Bab 19

910 49 7

"Aku rasakan elok kau duduk dengan aku. Dalam keadaan kau macam ni, tak sesuailah nak duduk kat resort tu. Lagipun, banyak sangat duit kau nak duduk sana lama-lama"

Islah ketawa mendengar pelawaan Naddy. Islah ralit dengan pemandangan di Taman ros dan strawberi Kundasang. Sungguh tenang rasanya.

"Aku cakap ni, janganlah ketawa." Naddy tarik muncung 14.

"Kalau aku nak duduk sini sampai aku bersalin boleh tak?" Entah mengapa sayu hatinya. Islah tertunduk memerhati bunga-bunga ros di depan matanya.

Naddy pandang Islah lembut. Mengerti kedukaan yang dihadapi sahabatnya itu. Mengerti betapa kecewa hatinya dengan apa yang berlaku.

"Besar tapak tangan, satu Lautan Hindi aku tadah." Naddy cuba memancing mood Islah. Islah tersenyum memandang Naddy dengan penuh pengharapan.

"Aku suka kalau kau nak duduk sini dengan aku. Tapi, kau tak boleh lari dari masalah kau. Kau kena selesaikan."

Naddy memerhati Islah yang diam membisu. Ada butiran jernih dikelopak matanya.

"Kau kena ingat, berdosa kau tinggalkan suami kau macam tu. Keluar tanpa izin dia. Ingat, matlamat tak menghalalkan cara. Apa pun salah dia, kau tetap isteri dia."

Naddy menarik Islah ke bangku yang berhampiran.

"Islah, aku kawan baik kau. Kita dah lama kawan. Aku kenal kau macam mana. Aku tahu kau kuat. Aku tau kau boleh harungi semua ni."

Airmata Islah jatuh. Naddy serba salah. Tapi dalam masa yang sama dia tak mahu Islah terus menerus lari dari masalah.

Merahsiakan kehamilan Islah juga sebenarnya bukan satu jalan yang terbaik meskipun Islah sahabat baiknya.

"Naddy, aku harap sangat kau reply mesej aku. Aku rindu gila dekat Islah. Aku tak dapat jejak dia. Aku cuma nak tahu dia ada kat sana atau tak?"

Lama Naddy merenung mesej Zaidi yang dihantar bertalu-talu kepadanya sebelum dia akhirnya mengalah dan membalas mesej tersebut.

"Sorry Zaidi. Aku busy sangat lately ni. Aku tak tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dan Islah. Tapi Islah tak ada kat sini."

Akhirnya Naddy terpaksa menipu demi menjaga hati Islah.

Mengenang kembali mesej yang dihantar kepada Zaidi, Naddy bertambah serba salah.

"Zaidi cari kau. Dia mesej aku kat FB. Tapi jangan risau, aku tak bagitahu kau kat sini."

Islah menunjukkan riak terkejut. Sejak bila Zaidi ada FB Naddy.

"Dia cakap dia jumpa FB aku. Dan dia add aku tapi aku buat tak tahu je. Lepas tu dia mesej aku."

Naddy mengeluarkan telefon bimbitnya lantas membuka application messenger dan terus menghulurkan kepada Islah.

"Apa pun kau kena selesaikan masalah kau. Aku sanggup terima kau kat sini. Asalkan kau bukan lari dari masalah."

Tegas kata-kata Naddy. Islah hanya mampu mengeluh.

"Bagi aku masa stabilkan emosi aku. Bagi aku masa supaya aku lebih kuat nak berhadapan dengan suami aku. Bagi aku masa. Itu je aku minta. Aku tahu aku tak boleh nak lari dari masalah aku. Aku juga tahu aku kena selesaikan masalah aku."

Islah bangun lantas menarik nafas dalam-dalam. Naddy serba salah kerana telah merosakkan mood Islah yang sangat ceria ketika mereka tiba tadi.

"Maaf Naddy kalau aku menyusahkan kau. Aku selesa kat resort tu. Tak pe sampai masanya aku akan balik juga."

Naddy bingkas bangun apabila melihat Islah mengatur langkah untuk meninggalkan taman tersebut.

"Islah." Panggil Naddy mengharap Islah membatalkan niatnya untuk pergi.

"Aku nak balik resort. Aku nak rehat. Maaf sekali lagi sebab susahkan kau." Tanpa memandang Naddy, Islah mengatakan hasratnya.

Sebak sungguh hatinya ketika itu. Hanya Allah yang tahu betapa hatinya berasa jauh dengan Naddy saat itu. Entah mengapa dia jadi terlalu emosi.

Islah sendiri keliru dengan sikap dirinya. Laju Islah melangkah meninggalkan Naddy dibelakang.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now