Bab 03

13.8K 690 96
                                    

"Woi kau tak nak turun ke?" sergah Rayyan. Areena mengurut dadanya. Nak suruh aku mati ke apa mamat ni?

Bunuh kang.

"Kau tak pandai panggil aku lembut ke?" jeling Areena.

"Malas."

Rayyan meninggalkan Areena keseorangan ke dalam kereta. Areena merengus kasar.

Eei, sampai bilalah dia boleh bertahan dengan perangai kerek si Rayyan.

Selesai sahaja mereka makan, mereka terus menuju ke butik iaitu Butik Mummy Rayyan.

"Jom kita dah sampai dah dekat butik" ujar Rayyan lalu keluar dari perut kereta.

"Jom." ujar Areena lalu dia memasuki butik tersebut.

Rambang mata milik Areena apabila melihat design baju yang berada di Butik Aisy ini. Design dia sangat kemas dan lawa. Sabarlah hati.

"Selamat datang, boleh saya bantu?" soal pekerja disitu dengan ramahnya. Belum sempat Areena ingin memberitahu. Pekerja itu menundukkan badannya apabila melihat Rayyan.

"Selamat pagi tuan Rayyan," ujar pekerja tersebut.

"Selamat pagi, mana baju yang Tengku Aisyah nak?" soal Rayyan kepada pekerja tersebut. Areena yang berada di sebelahnya hanya bisu sahaja.

"Oh, sekejap ya saya nak ambil." ujar pekerja itu dan beredar.

Rayyan dan Areena duduk di sofa putih yang mewah itu. Mereka menunggu baju tunang mereka.

"Cik, ni baju yang ditempah itu." ujar pekerja itu sambil memberi kepada Areena. Areena tersenyum manis.

"Thank you mana fitting room ya?" soal Areena

"Mari ikut saya." ujar pekerja itu. Areena dan Rayyan hanya mengikut sahaja.

Mereka berdua mengikut pekerja itu sehingga sampai ke fitting room yang besar disebalik langsir itu.

"Cik, masuk la." arah pekerja itu sambil menghulurkan dress tersebut.

"Thank you" ujar Areena

Selama 10 minit Areena menukar baju, Rayyan hanya menunggu di sofa yang tersedia di hadapan fitting room tersebut. Iphone X dibuka dan dia bermain instagram.

Areena menyelak langsir untuk menunjukkan pakaian kepada Rayyan. Rayyan yang leka bermain telefon bimbit itu dipandang.

"Rayyan," panggil Areena. Rayyan menyimpan iPhone miliknya ke dalam poket seluar. Lalu dia mengangkat wajahnya untuk memandang Areena.

Rayyan terkaku apabila melihat Areena yang sangat jelita memakai baju tunang itu. Air liur ditelan. Takut pula dia mempunyai perasaan

Areena yang perasan Rayyan kaku itu terus memanggil Rayyan sekali lagi. Areena tersenyum sinis.

Jangan kata Rayyan dah nak tewas disebabkan kecantikkan dia? Perasan.

"Tengku Rayyan Ammar!"

"Ha, ya?" soal Rayyan tersedar dari lamunannya.

"Cantik tak aku pakai?"

"Kau pakailah apa pun tetap cantik dimata aku." jawab Rayyan tanpa tersedar dia terlepas kata.

"Ha? kau kata apa yang perlahan sangat? Aku tak dengarlah." ujar Areena.

Rayyan merasa lega sekejap. Nasib tak dengar.

Pekak badak.

"Cantik je,"

"Okay,"

She's mine (C)Where stories live. Discover now