Bab 21

856 47 4

Zamani naik berang. Hampir sejam menunggu, Islah tak juga muncul. Jahanam rancangannya.

Zamani bergegas menuju ke bilik penginapan Islah. Pintu diketuk bertalu-talu. Namun tidak juga di buka.

Zamani : Sejam aku tunggu kau. Sampai hati kau buat aku macam ni,kan?

Zamani menghantar mesej kepada Islah, namun mesej yang dihantar tidak sampai kepada Islah.

Sekali lagi pintu bilik diketuk. Sepi. Sesepi hatinya dikala itu. Akhirnya Zamani mengalah. Melangkah ke bilik penginapannya.

Zamani duduk melengu di birai katilnya. Kecewa kerana apa yang dirancang tidak menjadi.

"Keras betul hati kau. Dalam keadaan macam ni pun kau masih menolak aku? Aku sepuluh kali ganda lebih bagus dari laki kaulah." Jerit Zamani geram.

Telefon bimbit dicampak ke lantai. Berang dengan sikap Islah yang mentah-mentah menolak dirinya. Dulu dialah yang sering Islah rindu. Panggilan dan mesej darinyalah yang sering Islah nantikan.

Tapi kini semuanya berantakkan kerana kebodohan dirinya sendiri dan yang paling membuatkan Zamani geram adalah kehadiran Zaidi yang mengisi kekosongan hati Islah saat mereka berjauhan.

"Oh tidak. Aku takkan lepaskan. Aku akan dapatkan kau tak kira dengan apa cara sekalipun." Zamani tekad. Islah harus menjadi miliknya.

Zamani tidak sedar pukul berapa di terlena ketika dia terjaga pada jam 3.30 pagi. Zamani mencapai telefon bimbit yang di campaknya ke lantai malam tadi.

Islah : Aku tak berjanji langsung untuk makan malam dengan kau. Aku tak buat salah apa pun pada kau. Dan aku harap kau berhenti ganggu kehidupan aku. Jangan rosakkan reputasi kau kerana perempuan mata duitan macam aku.

Zamani tergaman. Kata-kata Islah menusuk tangkai hatinya. Dia nekad. Dia takkan mengalah walau apa pun jadi. Islah harus jadi miliknya.

Jika tidak dapat cara baik, dia akan guna cara kasar. Asalkan Islah menjadi miliknya.

"Sudah-sudahlah tu Zam. Orang dah tak nak, tak perlu mencari lagi. Ni sebab sorang perempuan, kau abaikan tanggungjawab kau. Kerja kau kat office tu melambak lagi. Banyak yang pending. Papa bagi kau kata dua, masuk kerja atau papa buang kau."

Tegas kata-kata Tuan Mahmood.

"Papa tak kesian kat Zam. Zam betul-betul cintakan dia pa." Jawab Zamani.

"Salah kau sendiri. Kau ingat perempuan ni barang dagangan. Ikut sukahati kau nak bertaruh demi hati seorang perempuan. Kalau orang buat macam tu kat adik kau, kau suka?" Bidas Puan Mariah pula.

Berang betul dia bila dapat tahu kisah sebenar apabila melihat anak bujangnya seperti hilang arah tuju.

"Kau lupa mama juga perempuan. Bila kau tak hormat maruah dan harga diri perempuan, sama seperti kau tak hormat maruah dan harga diri mama sebagai seorang perempuan. Mama betul-betul kecewa dengan kau."

Puan Mariah terus melangkah ke kamar. Semenjak peristiwa itu, Puan Mariah cari tahu siapa Islah.

Apabila mengetahui siapa sebenarnya Islah. Sungguh dia terluka dengan perbuatan anaknya.

Bagi Puan Mariah, Islah seorang gadis yang baik.

Zamani mengeluh apabila mengingati peristiwa itu. Sungguh kesal dengan perbuatannya sendiri.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now