"Alah kau ni bangun je lah sebab kau ni bukannya boleh percaya sangat pun."

"Korang ni kenapa?"soal Amar disebelah. Tapi mereka memulaukan soalan itu.

"Asal pula aku kena bangun ni kan tempat duduk aku"

"Kau ni banyak soal kenapa aku suruh bangun , bangun jelah"

" lantak aku lah nak banyak soal ke apa . mulut aku bukannya mulut kau"

Hana mula panas hati. Dia terus menyelongkar beg Rayyan dan diletakkan di atas meja.

"Apa kau ni main selongkar beg orang tanpa kebenaran." Rayyan terus berdiri dan Marah. Ramai mata memandang mereka.

"Woi! korang ni dah kenapa . Jangan gaduh dalam kelas lah kalau tak aku report kat cikgu" ugut syed tapi mereka masih memulaukan.

"We asal tu Amar" soal Arifah pada Amar. Amar mengangkat bahu dan memandang mereka yang seperti mahu bertelingkah. Hana menyelongkar beg Rayyan . Dia ternampak satu buku yang sangat dia kenali. Ya itu buku latihannya. Dia mengambil dan menunjukkan kepada Rayyan.

"Kau kata kau tak ambik. Habis ni apa benda?" Hana menunjuk buku latihannya pada Rayyan. Rayyan membuat muka sinis.

"Ya memang aku ambik pun. Tapi kut ya pun tak boleh ke minta cara elok minah oii"

"Buat apa aku nak mintak cara elok dengan pencuri macam kau"

"Kau kata aku pencuri?"

"Ya pencuri yang suka menyusahkan orang lain. Tak boleh ke kau berambus dari sekolah ni menyemak mata aku jelah"

"Wuuuuu.. gaduh gaduh "

ramai mula bersorak dan memandang mereka yang mula bertekak. Kelas sebelah yang tiada guru pun datang beramai-ramai ke kelas mereka. Macam ada laga lembu pulak mereka nak tengok.

"Heii minah! suka hati aku lah nak sekolah kat mana pun apa masalah kau"

"Masalah aku ialah kau " Hana sudah menjerit setaraf oktaf.

Tok tok tok

Bunyi ketukan di pintu kelas berbunyi kuat. Hana dan Rayyan memandang ke arah ketukan itu. Terus kecut perut Rayyan di buatnya. Ni bukan cikgu subjek seterusnya yang datang ni dah cikgu disiplin.

Semua yang berada disitu balik ke kelas dan pulang ke meja masing-masing . Hana sudah pun tercengang di situ. Hanya Hana dan Rayyan sahaja yang masih berdiri.

"Ni kenapa bergaduh ni?"

Hana dan Rayyan senyap tidak berkata. "Saya cakap ni tak ada mulut ke" cikgu tu menjerit sambil memandang mereka berdua.

"Sa- saya ma-rah dia se-bab dia am-bil buku la-tihan sa-ya "Hana jawap tergagap gagap.

'Aduh sejak bila kau cakap tergagap- gagap ni Hana.' Hana mengetuk kepalanya.

"Bila masa pula aku ambik buku kau" Rayyan cuba berdalih.

"Kau tak payah nak menipulah. Dasar pencuri"

"Gaduh lagi!?" kata cikgu disiplin itu.

Mereka mula senyap kembali.
" Sekarang ni cikgu tak nak kamu cakap banyak lagi. Petang ni kamu kena stayback . Kutip sampah satu sekolah".

Hana dan Rayyan terlopong.

" tapi cikgu.." kata mereka serentak.

"Tak ada tapi-tapi. Ni kira kamu bernasib baik sebab saya tak marit kan kamu berdua kerana kesalahan bergaduh. Tapi kalau saya dapat tahu kalau awak berdua gaduh lagi saya tidak akan teragak-agak marit kan kamu dan melapor kepada ibu bapa kamu. Faham"

DIA MILIK AKU Read this story for FREE!