Bab 12

1.3K 88 9
                                    

BERDEBAR-DEBAR dada Diza sewaktu melihat Audi A5 hitam milik Puan Lisa meluncur perlahan dan akhirnya berhenti di hadapan apartmennya. Tidak lama kemudian cermin tingkap di tempat duduk pemandu diturunkan. Terjengul kepala Abang Kamal, salah seorang pekerja Puan Lisa yang selalu memandu van Taska Mesra Bahagia dan Pusat Tuisyen Cemerlang milik wanita itu.

Puan Lisa memang punya ramai pekerja. Maklumlah, dia memiliki beberapa premis perniagaan. Selain dari taska dan pusat tuisyen itu, Puan Lisa juga mempunyai sebuah kedai dobi dan kedai pakaian yang semuanya terletak di kawasan Bandar Baru Bangi.

Terlihat muka Diza, Abang Kamal tersenyum manis. "Ni Cik Diza kan?" tanyanya mahu memastikan.

"Ya, saya Diza," jawab Diza dengan mata merenung lama ke wajah Abang Kamal.

Abang Kamal cepat-cepat keluar dari kereta. "Nama abang, Kamal, driver van Puan Lisa," katanya memperkenalkan diri.

Diza mengangguk-angguk. "Saya kenal abang." Diza tersenyum..

"Abang datang ni nak jemput Cik Diza," kata Abang Kamal sopan dan kemudiannya membukakan pintu belakang untuk Diza.

Diza jenguk sedikit ke ruang tempat duduk belakang. "Mana Puan Lisa?" soalnya bila melihat ruang itu kosong.

"Puan Lisa ada kat rumah. Dia suruh abang bawa Cik Diza ke rumahnya." Abang Kamal tersenyum lagi dengan tangan tetap memegang pintu. Menunggu Diza masuk.

Diza masih tidak bergerak. Puan Lisa menjemputku ke rumah? Apa halnya? Hatinya bergetus tidak yakin. Dua hari lepas Puan Lisa ada menghubunginya dan memaklumkan tentang pertemuan malam ini tetapi tidak ditetapkan pula di mana tempatnya. Apa halnya Puan Lisa sampai mengajak datang ke rumah? Dia tidak faham.

Kalau setakat hendak memperkenalkan Diza dengan anak bujangnya, tidak perlulah sampai mengajak datang ke rumah. Apa salahnya bertemu di restoran? Buat malu dia sahaja. Nampak sangat seperti dia yang terhegeh-hegeh hendakkan Syahrin Haiqal.

"Masuklah, Cik Diza. Dah lama Puan Lisa tunggu," kata Abang Kamal lagi. Tidak sabar agaknya melihat Diza masih terpacak macam tiang lampu di sisi kereta.

Malas bersoal-jawab, Diza masuk ke perut kereta. Dia duduk sopan di ruang belakang yang mewah dan tiga kali ganda lebih luas daripada Viva comelnya. "Kenapa Puan Lisa tiba-tiba aje ajak saya datang ke rumah?" tanyanya sambil gelak-gelak kecil untuk melindungi rasa malu dan tidak selesanya.

"Entahlah, abang pun tak pasti. Dia cuma pesan ambil Cik Diza dan bawa ke rumah," jawab Abang Kamal. Sengaja dia berbohong kerana awal-awal lagi sudah dipesan majikannya. Jika diberitahu tentang majlis makan-makan yang sedang diadakan di rumah Puan Lisa sekarang, mati hidup balik Diza tidak akan datang.

Diza terdiam. Terus dimatikan niatnya hendak bersembang panjang dengan Abang Kamal bila kereta sudah sampai di persimpangan Jalan Empat, kawasan perumahan mewah tempat Puan Lisa tinggal. Bulat matanya memandang rumah-rumah yang tersergam indah di kiri dan kanan jalan menuju ke rumah Puan Lisa. Cantiknya! Detik Diza kagum. Sepasang mata kuyunya tidak berkedip. Hatinya juga kian diamuk debar sebaik saja kereta yang dipandu Abang Kamal masuk ke halaman sebuah rumah banglo yang terletak di hujung jalan.

Bungkam seketika Diza dengan mata membelingas melihat persekitarannya. Lama dia mematungkan diri dalam kereta menahan rasa terkejut yang tiba-tiba saja menerjah ke ruang hati. Besar dan cantiknya rumah! Bisiknya kagum. Di waktu malam, rumah itu bagaikan istana bila dilimpahi cahaya berwarna-warni.

Namun, bukan itu yang membuatkan Diza tersentap. Setakat memandang rumah besar Puan Lisa, hatinya tidak mungkin seriau ini. Dia sudah lama tahu rumah Puan Lisa sebesar istana cuma........

SEPASANG KURUNG PINK (TERBIT)Where stories live. Discover now