Bab 24

853 49 5

Hampir sebulan Islah mengasingkan diri dan mengelak dari berjumpa dengan Zaidi semenjak kes di Langkawi. Jika ikut hukum boleh jatuh nusyuz. Tapi Islah tak rela harga diri dan maruahnya terus dipijak oleh lelaki yang sepatutnya menjadi pelindungnya.

Lagi beberapa hari Islah akan ke mahkamah untuk perbicaraan kes penceraiannya. Berkali-kali juga Zaidi memujuk rayu agar Islah menarik semula kes tersebut. Namun, Islah tetap dengan pendiriannya.

"Akak, ada tetamu." Arwisy mematikan lamunan Islah.

Jam dipergelangan tangan dijelingnya. Hampir pukul 10 malam. Siapa pula yang datang bertandang? Tapi mengenangkan tetamu membawa rahmat dan rezeki, Islah segera melangkah keluar dari biliknya.

"Ha tu pun Islah." Ujar Pak Iman kepada tetamunya. Sebaik tetamunya memusingkan badan untuk memandang Islah, Islah tergamam.

"Puan Mariah?" Soal Islah seakan tidak percaya. Puan Mariah segera menghampiri Islah dan memeluknya.

"Ya Allah. Rindunya saya pada kamu. Lama tau saya cari kamu sejak kamu berhenti kerja."

Islah terkedu mendengar kata-kata Puan Mariah. Otaknya cuba mencerna apa sebenarnya tujuan Puan Mariah ke situ.

"Puan duduk sekejap ye. Saya bancuhkan air. Nanti kita sembang." Islah segera menuju ke dapur.

Dari dapur kedengaran sayup ketawa Pak Iman. Entah apa yang lucu pun Islah tak tahu.

Kek marble yang dibuatnya tengahari tadi di potong lantas diletakkan dalam piring. Setelah elok menyusun cawan, teko dan piring berisi kek di atas talam, Islah terus melangkah ke ruangtamu.

"Jemputlah minum." Pelawa Islah sebaik sahaja selesai menuang air ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Puan Mariah.

"Buat susah kamu je." Ujar Puan Mariah sambil meneguk sedikit air tea o yang dihidangkan oleh Islah.

"Maaflah tak manis." Ujar Islah seakan mengerti akan riak muka Puan Mariah.

"Kami kat rumah ni kalau bancuh air memang manis buah je." Jelas Pak Iman pula.

"Tak apa. Manis sangat pun tak elok juga." Balas Puan Mariah dengan senyuman manis.

Islah duduk di sisi Pak Iman. Hatinya masih tertanya-tanya tujuan kedatangan Puan Mariah ke sini.

"Islah bekerja sekarang?" Soal Puan Mariah memulakan bicara.

"Tak puan. Saya duduk rumah je. Surirumah sepenuh masa."

Berubah riak wajah Puan Mariah mendengar jawapan Islah.

"Oh saya tak tahu Islah dah berkahwin. Mana suami? Boleh kenal-kenal."

"Suami saya outstation." Bohong Islah. Dia tak mahu orang lain tahu masalah rumahtangganya.

"Maaf puan. Apa tujuan puan ke sini ye?" Akhirnya Islah menyoal. Tidak tahan dengan tanda tanya yang bermain di benak fikirannya.

"Saya memang dah lama cari Islah. Sejak Islah pergi, semua jadi kucar kacir." Puan Mariah menyusun kata-kata.

Islah mula tak senang duduk. Keluarga tak tahu menahu langsung mengenai Zamani.

"Errr puan. Perkara dah lepas. Saya pun dapat tawaran kerja lain masa tu. Dekat sikit dengan keluarga." Dalih Islah. Namun Pak Iman dapat menghidu ada perkara yang disembunyikan Islah.

"Sembanglah ye. Saya minta diri dulu." Pak Iman berlalu masuk ke dalam biliknya memberi ruang pada Islah dan Puan Mariah untuk berbicara.

"Islah, sejak kamu pergi, Zam jadi macam orang gila talak. Tiga bulan dia abaikan kerja. Tak terurus langsung dia. Selama itu jugalah dia cuba menjejak Islah. Tapi siapa sangkakan akhirnya baru-baru ni Allah perkenankan doa dia."

Islah tertunduk diam mendengar penjelasan Puan Mariah.

"Maaf puan. Bukan jodoh kami untuk bersama. Islah yang salah dalam hal ni. Sekali lagi Islah mohon maaf kerana Islah, Zamani jadi begitu."

Puan Mariah tersentak. Dia tahu bukan salah Islah. Dia tahu salah anaknya.

"Saya tahu apa yang berlaku. Saya minta maaf bagi pihak Zam. Atas ketelanjuran dan kelancangan dia permainkan hati dan perasaan Islah. Tapi kenapa Islah salahkan diri sendiri?"

Islah tunduk. Menahan satu perasaan yang tak mampu nak di ungkap. Lelaki yang dia cintai dulu rupanya hanya permainkan dia. Dan lelaki yang menjadi suaminya sekarang, tak sudah-sudah memijak-mijak maruah dan harga dirinya.

"Saya salah sebab tak kenal siapa sebenarnya Zam. Saya hidup dengan dunia saya. Pergi balik kerja. Hanya demi untuk keluarga saya. Saya berjauhan dengan dorang sebab nak kumpul duit demi adik saya."

Islah diam. Cuba mengawal emosinya sebelum menyambung bicara.

"Saya tak kenal empunya tempat saya bekerja. Saya cuma kenal penyelia saya. Puan sendiri pun saya tak kenal. Hanya kerana peristiwa tu, barulah saya tahu siapa sebenarnya puan."

Puan Mariah terkedu. Sungguh Islah memang tak mengenali dirinya sehinggalah peristiwa itu.

"Islah, ini kad saya. Saya harap kamu hubungi saya. Nanti kita jumpa lagi ye. Saya kena beransur dulu. Lagipun dah lewat malam. Maaf jika kedatangan saya mengganggu."

Puan Mariah segera bangkit menyalami Islah. Islah sekadar tersenyum dan mengiringi Puan Mariah hingga ke keretanya.

Selepas Islah berjanji untuk menghubunginya, barulah kereta Puan Mariah berlalu meninggalkan kawasan perumahan Pak Iman.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now