Bab 14

964 49 4

Naddy : Aku tunggu kau kat lobi. Then kita pergi makan dekat luar okey?

Islah : Okey. Jumpa kau kat sana.

Islah segera mencapai handbag lantas menuju ke lobi untuk bertemu dengan Naddy. Ketika dalam perjalanan ke sana, Islah bertembung dengan Melisa. Buntang mata Melisa melihat Islah di situ.

"Islah?" Seakan tak percaya Melinda melihat Islah.

"Eh Melinda. What a small world. Tak sangka jumpa kau kat sini." Islah cuba mengimbangi perasaan terkejutnya.

"Elok juga kita jumpa. Aku ada hal sikit nak tanya."

"Oh aku ada janji dengan Naddy nak pergi makan sama. Nak join?" Pelawa Islah.

"Boleh juga."

Islah segera mencapai telefon bimbitnya.

Islah : Terserempak dengan Melinda. please pretend that i had know idea that she was here. 

"Kau buat apa sekarang?" soal Melinda sekadar ingin tahu.

"Full-time house wife." Islah ketawa.

"Really? Kenapa aku tak tahu kau dah kahwin?" muncung mulut Melinda.

"Mungkin sebab kita tak rapat dan kita pun lost contact after SPM kan? Manalah aku nak jejak kau." Melinda ketawa mendengar jawapan Islah.

"Yelah. Lepas SPM aku memang tak jumpa lagi dah budak sekolah kita. Family aku pun terus pindah ke JB lepas aku habis SPM."

Islah tersenyum.

"Hye ladies." Sapa Naddy.

"Sorry Naddy. Aku terserempak dengan Melinda. So, aku ajak dia sekali. Tak kisah kan?"

"Of course not. Jom. Mel, kau nak naik sekali dengan aku ke macam mana?"

"Together much better right?"

Mereka sama-sama berjalan menuju ke kereta Naddy. 

Masuk sahaja dalam perut kereta, masing-masing membisu. Ada sesuatu yang terbuku dihati Islah tapi Islah tak nak rosakkan suasana aman damai ni. Biarlah sehingga Melinda yang buka mulut.

"Eh nak snap one picture please." tetiba Melinda bersuara memecahkan kesunyian dalam kereta tersebut. Dan kebetulan Naddy memberhentikan kereta kerana lampu isyarat merah.

"Okey. Boleh upload  kat insta. Islah ada insta tak?" soal Melinda.

"Ada. Meh sini aku search kan untuk kau." Islah mencapai telefon bimbit yang dihulurkan Melinda lantas menggunakan butang pencarian, dia menaip nama penggunanya dan menyerahkan kembali kepada Melinda.

"Okey. Done follow and done updated."

Islah segera mencapai telefon bimbitnya dan melihat gambar yang dimuat naik oleh Melinda.

'Never meet them after SPM. And today, here we are. Together having fun. Ladies night.'

Islah tersenyum kecil membaca caption Melinda. Tetapi Melinda pula ada agenda lain. Mencari kebenaran kata-kata Naddy mengenai perkahwinan Islah dan akhirnya ketika melihat satu gambar ulangtahun perkahwinan Islah.

"Bahagianya kau Islah. Bersalah pula aku syak kau penyebab aku dan Zamani putus tunang. Bodohlah Zamani ni! Isteri orang pun nak kacau. Memang dasar jantan gila bayang." 

"Okey dah sampai. Malam ni kita makan western. Aku belanja." ujar Naddy.

Islah segera keluar dari perut kereta. Entah mengapa tekaknya terasa mual sepanjang perjalanan tadi. Dia bukanlah sejenis yang mabuk kenderaan. Oh ye. Memang pun. Tapi tu dulu. Lama dah tak kena penyakit tu.

"Kau okey ke?" soal Naddy kepada Islah. Melinda turut sama memerhati Islah.

"Eh kenapa muka kau pucat? Tadi okey je." Soal Melinda pula.

"Entahlah. Agaknya mabuk kenderaan datang balik kot. Aku pening pula. Nanti balik jangan buka aircond boleh? Takut aku muntah pula." 

"Okey. Untuk kau apa pun boleh."

Mereka terus melangkah masuk ke dalam restoren dan segera memesan makanan sambil mengimbas kembali zaman sekolah mereka.

"Kau ingat tak masa Cikgu Katty marah kau sebab kau cakap buku kau tertinggal dekat kantin" tanya Melinda.

"Gila tak ingat. Cikgu Katty siap cakap, awak nak bagi mak cik kantin tu belajar ke sampai tinggalkan buku dekat kantin. Lepas tu dia bagi aku masa lima minit je pergi ambil buku tu balik. Mengah tau aku berlari pergi kantin. Mujur ada buku tu. Kalau hilang lagi naya." jawab Islah sambil ketawa.

"Lepas tu kau sampai dekat kelas, muka kau merah gila kot. Sampai budak-budak panggil kau tomato kan?" tambah Naddy pula.

"Seminggukan nama kau jadi tomato?" tambah Melinda pula.

"Seronokkan kenang zaman sekolah dulu. Rasa nak imbas balik je zaman sekolah. Fikir belajar je. Tak de masalah lain." sayu kata-kata itu keluar dari mulut Islah.

Melinda menyebut minumannya. Ada sesuatu yang perlu dia tanya pada Islah.

"Aku nak tanya sikit boleh?" Islah terus memandang Naddy. Seakan tahu apa yang ingin ditanya oleh Melinda.

"Naddy dah cerita kat aku. Terus terang aku cakap, aku tak tahu Zamani dah bertunang dan aku tak pernah berhubung dengan Zamani."

Islah segera mencapai telefon bimbitnya. Gambar di telefonnya disua pada Melinda.

"Ni gambar kahwin aku tiga tahun lepas." Terang Islah. Dia tak mahu Melinda salah anggap.

Melisa pegang tangan Islah.

"Aku tahu. Naddy dah cerita dan aku pun dah tengok di insta kau. Aku nampak gambar korang sambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Aku tak salahkan kau. Aku cuma nak tahu apa sebenarnya yang jadi antara kau dan Zamani. Kau cinta mati dia."

Islah ketawa mendengar perkataan cinta mati. Garfu dan sudu diletakkan atas pinggan. Islah meneguk minumannya bagi membasahkan tekak. Islah menggenggam tangan Naddy mengharapkan sedikit kekuatan. Naddy tersenyum memandang Islah.

"Kalaulah aku cinta mati dia, mana mungkin kami berpisah. Aku dan dia kenal kat tempat kerja lama aku. Satu bangunan tapi berlainan department. Dia cinta pertama aku. Aku tak tahu dia anak orang berada sebab sepanjang aku kenal dia, dia dengan motor EX5 pergi balik kerja. Tak macam anak orang kaya yang lain.

Aku pun tak tahu syarikat tu family dia yang punya. Aku pun tak tahu yang dia ada bisnes sendiri. Sampailah satu hari tu, aku terserempak dengan dia. Bawa kereta mewah. Ada beberapa orang dengan dia. Perempuan yang tersangat cantik kat sisi dia. Aku tegur, tanya dia siapa perempuan tu. Masa tulah dia mula hina aku. Cakap selama ni aku perasan yang dia cintakan aku. Sedangkan dia cuma sahut cabaran kawan-kawan dia untuk takluk hati aku.

Aku malu bila orang sekeliling gelakkan aku. Tak kurang juga yang mencemuh kata aku kaki kikis. Aku tak pernah ambil walau sesen pun duit dia. Aku malu sangat sampai aku letak jawatan 24 Jam. Aku terpaksa bayar pada company sebab tak hantar notis ikut masa yang ditetapkan."

Islah diam. Cuba untuk stabilkan emosi dia. Mengenang apa yang berlaku antara dia dan Zamani, benar-benar membuatnya terluka.

Melinda pegang tangan Islah seolah mengerti kesedihan Islah.

"Mel, percayalah aku tak mungkin ada hubungan dengan Zamani. Aku ada suami. Tak mungkin aku menduakan suami aku." Islah sedaya upaya meyakinkan Melinda.

"Aku percaya kau. Jangan risau." Melihat senyuman Melinda, Islah sedikit lega.

Aku yang Kau Lukai (Complete) - [Editing]Where stories live. Discover now