesanan daripadanya pun hanya di bluetick oleh Darren.Dia sendiri sudah bingung dengan perangai Darren.
    Darmia sudah tersenyum apabila dia mengecam wajah pemanggil tersebut,.Dania merupakan sahabat terbaik Darmia,mereka berpisah ketika mereka menginjak umur 13 tahun ekoran Dania terpaksa mengikut keluarganya.
"Rindunya aku kat kau." Kata Dania teruja.Mereka berpelukan melepaskan rindu.Mereka merungkaikan pelukan tersebut.
"Aku pun,kau sihat?" Soal Darmia,dulu boleh dikatakan mereka ibarat belangkas.
"Aku sihat selalu, tak sangka aku,kau ada dekat KL aku baru bercadang nak jenguk kau kat kampung." Kata Dania.
"So,kau kerja dekat Kl ke?" Soal Dania.Darmia tersenyum.
*****************************************
"What kau dah kahwin,seriously beb?" Soal Dania terkejut.Darmia sudah dapat menganggak reaksi Dania.Dania mengangguk.
"Yupp.Aku dah kahwin dalam 6 bulan macam tu." Ujar Darmia.
"Congrats beb,aku happy sangat ni kalu ibu aku tahu kau dah kahwin mesti dia happy." Ujar Dania,Puan Sarah ibu kepada Dania.Puan Sarah adalah ibu tunggal.
"Tu lah aku selalu ingat kat umi.Umi sihat?" Soal Darmia,dia sejak kecil lagi memang dia memanggil Puan Sarah umi.Puan Sarah lah yang banyak membantunya.
"Ibu sihat jer.Kau makin sayu dan cantik lah beb." Puji Dania,dia akui kecantikkan Darmia.Dulu masa dia ssekampung dengan Darmia memang ramah budak-budak kampung ingin mendekatinya walaupun ketika itu Darmia 12 tahun.
"Kau ni ada-ada jer kan,Dani." Memang itu nama panggilan Dania.Dania ni memang agak boyish dan kasar sedikit, namun jika dengan orang yang rapat baru terserlah kemanjaan Dania.Dania membetulkan topinya yang agak senget.Kalau dilihat dari belakang Dania kelihatan seperti lelaki mungkin kerana pakaiannya yang agak kelakian sedikit,dengan bert-shirt hitam disarung pula dengan kemeja berkotak dan topi memang nampak laki habis.
***************************************
Darren ibarat harimau yang sedang kelaparan,apa yang dilihat tadi sudah benar-benar mencabar kesabarannya.Dia merungkaikan tali leher.walaupun dipasang penghawa dingin namun kepanasan masih terasa.
"Siap kau Darmia." Ujar Darren dengan sebuah senyuman yang menyeramkan dan penuh makna.

DARMIAWhere stories live. Discover now