Bab 18

807 41 7

Zaidi gagal menjejak Islah. Fikirannya buntu. Tak tahu ke mana arah lagi untuk dituju agar dia bertemu semula dengan Islah.

Di rumah Pak Iman tak ada. Jadi di mana Islah berada?

Jangan-jangan Islah dah lari dengan lelaki lain. Islah buat onar dibelakangnya.

Zaidi segera mengeleng kepala. Semakin dia cuba untuk menepis sangkaan buruknya terhadap Islah, semakin kuat perasaan tu.

Tulah kau. Dulu kau buat dia. Makan hati berulam jantung dia, kau kerjakan. Sekarang ni kau rasakanlah pula. Macam mana sakitnya bila dia dalam pelukkan jantan lain.

Sama sakitnya hati dia masa kau peluk perempuan lain. Siap kau bawa ke hotel kan? Jangan-jangan Islah pun buat perkara yang sama.

Zaidi terus bangkit dan menolak segala barang yang ada di atas almari solek di dalam biliknya. Sakit hati dengan bisikan hatinya sendiri. Fikirannya bertambah kusut.

Dia cuba untuk menjejak Islah melalui kawan-kawannya, rata-rata telah lama tak bertemu Islah.

Zaidi membuka almari pakaian lantas merentap tuala mandinya. Tak semena tercampak sebuah album ke lantai. Dia segera mencapai album yang tertulis 'Teddy & Bunny best friend forever'.

Zaidi segera menyelak album tersebut. Terlihat gambar Islah bersama Naddy. Zaidi kenal Naddy. Sebelum gadis itu bekerja di Sabah, Islah banyak menghabiskan masa hujung minggu dengan Naddy jika dia sibuk dengan kerja.

Telefon bimbitnya dicapai, segera dia mencari nombor telefon Naddy. Malangnya nombor tersebut telah ditamatkan perkhidmatannya.

Zaidi buka pula facebook dan cuba menjejak Naddy dalam senarai kenalan Islah. Akhirnya pencariannya tidak sia-sia.

Welcome to my teddy. Out of blue but really make me happy.

Status tersebut dimuat naik pada dua hari lepas. Zaidi tersenyum gembira.

Zaidi segera mengirimkan mesej di Facebook Naddy.

Zaidi : Hai Naddy. Lama tak dengar khabar kau. Sihat ke? Tak sangka nampak profile kau dekat fb aku.

Zaidi sekadar bertanya khabar. Semoga Naddy mampu membantunya. Lama Zaidi menunggu namun, langsung tiada balasan dari Naddy.

Zaidi semakin tak senang duduk. Tangannya mencapai semula telefon bimbit lantas menghubungi Arwisy.

"Apahal?" Tersentap Zaidi dengan sapaan kasar dari Arwisy. Tapi Zaidi mengerti. Bukan salah Arwisy.

"Abang minta maaf. Abang cuma nak tau, Arwisy tau tak akak kat mana?" Soal Zaidi sayu.

"Kalau tau pun, aku takkan bagitahu. Akak aku bahagia tanpa kau." Talian dimatikan. Sungguh Zaidi terpukul dengan kata-kata Arwisy.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now