Bab 15

906 44 10

Tak jauh mana kau boleh lari. Laki kau kat sini tapi kau kat sana. Bodoh betul. Kan aku dah cakap, sampai hujung dunia pun akan aku cari.

Zamani ketawa puas saat melihat gambar yang dimuat naik Melinda dalam insta.

Gambar dia dan Islah yang terletak di sisi katil di capainya. Kerinduan yang tiada penghujung. Siapa sangka dari hanya menyahut cabaran, akhirnya dia benar-benar jatuh cinta dengan Islah.

Tapi saat dia menyedari perasaan itu, semuanya dah terlambat. Islah telah menghilangkan diri. Dia gagal menjejak Islah. Menurut kawan-kawan serumah Islah, Islah pindah mengejut. Tak siapa tau ke mana Islah pergi. Malah nombor telefonnya juga tidak aktif.

Jadinya bertahun juga dia cuba menjejak Islah. Tak pernah sekali pun dia berputus asa. Ketika bertemu Islah di Teluk Kemang, hatinya berbunga riang.

Namun siapa sangka, Islah bergelar isteri orang. Cepat benar Islah mengubat hatinya yang luka.

Aku akan dapatkan kau semula. Tak kira bagaimana pun caranya. Kau sentiasa dalam hati aku.

Zamani meraut rambutnya kebelakang. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Allah makbulkan doanya. Akhirnya mereka bertemu walau bukan dalam keadaan yang dia impikan. Namun tetap memberi sinar harapan padanya.

Melihat kepincangan rumahtangga Islah benar-benar memberinya harapan yang tinggi untuk memiliki Islah kembali.

Zamani segera mencapai telefon bimbitnya lantas membuat tempahan tiket penerbangan ke Kota Kinabalu.

Dia tekad, cinta Islah harus diraih kembali. Dia tak mahu kehilangan Islah. Meskipun Melinda tiga kali ganda lebih cantik dari Islah, dia rela melepaskan kerana cintanya hanya buat Islah.

Gadis yang banyak mengajarnya erti kehidupan suatu masa dulu. Gadis yang hidup dalam kesederhanaan dan tidak pernah mengharapkan lebih darinya. Bukan juga sejenis yang suka meminta itu dan ini.

Malahan, Islah juga tidak pernah lokek ketika dia mengatakan dia tidak mempunyai wang yang cukup semasa keluar dengan Islah.

Baginya Islah yang dia kenal dulu cukup menyenangkan. Tapi dia butakan mata melihat semua kebaikan Islah kerana tidak mahu kalah dengan ego. Tidak mahu kalah pertaruhan dengan rakan-rakannya.

Tunggu aku datang sayang. Aku akan bahagiakan kau. Aku akan buat kau tersenyum gembira seperti dulu.

Begitu besar harapan Zamani. Senyum bahagia terukir dibibir. Peluang yang ada takkan disia-siakan.

Zamani bingkas bangun dan mengemas beberapa helai pakaian. Tak sabar untuk terbang ke KK.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now